Followers

Monday, 10 October 2011

Apabila bulan muncul sekali lagi.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Sekali lagi bulan berbicara. penanda aras kerinduan mungkin. tapi tahukah kita, yang kita mampu menjadi bulan dengan menjadi HAMBA yang baik.

Jika kita adalah diantara jejaka2 kacak dluar, 

- cantikkan akhlak kita, jadi lelaki pelindung, penegur juga pendakwah menegakkan agama ALLAH, kiranya didalam beramai yarng ada, kita berani menjadi ketua dalam membetulkan kemungkaran. Saat yang lain hanya melihat akan kemungkaran berlaku didepan mata. Seperti tiada apa berlaku.

- Kita berani melangkah ke depan, mengimami solat waktu. sedangkan yang lain bertolak-tolakan, konon atas alasan tidak bersedia, sedangkan tiada usaha diambil menjadi ketua yakni imam.  

- Kita adalah lain bila mana kita menunduk dari memandang sedang yang lain begitu bersemangat mengikuti liuk lentok gadis-gadis yang berlaluan dihadapan kita, kononnya mengikut kata Nabi, pandangan pertama itu adalah rezeki, jadi tiada langkah diambil menjauhkan atau menutup mata, konon kerana ianya rezeki, sedang tidak pula usaha diambil menjauhkan pandangan mata itu.

jika wanita cantik pula, 


- hiasi dengan keindahan ISLAM yakni dengan menutup aurat yakni malu kita, apa sahaja menjadi cantik, walau diantara yang lain kita rasa hilang seri. Bila mana yang sekeliling bergelak tawa kuat dengan hilaian yang mengalahkan pontianak harum sambal malam, kita masih berdiam, demi menjaga MALU yang menjadi salah satu dari cabang Iman. Kita berasa MALU untuk menunjukkan suara lunak kita, kerana takutkan akan berlaku fitnah, gerun untuk mendedahkan aurat kita.

- Kita tidak takut akan perubahan dalam mengejar cinta ALLAH, mungkin aneh bila mana insan lain melihat kita dengan perubahan, tudung yang labuh, kaki yang berbalut stokin, tangan yang dengan innernya. lain bagi yang ada, tetapi, itu bukan ketakutan, di kala insan lain seronok menayangkan rambut yang mengerbang, paha-paha gebu didedahkan, dada-dada montok ditonjolkan, kita satu dalam seribu, sedikit dalam berjuta yang BERANI menjadi lain kerana ALLAH.


Kita lain di mata yang lain, kita berbeza dengan langkah dan cara yang berhati-hati, TAPI di pandangan ALLAH, kita adalah ibarat bulan yang ditemani bintang, ALLAH sayang lebih !!


NOTE : CANTIK n KACAK ITU BUKAN PADA PARAS RUPA, TAPI AKHLAK KITA. IMAN kita  

8 comments:

Solihin Zubir said...

BULAN... jika anda kacak, jika anda cantik.. Bulan memang sesuai utk anda.. pangkahlah bulan.. eh.. haha..

Iffah Afeefah said...

Hurm berani berubah demi Allah

bulat said...

tq abg nad :) lama xuat tazkirah <3

IBU GEBU said...

nadh... wanita cantik itu adalah kakak... terima kasih kerana mengabadikannya... ahahaha

*syukran atas tazkirah ini

aimie amalina said...

tetap pendirin
ubah sikit2
lelame jadi bokit =]
lillahitaa'la=]

kiera'sakura said...

dan semoga nafsu menjauhi saat diri berani untuk berubah

mr E oSk gurL said...

thanx abg nadh... bulan itu indah... subhanAllah :)

fRaMe+LenSeS said...

SZ :: lari tajuk tu. :P

Iffah :: betul tu.. :D

bulat :: ehhe. ya ka lama?

Ibu gebu :: ehhe. setuju la camni. akak ibu n wanita cantik. ehhe. :D syukur Nadh ada akak cantik. :D

aimie :: lama2 jadi bokit. weee~~ :D

kiera :: amin2. :D

TTM :: bulan itu indah ye. :D ALLAH Hebat. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA