Followers

Saturday, 1 October 2011

Kisah 3 golongan yang hampir akhirnya terkecewa

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Entry pagi Nadh hari ni Nadh nak kongsi mengenai 3 orang yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan kedalam api neraka.

1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.
Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya.
“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “

Kemudian ALLAH menjawap, “kau cuma berdusta, kau sebenarnya berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu..”
Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.

2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.
Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya,
“wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Lalu si guru pun menjawap, “aku masuk kedalam syurga kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”

Lalu ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku.”

3. Si kaya raya yang suka bersedekah.
Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,
“Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?”

Maka dijawap olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu, aku gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “

Sekali lagi ALLAH menjawap,
“Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan title “Dermawan” ketika kau hidup satu ketika dahulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaku.”
Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azab siksanya.

Dari ketiga contoh yang diceritakan diatas itu, mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat. Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH.

TranQuiL by SpexSphotography

Marilah bersama kita fikir dan renungkan sama ada perbuatan kita, amalan kita pada hari ini, adalah demi mendapat redha hamba atau redha dari ALLAH, dan jika terselit walau sezarah pun niat ingin riak dan bermegah dengan perbuatan kita, sebaiknya kita bertaubat dan berdoa agar kita dijauhkan darinya, kerana ia mungkin satu hari nanti menjadi penghalang kita dari mencapai Syurga yang abadi.

Wallahualam.

8 comments:

Sunah Sakura said...

astaghfirullahal'azim..moga kita dijauhkan dari hati yang riak..

لين Si Pipi Merah said...

assalammualaikum... nadh..apa khabar?
terima kasih ye nadh.. banyak maanfaat yg kita dpt dr kisah di atas.. nadh pergi ta dgr ceramah ustaz kazim elias dekat masjid raudhatul ulum kt bukit jambul baru2 nie..beliau ada juge menyampaikan ceramah mengenai kisah ini.. :)

JIJI YU said...

cek yg dua bawah tu..tu antara amalan yg mmg blh bwk ke kubur tu

Muslimah Optimis said...

pernah baca pasal benda ni.. tapi dah lupa.. terima aksih ingatkan balik

kiera'sakura said...

trima kasih ingtkn..

smoga segala amalan kita xde terselit wlu sikit pown niat yg x baik...

amin2

Solihin Zubir said...

bukti betapa niat yg ikhlas tu mmg penting...
lari sikit ja niat, apa pon tak bleh...

p/s : nk share artikel ni dlm my 2nd blog.. =)

nurhamizatulzullraooh said...

kalau kita buat sesuatu mestilah ikhlas biar kerana allah jauhkanlah dari riak,takbur dll yang akan merosakkan kita insyaallah amin..

fRaMe+LenSeS said...

boss :: moga kita dijauhkand ari menjadi gologan tu.

Lynn :: waalaikumussalam. Nadh sehat aja. ye ka? hehe. nadh da lama tak balik Penang. ta tau plak ada. hihi. alhamdulillah kita berkongsi ilmu y sama. :D

Jiji :: yup. betoi tu. jika dijaga, besar manfaat nanti. :D

MO :: sesama. :D moga kita dapat manfaat

Kiera :: sesama.

SZ :: dipersilakan. :D

nurhamizatul :: Nadh setuju. moga kita tak termasuk dalam golongan yang tak ikhlas dalam beribadat. takut kesannya nt kepada kita. T.T

Buta+Pekak+Bisu=CINTA