Followers

Friday, 9 October 2015

Khutbah Jumaat 09-Oct

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Bacalah

Khutbah Jumaat hari ada beberapa isi penting yang saya rasa patut dikongsi demgan readers. Antaranya disebut khatib tadi bahawasanya antara sebab masyarakat makin teruk hari ini kerana keberkatan Al-Quran sudah ditarik oleh ALLAH. 

Berapa ramai hari ini yang buta Quran? Tak dinafikan yang buta Quran zaman ini bukan sesuatu yang pelik nak dibandingkan dengan zaman dulu. 

Sebab tu surah pertama yang ALLAH turunkan pada Rasulullah dahulu adalah surah Al-alaQ'. Ingat lagi tak ayat pertama yang bermaksud, "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)". 

Terjemahkan kembali pada kita zaman sekarang. Bermulalah kembali. Tak tahu bukan masalah yang penting ada usaha nak tahu. Tak pandai atau gagap juga bukan masalah, berguru, insyALLAH satu masa nanti dengan izin ALLAH akan lancar dan baik bacaan nya. Moga dengan itu kita akan hidup dengan berpegang dengan panduan yang diberikan, dan mati kita satu hari nanti dibantu dengan syafaat Al-Quran dibawah sana. 

Barangsiapa yang tak pandai atau gugup membacanya tapi masih membaca, diberikan akan dia, dua pahala. Satu kerana membaca, kedua kerana dia berusaha membaca. 

Apabila dah pandai baca, berusaha sekali memahami tiap bait maksud di dalamnya. Kemudian beramal dengan nya. Itu yang sebaik baik sekali. Moga dengan kembali kepada ALLAH melalui kalam Nya, hidup akan menjadi lebih baik. Dan sentiasa dibawah payung rahmatnya. Mudah mudahan. Amin.

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA