Followers

Monday, 8 August 2011

Tegurlah saya, tegurlah saya

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Hidup dalam kritikan. Anda mahu? 

Pada Nadh, hidup perlu juga ada kritikan. Sebab? dengan kritikan kita belajar untuk memperbaiki diri kita. Andai kata semua nak ikut kita, mesti la kita rasa yang baik-baik aja kan? Tak mengaku plak yang hasil dari kita ni kurang.. Nadh sendiri, hari tu ada gak kena tegur sebab penulisan Nadh ni panjang menjela, lepas tu Nadh cuba kurangkan kapasiti penulisan cerita tu, (pasai tu 2 episode pendek ja, tapi lepas tu panjang balik). Bukan apa, tak berapa puas la pendek-pendek. tak feel. ehhe.. 

Sebab tu cik Anon yang hidup dalam dunia blogging ni kekadang berguna juga. Cuma satu la, kena tengok juga apa komen yang dilampiaskan pada kita. Kekadang tu tak bermanfaat, cuma nak menjatuhkan, tapi kekadang tu berguna juga. (walau hasil dari pengamatan, anon ni tak berhenti dengan sentimen keji lagi mendengki ja dengan blogger ni). Serious tak paham. 

Apa pun, sebagai manusia, 
1. kita jangan jangan takut untuk ditegur. Gasak ja dengan segala teguran yang orang bagi, yang baik, kita ambil dan simpan, yang kurang kita betulkan, yang tak betul kita abaikan dan jadikan pendinding agar tak berulang. 

2. Dalam ditegur tu, kekadang pedas bunyinya, tapi bak kata orang, nak jadi lebih bagus jangan ada dengan kawan, duduk dengan musuh kita, sebab kawan membodek ja, tapi musuh menghentam. Dan hentaman tu selalunya buat diri lebih berhati-hati dalam hidup.

3. Bila dah ditegur, kenalah ambil tindakan. Takkan nak masuk tinga kanan, keluar tinga kiri. Aduii rugi la der. Hal baik tak ambil iktibar. 

Berikut serba sedikit yang boleh diambil iktibar. All the best !!

Kisah Rasulullah
Pernah satu ketika baginda di tarik dengan kasar oleh seorang Arab yang meminta baginda melunaskan hutang baginda walaupun belum sampai tarikh kutipan hutang. Saidina Umar r.a yang berada dengan Rasulullah pada waktu itu, menghunuskan pedang dan memarahi lelaki Arab tersebut kerana berkasar dengan Rasulullah. 

Apa Rasulullah buat. Rasulullah bersabda "Wahai Umar, sepatutnya engkau menegur aku supaya aku membayar hutangnya, dan kau menegur dia supaya dia meminta hutangnya dengan cara yang baik." Nah itu akhlak al-Quran yang Rasulullah tunjukkan. Indah kan. Kalau kita lah ditempat Rasulullah saw, dikasari kemudian minta hutang, ada pula orang yang nak tolong kita, rasanya kita biarkan je orang yang mengasari kita tu dikerjakan orang yang nak tolong kita tu. Tapi dari kisah tadi, kita lihat bagaimana Rasulullah saw mendidik kita. Walaupun dikasari, Rasulullah tetap berlembut dengan lelaki Arab tadi. Malah minta ditegur. Disitu kita lihat Rasulullah saw meraikan teguran.

Kisah Saidina Umar ra dan pemabuk
Saidina Umar ra, siapa tidak kenal beliau, tegas, gagah, perkasa juga menerima teguran. Pernah satu ketika beliau ditegur oleh seorang peminum arak. Dan beliau menerima teguran tersebut. Maka orang yang melihat keadaan tersebut terasa pelik dan janggal. Jadi mereka bertanya "Wahai Amirul Mukminin, kenapa kau terima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?"

Apa jawapan Saidina Umar "Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tapi teguran dia kepadaku adalah benar." Lihat disitu, Saidina Umar menerima teguran seorang peminum arak.



Note :  Dari dua kisah diatas jelas kita dapat lihat bagaimana Rasulullah SAW dan Saidina Umar ra, menerima teguran dengan hati yang terbuka, dikasari dan ditegur oleh orang yang berbuat dosa, namun mereka masih lagi menerima teguran kita. Malah keduanya adalah nama besar dalam Islam. Kita ni, hamba biasa, yang tidak ada apa-apa, siapalah kita untuk tidak menerima teguran? 

Yang seharusnya teguran dijadikan elemen penting dalam pembinaan sahsiah diri kita. Agar kita lebih ke arah positif dan yang lebih baik. Ambil yang positif, orang menegur kerana mereka sayangkan kita. Ambil yang logik, orang menegur kerana ada salahnya. tak gitu? Jadi mengapa nak 'melompat' ?

Kalau kita ni nampak baik-baik sahaja, bukankah makin ramai orang yang akan menyenangi kita. Kan bahagia kalau begitu. Makanya, berlapang dada dengan setiap teguran. InsyaAllah kita akan lebih tenang.

5 comments:

Iffah Afeefah said...

huhu tegurla jiran ni jugak

kot2 de y slp

azam said...

itulah kaedahnya:

jgn pandang sifat orang yg menegur tapi apa yang ditegurnya....kalau salah, katakan salah......

cermin²kan diri

Atiqah Sa'ahiry said...

haha..kita lebih suka orang tegur kita..ahha//ingatkan diri kita yang selalu apla dan leka..

fRaMe+LenSeS said...

Iffah :: insyALLAH.. ;) sama2 lah kita. ;)

Azam :: setuju ng kata2 kamu. jgn pndg y menegur, tapi y ditegur. ai like. wee~~

Atiqah :: betul. suka jugak. wee~~

kiera'sakura said...

kalau tak salah xkan org tegur kan? :)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA