Followers

Showing posts with label Yaya. Show all posts
Showing posts with label Yaya. Show all posts

Friday, 23 December 2011

Gemok tak cantik laaa

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kurus tu cantik, ye tak?

Yaya :: Mama, sepupu Yaya tu gemokk Ma. Tak cantik.
Mama :: gemok? Gemok.cmna?
Yaya :: gemok la, gemok macam ibu tu. Tapi ibu tu gemok cket caje.
Mama :: gemok tak cantik ka?
Yaya :: gemok tak cantik. Icha tu kurus, cantik. Gemok tu malass macam orang utan Yaya tengok kat zoo tu.

Uikzzz. Gelak sakan masa mama cita pasal ni masa naik keta tadi. Ade2 ja adik sorang tu. Ntah mana dapat pun tatau. Punya pandai relate dengan sekeliling dia.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 7 December 2011

Wordless Wednesday #WW24

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


Moment that i wont miss. Lil Darling birthday. 
Jadi anak solehah tau syg..

Tuesday, 13 September 2011

Pengalaman sehari bersama Khalisya.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pengalaman sehari bersama Khalisya.


Opss.. nak cita pengalaman bersama sayang selama sehari masa Mama keluar tadi pergi kedai dengan Jiah n Yaya.

Mula tu kan, Mama kata, "Abang, Mama nak keluar pergi Tesco sat, abang tolong ngasuh Icha na.. "

"Okeh Mama. ". Sambil turun bawah lepas tu amek Khalisya naik atas duduk dekat atas toto.

Masa mula-mula, buat tatau ja dekat dia. Sebab biar dia memain sendirian.
Lepas tu, angkat, main dengan dia. Pebret dia, bagi dia meniarap, lepas tu sergah dia, memang gelak mengekek-ngekek (owh dear, sangat comei, rasa macam nak geget aja budak kecik ni..)

Selesai tu, dalam setengah jam, dia dah sapu-sapu mata. (Hokkeh.. da mengantuk dah ni..). Iya ka? tak sure, tapi yang pasti kat atas panas, maka dengan itu, angkat dia lagi, bawa turun bawah..

Kat bawah, letak dia atas tilam, still boleh blah lagi. Dia main dengan penuh keriangan. Dia sangat suka bersembang. (ouchhh.. comeinya.. memang kena gomoi tak hengat donia..)

Maka bermulalah dia nak meragam, (dah tahu, mengantuk ni..) jadi dia dimasukkan kedalam buai. Buaikan dia dengan penuh perasaan. Tapi dia masih tak tidur, ciap dok bergelak sakan. (elloww syg, abg bukan ajak main la. nak bagi tidoww la..)

Tak berjaya, dia dikeluarkan dari dalam buai. Letak atas tilam balik. Lepas tu kan, dia nak mragam lagi. (Saya pasti dia lapo plak, jadi amek susu dan cuapkan. ). Masa ni dia dah mula pejamkan mata. (Baru saya tahu, rupanya dia lapo n mengantuk.. ). Susu dicuap sambil tangan mendodoikan. Last sekali, selesai susu sebotol, dia dah terlena. Nak angkat tak berani, sebab takut dia terkejut, maka lenalah dia terkedang atas tilam tu. Diambil sebijik bantal dan diletakkan diatas dada dia, sebab takut burung murai (nama samaran Kakak Yaya yang suka bercakap) balik.

**Arap maaf, lupa amek gambaQ dia tdo dalam keadaan kiut itu. arap maklum. :P **

Mama pun sampai 15 minit lepas tu. Jiah tanya, "haaa, nangis sampai keras apa budak tu.."
"Shhhhhh.. dia dok lena la..jangan buat bising, nanti dia terkejut.. "

Mama masuk dan tengok dekat buaian. "Ehh mana dia abg?".

"Ada kat atas tilam Mama. ".. Mama tengok aja. Senyum tengok Icha tidur. "Napa tak bagi dia tidur dalam buai?". "Dah masukkan Mama, tapi dia dok gerak-gerak. tak tidur pun.". jawap Nadh. "Tak bedong dia, memang la macam tu..". (Opss, bukan taknak bedong, tapi malas, ehehehe)

"Yaya diamm la...". Suruh Yaya diam. Sebab dia tak berhenti cakap. nanti adik dia jaga..

Saturday, 6 August 2011

Mama, Abang mana?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh dah sampai Penang. Mama bangun sahur. Mama bercerita kat Nadh.

Yaya : Mama, mama, abang yang selalu dok main dengan Yaya tu mana?

Mama : Abang tu dah balik rumah dia dah. Dia p work.

Yaya : Yaya pun nak p work la. tapi sebelum tu Yaya kena p School kan Mama?



Note :: Mama kata agaknya dia pelik kot, selalu dia datang abang dok ada, panggil abang turun dari atas, ni tak muncul-muncul jugak.

p/s : Adik kecik kesayangan rindu kat abg dia upanya. hihihi. Sok pagi dia datang abang dia dah ada entah apa dia nak buat ye?

Thursday, 28 July 2011

Andai wang menjadi ukuran, Belikan saya kasih dan sayang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Andai wang menjadi ukuran, Belikan saya kasih dan sayang"

Nadh teringin benar nak bercerita kisah yang Nadh kongsikan dengan Mama kejap tadi.
Nadh tengok Mama agak sedih dengan cerita tu. 

Dia adalah antara Mama, Ayah dan Anak-anak mengasuh dia. Satu masa dahulu pernah jadi, orang tu tak hantar anak dia, lepas tu dengar-dengar dia dah ada bibik. Ni baru-baru ni dia buat lagi, kali ni dia dah hantar kat orang lain. Sebab konon sentap la dengan Mama yang dah taknak jaga anak dia. (Tapi bersebab, sebab ada perjanjian dengan Kak Azza, takkan Mama nak reject Kak Azza, tak adil plak untuk diia. )

Lepas tu hilanglah budak-budak tu dari pandangan Mama. Tapi bak kata orang, ikatan kasih sayang ni tak boleh nak diputuskan. Mesti akan ingat dekat budak-budak tu. 

Last week, Aqil demam, sampai muntah-muntah masuk hospital. Ayah pergi tengok anak dia tu. Mama kata Aqil sebaik nampak Ayah, peluk Ayah, tidur kat riba Ayah. Esok paginya, budak tu bangun, buka mata ja dah mencari Ayah dia. 

Seorang lagi Dina. Dia cakap dekat Mama, "Mama, Yaya dah datang ka Mama?". Mama cakap belum. Dia cakap dekat Mama, "Mama, nanti Yaya dah datang Mama Dina kena lah cari orang lain nak jaga kami kan Mama? Mama mana larat nak jaga kami ramai-ramai. ". (budak-budak pun faham, tapi mengapa Ibu anak ini tak mahu faham? atau sengaja buat tak faham? Mungkinkah bila seorang manusia tu dah ada $$$, tiada yang lain dia mahu, dan fikir melainkan kesenangan diri sendiri? ). Dina tambah lagi, "nanti Aqil n Isha hantar la dekat orang lain, Dina tak apa duduk dengan Mama. " (sempat lagi kan? Anak kecil ini begitu bersahaja dan tulus mengatakan niat di hatinya)


Yang ketiga, Permata hati baru Mama n Ayah. Tak reti dok diam, cakap pandai. Yaya datang ja, "Ayah, nak tidur dengan Ayah..". lepas kejap tidur dengan Ayah, dia cakap "dah takmau tidur dengan Ayah dah.". "Ayah pergi mandi cepat, Yaya nak pergi Tesco". 

Macam lawak ja cerita anak-anak baru nak meningkat naik ni kan? Tapi hakikat dalam cerita ni adalah. Duit tidak membeli kasih dan sayang, tetapi kasih dan sayang itu hadir dari ikhlas yang bertapak dalam hati dan jiwa kita, yang mana ianya dirasai hingga dalam lapisan terdalam hati. Sebab tu orang kata, sekali tersentuh hati tu, bukan mudah hendak diubah. 

Note : berhati-hatilah kita dalam berdunia. Ianya tidak mudah. Hati tidak seperti Simen di lantai. Pecah, kita beli simen baru dan tepek untuk melicinkan dia kembali. Seperti satu kisah yang Nadh pernah baca, "sekiranya kita tak ingin berasa sedih, elakkan dari buat hal yang boleh menyakitkan hati orang lain."

Tuesday, 19 July 2011

Kegembiraan Mama n Ayah kembali dah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh agak happy hari ni. Dalam semak-semak kepala otak melayan sorang manusia tak paham bahasa tu, (sampai tertidur la lepas balik tadi sebab serabut pala), ada juga kegembiraan yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.

Nak tau apa dia? Meh tengok bawah ni.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
v
Ha ni dia kegembiraan keluarga Nadh. Anak kecik kesayangan Mama n Ayah.

Mama cakap sejak family satu tu tak hantar anak depa kat Mama, Ayah nampak sedih, sebab selalunya masa dia balik kerja ada anak kecik dia tunggu depan pintu. Sejak depa tak ada, Mama kata Ayah cam sedih ja bila balik kerja.

Ni tadi Nadh call kan, dengar ayah dok sembang dengan Yaya. Dengar dia happy sangat. Mama pun sama. Alhamdulillah.. Syukur sangat.. Nadh serabut sikit, tapi Mama n Ayah Nadh happy. 

Tu sangat penting!!! Alhamdulillah..

Thursday, 23 June 2011

I Miss This Little Girl Sooooo Much.

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

I Miss This Little Girl Sooo Much..

Monday, 30 May 2011

Selamat datang Adik Baru Nadz Kosa 3

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Sekadar entry special buat ahli baru keluarga Nadh. Anak kepada Kak Azza. isitu Yaya Jr. hihi
Meh nak share pic.Tak ada banyak la, satu aja.. 
(oopss.. nak gtau, ni bukan family betoi la. tapi dah macam family betoi. Ni adalah adik kepada anak ngasuh Mama, Adik Yaya. Anak kepada Kak Azza n Abang Azrul ) Jadi dengan itu dia adalah merangkap kepada ADIK baru Nadz kosa 3.. hhihi.. Happy trok3 ni.. :))

Apa pun, Alhamdulillah, dan syukur yang tak terhingga buat Tuan Punya Alam, ALLAH SWT kerana atas linpah dan kurnianya, diberikan keselamatan dan dipermudahkan urusan kelahiran Adik Yaya tadi. Alhamdulullah, syukur kerana tadi dalam pukul 15:02 abg Arul hantar message mengatakan Kak Azza dah selamat melahirkan Puteri Kedua depa. Alhamdulillah. Syukur sangat..

Sekalung Tahniah buat Yaya, Kak Azza n Abang Arul atas kelahiran ahli baru dalam keluarga depa.
Abang Arul n Yaya Jr.

Terasa diri nak balik Penang ni.. Nak tengok budak ni. Tapi apakan daya, tugas dan kelas mencemburui Nadh..
Doa-doa dapat balik jugak. Amin Yarabbal Alamin.


Saturday, 21 May 2011

Sepagi bersama buah hati Nadh

Assalamualaikum.

Permulaan hari ni agak lawak tau dak.Yaya mai rumah, lepas tu dia kata dekat Mama, 
"Mama, Yaya nak makan nasi lemak...." 

Elok ja lepas Yaya cakap camtu, hujan pun turun, leh plak dia kata dekat Mama,
"Alaa Mama, ujan plak, camna nak p beli nasi lemak kat Yaya ni.. " 
Leh bayang tak? dengan pelat dia tu, nak tergelak Nadh dengar.. lawak betoi la.. hihihi

Kemudian, pukul 10, Mama ajak Nadh p tengok Dina dekat sekolah. Kalau nak tau, Dina ni merupakan salah sorang anak ngasuh Mama. Jadi, Aktiviti pagi Nadh hari ni diisi dengan melawat Irdina Afiqah kat sekolah. Salah-sorang adik ngasuh Nadh yang paling Nadh sayang. Ni antara gambar-gambar masa dekat sekolah tadi. 

 Muka kegirangan dapat Nasi lemak..

 Tengok Yaya makan, cam Nadh pn leh rasa lapaQ ni.. 

 Thanks to Dina, kalau tak tak senyum dak ni tgk camera.. hihi

Yaya with Dina, 2 buah hati Nadh..

Tengok depa dua ni, buat Nadh rasa happy sangat.. Especially Yaya yang manja ni n Dina yang da besar ni. Dua-dua ni sangat manja ng Nadh sebenarnya, sama la Dina n Yaya ni, cuma sekarang Dina dah besar kan, kurang sikit la dengan Nadh, walau masih jugak. 

Hurmm.. besar dah adik Nadh sorang ni kan, dah 8 tahun dah. Saja la Nadh kenakan dia tadi. 

Nadh : Dina balik sekolah pukul berapa? 
Dina : balik pukul 2 abg, kalau darjah satu balik pukul 1.
Nadh : jadi darjah tiga balik pukul 3 ka?
Dina : pukul 2 jugak la abg.
Nadh : darjah 4?  balik pukul 4 la kan?
Dina : **senyum ja** .. pukul 2 la abg.

Hihihi.. Lama tak melawak ng adik Nadh sorang ni.. :D Nadh ingat esok nak p amek dia lepas dia balik sekolah, nak bawa jejalan sat la.. :D spend time dengan dia sikit, shian dia, lama tak dok ng abg Nadh dia ni kan? :D Mama cakap okeh.. :D

Thursday, 24 February 2011

Doa Buat Yaya

Baru ja dapat pic adik..
Pic Yaya kat spital..
duii.. sedih plak rasa.. cyg ku ini ta sihat..
pastu abg dia taleh nak balik p tgk..
pasai komitmen kerja n komitmen study..
tapi tak kira la..
kalau dalam minggu ni tak kua jugak dari wad..
konpem la.. malam isnin ni jugak aku balik p tengok..
kawan2 kuh syg.. kita doa Yaya ku syg ni sehat ye..
amin2kan doa aku.. pasai aku syg Yaya aku,. :'(


Yaya combong.. abg wat video call tamo cakap.. geget satgi baru tau.. :p


pic ni wat rasa nak ngs pn ada jugak..yaya nampak lemah.. muka mandom ja.. alaa.. shiannn kat syg abg.. ;(


kat mana la dia dok pose nih.. iskhh.. mai ng adik ni.. ada2 saja.. suma tempat dia amek gambaQ..

Note :: rasa rindu n isau kat Yaya.. arap Yaya cepat sembuh n kua hospital.. ;(

Buta+Pekak+Bisu=CINTA