Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Hari ni saya nak kongsi sesuatu.
Alkisah sebuah janji. Hari ni saya jumpa video ni dari FB. menitis air mata tengok video ni. Bagaimana janji seekor kijang dengan Rasulullah. walaupun janji itu bermakna nyawa dia sebagai ganti. tapi dia masih kembali demi menunaikan janji tu.
Dan kita, sebagai manusia, khalifah yang dimuliakan ALLAH. bagaimanakah kita menjaga sebuah janji?
Renung renungkan.
Followers
Showing posts with label Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label Rasulullah. Show all posts
Wednesday, 16 April 2014
Alkisah sebuah janji
Wednesday, 19 October 2011
Enjit-enjit semut
Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Ilham pagi, tapi petang baru berkesempatan nak cerita. Hari ni kan, Nadh nak cerita pasal satu lagu ni plak. Lagu ka permainan kanak-kanak entah, cara nak main dia, kita buat macam kat atas ni. Bila nyanyi, yang paling bawah akan naik ke atas, lepas tu nyanyi lagi, naik ke atas sampai la game ni berhenti.
“Dan orang-orang yang sabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa” (Surah. Al-Baqarah : 177)
Note : Bila kita rasakan diri kita teruji itu terlalu kuat mungkin, kita renungkan Sabda Rasulullah SAW ni, mungkin kita akan ketemu jawapan kepada keluhan kita tu.
“Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para Nabi, kemudian baru orang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka. Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya. Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya, bila lemah dalam agamanya, maka diuji pula oleh Allah s.w.t. sesuai dengan tingkatan ketaatannya kepada agamanya. Demikianlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di muka bumi dalam keadan tidak berdosa." (HR Tarmidzi)
Untuk Versi lain enjit-enjit semut, boleh la click kat SINI.
Ilham pagi, tapi petang baru berkesempatan nak cerita. Hari ni kan, Nadh nak cerita pasal satu lagu ni plak. Lagu ka permainan kanak-kanak entah, cara nak main dia, kita buat macam kat atas ni. Bila nyanyi, yang paling bawah akan naik ke atas, lepas tu nyanyi lagi, naik ke atas sampai la game ni berhenti.
Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit Naik Atas
Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit Naik Atas
Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit Naik Atas
Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit Naik Atas
Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit Naik Atas
Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit , Naik Atas
Sebenarnya kan, Nadh rasa kan, apa yang dikata dalam bait kata dia punya maksud tersendiri.
Meh Nadh nak ulas mengenai enjit dan semut.
Enjit dan semut. Enjit membawa maksud bergaya atau geliang geliut (sewaktu berjalan atau bergerak) dan semut yang kita tahu dia kecil. Enjit semut dalam bahasa lagi ini membawa maksud cara semut tu berjalan yakni pergerakan dia yang kecil sekecil dia.
Kemudian Nadh nak kaitkan pula dengan Siapa sakit naik atas, dengan kecilnya semut dan gerakan semut tu. Baik, seperti yang kita tahu, kita senantiasa akan diuji dengan berbagai ujian di muka bumi ini, sapa sakit naik ats itu, bolehlah kita tafsirkan sebagai bila kita diuji dengan ujian yang diberikan kepada kita itu, WALAU SEKECIL-KECIL UJIAN, kita sebenarnya selangkah ke ats sepertimana bait lagu, enjit enjit semut, siapa sakit naik atas.
Cuba kita bayangkan situasi di bawah ni :
1. Sebelum ini, kita seorang yang begitu asyik dengan dunia kemewahan, satu hari, kita jatuh, kekayaan kita telah diambil secara mendadak, kita jatuh muflis dan yang tinggal tiada apa melainkan kita dan anak isteri yang masih nak bersama kita. waktu ni, barulah kita sedar yang, kita ni punya lagi isteri dan anak, sedangkan sebelum ini, kita tidak pula mempedulikan mereka. Kita sakit dan kita naik atas, dari segi kasih dan sayangnya, kita makin kuat dalam menjaga keluarga mulai dari saat ini, demi membuktikan kita masih lagi berguna kepada family dan membalas jasa isteri dan anak yang sabar menghadapi ujian bersama kita.
2. Kita terlalu berharap, kita rasakan yang kita ada tu sudah tentu menjadi milik kita, sedangkan kita tidak pula sedar yang ALLAH yang Maha Menentukan, tiba-tiba, yang kita idamkan itu tidak menjadi milik kita. Kita berasa "down" sekali waktu ini, namun satu hari kita tersedar yang ini merupakan ujian ALLAH kepada kita, dia mungkin tidak memberikan kepada kita kerana banyak sebab, akhirnya kita sedar, yang kita tidak mendapat projek, tapi kita mendapat satu pedoman berguna, iaitu, jangan putus harap kepada ALLAH, kita belajar untuk Redha. Dan belajar berserah kepada ALLAH.
3. Kita sakit, dan kita sedih kerana kita berasa kesakitan kita ini menghalang kita dari bergerak, dari berbuat apa saja yang sebelum ini menjadi rutin harian kita. Solat yang selama ini menjadi keutamaan juga kita abaikan, alasan kita, "sakit, macam mana nak solat", tapi kita tidak sedar yang ALLAH sebenarnya sedang mengirimkan kepada kita pahala dan ganjaran yang banyak seandainya kita bersolat juga demi mendapatkan redha ALLAH. Bukankah solat itu pnya banyak cara untuk dibuat untuk orang yang sakit?
4. Kita mengeluh, "kenapalah aku sahaja yang diuji, dah lah susah, pastu susah lagi. kenapa aku? ". tapi kita tak sedar pula ya yang ALLAH sebenarnya sedang menguji kita, ujian yang ALLAH berikan kepada kita sebenarnya untuk kita kembali ke jalanNYA. sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya disayangi. ALLAH juga berpesan, berdoalah, dan aku akan makbulkan doamu, kita mulai tersedar akan salah kita, dan akhirnya kita berubah, hidup yang dulu susah, sudah tidak lagi susah sepertimana yang kita rasa, pokoknya kita cari yang keperluan itu, kemahuan bukan untuk diberatkan sangat, kerana didalam nya berunsur nafsu diri.
Dari beberapa situasi yang Nadh sebutkan diatas itu, jelas mengatakan yang walau sedikit ujian yang menimpa kita, sebenarnya didalamnya punya banyak sekali kasih sayang yang ALLAH kirimkan kepada kita. Ibarat layang-layang yang disentap talinya, kita sebenarnya sedang dipanggil kembali ke jalan asal kehidupan kita, bila kita sudah keterlaluan menggapai awan, tika ini angin makin kuat di atas sana, bila-bila masa tali bisa terputus, tapi ALLAH tarik balik kita ke bawah, supaya kita sedar dan kembali ke atas tanah.
“Dan orang-orang yang sabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa” (Surah. Al-Baqarah : 177)
Note : Bila kita rasakan diri kita teruji itu terlalu kuat mungkin, kita renungkan Sabda Rasulullah SAW ni, mungkin kita akan ketemu jawapan kepada keluhan kita tu.
“Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para Nabi, kemudian baru orang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka. Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya. Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya, bila lemah dalam agamanya, maka diuji pula oleh Allah s.w.t. sesuai dengan tingkatan ketaatannya kepada agamanya. Demikianlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di muka bumi dalam keadan tidak berdosa." (HR Tarmidzi)
Untuk Versi lain enjit-enjit semut, boleh la click kat SINI.
Labels:
Agama,
ALLAH,
Lagu,
Motivasi,
Peringatan,
Rasulullah,
Semut,
Tazkirah
Tuesday, 18 October 2011
Akukah yang tersesat
Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Lost in Jungle by Aashiyaana
Satu hari , sedang kita asyik menikmati alam, dalam perkhemahan kita bersama rakan-rakan di dalam hutan, kita tersesat .
Kita tercari-cari arah perjalanan kita, ke kiri kita pusing, ke kanan kita toleh, Akhirnya setelah hati berasa kuat , kita memilih untuk berjalan di satu arah itu, di arah sana, kita terdengar seperti ada aliran air sungai namun kurang pasti mana dan sejauh mana tempatnya.
Ketika melangkah, tiba-tiba kaki kita tercucuk duri,. Kita menjerit kesakitan. Waktu tu, kita terloncat-loncat supaya kaki tidak terpijak lagi dan membuat duri itu masuk dalam lagi, kekiri dan kanan kita tuju, hinggalah terlihat akan sebongkah kayu, yang cukup untuk kita duduk, kemudian, kita tarik keluar duri itu keluar dari kaki, tika ini, kita menjerit kesakitan
Kita berjalan lagi, kali ini, kita menunduk-menunduk mengelakkan ranting2. Tiba-tiba satu ranting terjatuh ke atas kita, kena tepat pada kepala kita. Kita mengabaikannya, mungkin sedikit kerana kita berjaya juga menepisnya tadi. Perjalanan itu kita teruskan. Saat kita berhenti seketika untuk mengelap peluh, kita berasa satu cecair panas mengalir di muka kita, kita lap ia, ingatkan ianya adalah peluh, Rupanya, dalam kita tidak sedar, rupanya ranting tadi mencederakan kepala kita, kita hampir pitam bila menyedari nya, tapi sifat melawan kita menguatkan diri untuk terus bertahan. Maka, dengan sapu tangan yang ada di dalam poket, kita keluarkan ia, dan membalut kepala kita yang luka itu.
Kita sambung lagi perjalanan, kali ini, kita menolak ranting-ranting yang ada. Tapi kita tak sedar, yang kita tolak itu sebenarnya salah tolak, ranting itu melibas kita, terkena tepat pada muka, kita jatuh terduduk, pening kerana libasan itu mengenai betul atas kepala kita, sakitnya bukan kepalang. Kita tak mampu berjalan buat seketika, masa yang kita ambil, lama benar sementara menanti kita pulih.
Setelah diyakini kita sudah pulih, Perjalanan kita teruskan, melangkah demi langkah, kita terpelecok kaki bila kita terjatuh dalam satu lubang yang ada dihadapan kita. Dalam kita tak sedar dan berhati-hati, rupanya muncul lagi satu ujian. Rupanya, tanah yang kita sangka kan bertutup dengan dedaunan, rupanya lubang yang besar. Kita menjerit kuat sekali. Betapa sakitnya kaki yang terpelecok itu. Kita menangis, menahan sakit, menarik diri naik ke permukaan, waktu ini, hanya tuhan sahaja yang tahu, betapa sakitnya yang kita rasa. Namun perjalanan perlu diteruskan.
Maka, dengan kaki yang terhencot-hencot bertemankan ranting kayu yang dipilih khas untuk dipaut, perjalanan diteruskan lagi. Sedang kita berjalan, dengan air mata yang dari tadi bercucuran, mengenangkan nasib diri yang diuji sebegini rupa, kita terpandang ke belakang, rupanya kita ada parang, kenapa tidak gunakan ianya dari tadi? Untuk mencantas laluan kita menjadi terang, agar mudah diri melangkah menuju ke destinasi.
Bermula dari sana, perjalanan sedikit mudah, kita berjalan, walaupun perlahan, dan akhirnya tiba ke destinasi, dan seperti yang dijangka, perjumpaan dengan sungai yang diyakini tadi telah membawa kepada kejayaan, bukan sahaja diri dapat menghilangkan dahaga yang tadi tidak berhenti menyerang tekak, tetapi juga, tanah tebing sungai itu rupanya adalah tempat tinggal orang. Alhamdulillah, selamat juga tiba dan diselamatkan juga kita dari ujian tadi.
Dalam kisah di atas, lubang beserta kaki terpelecok, ranting yang menghentam muka, ranting yang mencederakan kepala, bolehlah kita anggap sebagai ujian yang senantiasa ada bersama kita. Sepertimana
Firman ALLAH dalam Surah Muhammad, ayat 31 :
“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami adanya orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita keadaan kamu.”
Parang yang tetiba muncul didalam cerita itu, sebenarnya adalah Al-Quran yang diturunkan untuk menjadi rujukan hidup dan As-Sunah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah untuk menerangkan isi Al-Quran yang diturunkan buat kita umat Manusia.
"Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku". (Hadis Riwyaat Imam Malik.)
Dan akhirnya berkat mengikut dan menggunakan parang pemberian itu, hidup dipermudahkan, bukan sahaja berjaya berjalan dengan senang, malah akhirnya tiba juga ke destinasi. Kenapa Nadh buat "kita" dalam cerita ini melupakan kewujudannya, Nadh nak kita tengok dari perspektif kehidupan kita sekarang ini, yang mana kita sebenarnya hanyut dan lalai dalam mengikut tunjang yang telah Rasulullah SAW sendiri nyatakan, berpegang dan tidak akan sesat selamanya.
"Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku". (Hadis Riwyaat Imam Malik.)
Dan akhirnya berkat mengikut dan menggunakan parang pemberian itu, hidup dipermudahkan, bukan sahaja berjaya berjalan dengan senang, malah akhirnya tiba juga ke destinasi. Kenapa Nadh buat "kita" dalam cerita ini melupakan kewujudannya, Nadh nak kita tengok dari perspektif kehidupan kita sekarang ini, yang mana kita sebenarnya hanyut dan lalai dalam mengikut tunjang yang telah Rasulullah SAW sendiri nyatakan, berpegang dan tidak akan sesat selamanya.
Begitulah hidup sebenarnya, kita mengetahui yang Akhirat itu adalah PASTI, tapi tidak pula kita gunakan parang untuk mencantas dosa-dosa yang mendekati, malah kita terus sahaja berjalan walau kita tahu ianya bukan satu tindakan yang benar dan bijak. Malah lebih hebat kita siap lawan lagi dugaan itu dengan semangat yang kuat, hanya demi survival kita didalam hutan yang tidak kita tahu untuk nasib kita. Sedang di alam nyata, kita mengabaikan parang itu dan akhirnya, seperti kita lihat hari ini, masyarakat kita pincang!!
Fikir-fikirkanlah, Renung-renungkanlah.
Moga mendapat manfaat.
Fikir-fikirkanlah, Renung-renungkanlah.
Moga mendapat manfaat.
Labels:
Al-Quran,
As-Sunnah,
Cerita,
Hidup,
Kehidupan,
Motivasi,
Peringatan,
Rasulullah,
Sunah Rasulullah,
Tazkirah
Monday, 8 August 2011
Tegurlah saya, tegurlah saya
Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.
Hidup dalam kritikan. Anda mahu?
Pada Nadh, hidup perlu juga ada kritikan. Sebab? dengan kritikan kita belajar untuk memperbaiki diri kita. Andai kata semua nak ikut kita, mesti la kita rasa yang baik-baik aja kan? Tak mengaku plak yang hasil dari kita ni kurang.. Nadh sendiri, hari tu ada gak kena tegur sebab penulisan Nadh ni panjang menjela, lepas tu Nadh cuba kurangkan kapasiti penulisan cerita tu, (pasai tu 2 episode pendek ja, tapi lepas tu panjang balik). Bukan apa, tak berapa puas la pendek-pendek. tak feel. ehhe..
Sebab tu cik Anon yang hidup dalam dunia blogging ni kekadang berguna juga. Cuma satu la, kena tengok juga apa komen yang dilampiaskan pada kita. Kekadang tu tak bermanfaat, cuma nak menjatuhkan, tapi kekadang tu berguna juga. (walau hasil dari pengamatan, anon ni tak berhenti dengan sentimen keji lagi mendengki ja dengan blogger ni). Serious tak paham.
Apa pun, sebagai manusia,
1. kita jangan jangan takut untuk ditegur. Gasak ja dengan segala teguran yang orang bagi, yang baik, kita ambil dan simpan, yang kurang kita betulkan, yang tak betul kita abaikan dan jadikan pendinding agar tak berulang.
2. Dalam ditegur tu, kekadang pedas bunyinya, tapi bak kata orang, nak jadi lebih bagus jangan ada dengan kawan, duduk dengan musuh kita, sebab kawan membodek ja, tapi musuh menghentam. Dan hentaman tu selalunya buat diri lebih berhati-hati dalam hidup.
3. Bila dah ditegur, kenalah ambil tindakan. Takkan nak masuk tinga kanan, keluar tinga kiri. Aduii rugi la der. Hal baik tak ambil iktibar.
Berikut serba sedikit yang boleh diambil iktibar. All the best !!
Kisah Rasulullah
Pernah satu ketika baginda di tarik dengan kasar oleh seorang Arab yang meminta baginda melunaskan hutang baginda walaupun belum sampai tarikh kutipan hutang. Saidina Umar r.a yang berada dengan Rasulullah pada waktu itu, menghunuskan pedang dan memarahi lelaki Arab tersebut kerana berkasar dengan Rasulullah.
Apa Rasulullah buat. Rasulullah bersabda "Wahai Umar, sepatutnya engkau menegur aku supaya aku membayar hutangnya, dan kau menegur dia supaya dia meminta hutangnya dengan cara yang baik." Nah itu akhlak al-Quran yang Rasulullah tunjukkan. Indah kan. Kalau kita lah ditempat Rasulullah saw, dikasari kemudian minta hutang, ada pula orang yang nak tolong kita, rasanya kita biarkan je orang yang mengasari kita tu dikerjakan orang yang nak tolong kita tu. Tapi dari kisah tadi, kita lihat bagaimana Rasulullah saw mendidik kita. Walaupun dikasari, Rasulullah tetap berlembut dengan lelaki Arab tadi. Malah minta ditegur. Disitu kita lihat Rasulullah saw meraikan teguran.
Kisah Saidina Umar ra dan pemabuk
Saidina Umar ra, siapa tidak kenal beliau, tegas, gagah, perkasa juga menerima teguran. Pernah satu ketika beliau ditegur oleh seorang peminum arak. Dan beliau menerima teguran tersebut. Maka orang yang melihat keadaan tersebut terasa pelik dan janggal. Jadi mereka bertanya "Wahai Amirul Mukminin, kenapa kau terima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?"
Apa jawapan Saidina Umar "Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tapi teguran dia kepadaku adalah benar." Lihat disitu, Saidina Umar menerima teguran seorang peminum arak.
Note : Dari dua kisah diatas jelas kita dapat lihat bagaimana Rasulullah SAW dan Saidina Umar ra, menerima teguran dengan hati yang terbuka, dikasari dan ditegur oleh orang yang berbuat dosa, namun mereka masih lagi menerima teguran kita. Malah keduanya adalah nama besar dalam Islam. Kita ni, hamba biasa, yang tidak ada apa-apa, siapalah kita untuk tidak menerima teguran?
Yang seharusnya teguran dijadikan elemen penting dalam pembinaan sahsiah diri kita. Agar kita lebih ke arah positif dan yang lebih baik. Ambil yang positif, orang menegur kerana mereka sayangkan kita. Ambil yang logik, orang menegur kerana ada salahnya. tak gitu? Jadi mengapa nak 'melompat' ?
Kalau kita ni nampak baik-baik sahaja, bukankah makin ramai orang yang akan menyenangi kita. Kan bahagia kalau begitu. Makanya, berlapang dada dengan setiap teguran. InsyaAllah kita akan lebih tenang.
Labels:
Motivasi,
Peringatan,
Rasulullah,
Saidina Umar,
Tazkirah
Subscribe to:
Posts (Atom)

