Followers

Wednesday, 19 October 2011

Enjit-enjit semut

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


Ilham pagi, tapi petang baru berkesempatan nak cerita. Hari ni kan, Nadh nak cerita pasal satu lagu ni plak. Lagu ka permainan kanak-kanak entah, cara nak main dia, kita buat macam kat atas ni. Bila nyanyi, yang paling bawah akan naik ke atas, lepas tu nyanyi lagi, naik ke atas sampai la game ni berhenti.


Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit Naik Atas
Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit Naik Atas
Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit Naik Atas
Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit , Naik Atas
 
Sebenarnya kan, Nadh rasa kan, apa yang dikata dalam bait kata dia punya maksud tersendiri.

Meh Nadh nak ulas mengenai enjit dan semut.
Enjit dan semut. Enjit membawa maksud bergaya atau geliang geliut (sewaktu berjalan atau bergerak) dan semut yang kita tahu dia kecil. Enjit semut dalam bahasa lagi ini membawa maksud cara semut tu berjalan yakni pergerakan dia yang kecil sekecil dia.

Kemudian Nadh nak kaitkan pula dengan Siapa sakit naik atas, dengan kecilnya semut dan gerakan semut tu. Baik, seperti yang kita tahu, kita senantiasa akan diuji dengan berbagai ujian di muka bumi ini, sapa sakit naik ats itu, bolehlah kita tafsirkan sebagai bila kita diuji dengan ujian yang diberikan kepada kita itu, WALAU SEKECIL-KECIL UJIAN, kita sebenarnya selangkah ke ats sepertimana bait lagu, enjit enjit semut, siapa sakit naik atas.

Cuba kita bayangkan situasi di bawah ni :

1. Sebelum ini, kita seorang yang begitu asyik dengan dunia kemewahan, satu hari, kita jatuh, kekayaan kita telah diambil secara mendadak, kita jatuh muflis dan yang tinggal tiada apa melainkan kita dan anak isteri yang masih nak bersama kita. waktu ni, barulah kita sedar yang, kita ni punya lagi isteri dan anak, sedangkan sebelum ini, kita tidak pula mempedulikan mereka. Kita sakit dan kita naik atas, dari segi kasih dan sayangnya, kita makin kuat dalam menjaga keluarga mulai dari saat ini, demi membuktikan kita masih lagi berguna kepada family dan membalas jasa isteri dan anak yang sabar menghadapi ujian bersama kita.

2. Kita terlalu berharap, kita rasakan yang kita ada tu sudah tentu menjadi milik kita, sedangkan kita tidak pula sedar yang ALLAH yang Maha Menentukan, tiba-tiba, yang kita idamkan itu tidak menjadi milik kita. Kita berasa "down" sekali waktu ini, namun satu hari kita tersedar yang ini merupakan ujian ALLAH kepada kita, dia mungkin tidak memberikan kepada kita kerana banyak sebab, akhirnya kita sedar, yang kita tidak mendapat projek, tapi kita mendapat satu pedoman berguna, iaitu, jangan putus harap kepada ALLAH, kita belajar untuk Redha. Dan belajar berserah kepada ALLAH. 

3.  Kita sakit, dan kita sedih kerana kita berasa kesakitan kita ini menghalang kita dari bergerak, dari berbuat apa saja yang sebelum ini menjadi rutin harian kita. Solat yang selama ini menjadi keutamaan juga kita abaikan, alasan kita, "sakit, macam mana nak solat", tapi kita tidak sedar yang ALLAH sebenarnya sedang mengirimkan kepada kita pahala dan ganjaran yang banyak seandainya kita bersolat juga demi mendapatkan redha ALLAH. Bukankah solat itu pnya banyak cara untuk dibuat untuk orang yang sakit? 

4. Kita mengeluh, "kenapalah aku sahaja yang diuji, dah lah susah, pastu susah lagi. kenapa aku? ". tapi kita tak sedar pula ya yang ALLAH sebenarnya sedang menguji kita, ujian yang ALLAH berikan kepada kita sebenarnya untuk kita kembali ke jalanNYA. sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya disayangi. ALLAH juga berpesan, berdoalah, dan aku akan makbulkan doamu, kita mulai tersedar akan salah kita, dan akhirnya kita berubah, hidup yang dulu susah, sudah tidak lagi susah sepertimana yang kita rasa, pokoknya kita cari yang keperluan itu, kemahuan bukan untuk diberatkan sangat, kerana didalam nya berunsur nafsu diri.

Dari beberapa situasi yang Nadh sebutkan diatas itu, jelas mengatakan yang walau sedikit ujian yang menimpa kita, sebenarnya didalamnya punya banyak sekali kasih sayang yang ALLAH kirimkan kepada kita. Ibarat layang-layang yang disentap talinya, kita sebenarnya sedang dipanggil kembali ke jalan asal kehidupan kita, bila kita sudah keterlaluan menggapai awan, tika ini angin makin kuat di atas sana, bila-bila masa tali bisa terputus, tapi ALLAH tarik balik kita ke bawah, supaya kita sedar dan kembali ke atas tanah.

Dan orang-orang yang sabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa” (Surah. Al-Baqarah : 177)

Note : Bila kita rasakan diri kita teruji itu terlalu kuat mungkin, kita renungkan Sabda Rasulullah SAW ni, mungkin kita akan ketemu jawapan kepada keluhan kita tu.

Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para Nabi, kemudian baru orang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka. Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya. Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya, bila lemah dalam agamanya, maka diuji pula oleh Allah s.w.t. sesuai dengan tingkatan ketaatannya kepada agamanya. Demikianlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di muka bumi dalam keadan tidak berdosa." (HR Tarmidzi)

Untuk Versi lain enjit-enjit semut, boleh la click kat SINI.

10 comments:

Iffah Afeefah said...

Erm mknenye skarang jiran nga lalui proses enjit2 smut

azwa amani said...

amani sangat suka cara pemikiran nadh.. teringat hantu Mak Limah..huhuhu :)

hidup ini tidak dinamakan perjuangan jika tidak ada percaturan dan kesusahan kan nadh..

aimie amalina said...

toink2
enjit2 semut
sape sakit naik atas
enjit-enjit hidup
jangan pernah putus dr Tuhan..
insyaAllah segala dipermudahkan-Nya =]

JIJI YU said...

setiap lagu ada cerita..

QasehSuci said...

herm..macam tu yer...mmg logik..thanks nadh

IBU GEBU said...

relevan dengan lagu ini...

nur Muhammad said...

Allah menguji mengikut kemampuan hambaNya,,..

kiera'sakura said...

selalulah bersangka baik dgn Allah

fRaMe+LenSeS said...

Iffah :: rasanya betoi jugak tu. sabar tau.. :D

Amani :: terima kasih Amani. ilham dari ALLAH, Nadh cuma meluahkan je. :D syukur kepadanya.

Aimie :: toink2.. ahaaha. betul, jgn pts asa. :D

Jiji :: betoi tu. suma ada cerita dia. :D

Qaseh :: logik ye? maceh2 jugak. :D

Kak Ibu Gebu :: :)

Nur :: betul tu, Nadh setuju. :D

Kiera :: tahu takpe. :D

Mohd Fauzi said...

thanks for backlink... ya betul tiap lagu tradisi/permainan tika kita kecil terserit berjuta makna... kalu punya masa imbas kembali baru kit sedar dah paham...

Buta+Pekak+Bisu=CINTA