Followers

Showing posts with label Lagu. Show all posts
Showing posts with label Lagu. Show all posts

Tuesday, 8 May 2012

Mari mendengar

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

owh sangat tersentuh dengar lagu ni. Di manakah aku? T.T


di keheningan malam
tafakur di kesyahduan
merindui janjimu tuhan
bantuan di perjuangan

ku titiskan air mata
taubat segala dosa
moga terangkat penghijab kalbu
antara kau dan aku.


  • Di keheningan malam, adakah kita mengamalkan bangun di tengah hening malam semata kerana ALLAH?
  • bertafakur di kesyahduan, kita adakah kita syahdu tiap kali berhadapan ALLAH?
  • Merindui jalan ALLAH. sejauh mana kita merindui jalan ALLAH? Atau kita hanya lebih kepada melawan jalan yang ALLAH dah tentukan? 
  • Bantuan di perjalanan. Usaha kita, selepas selesai, adakah kita memohon dari ALLAH? dan selepasnya? bersyukurkah kita?

Wednesday, 18 April 2012

Song of The Day.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Lama kan Nadh tak naip dalam bahasa melayu? meh hari ni kita cerita pasal satu lagu nak? Lagu ni dah tambat hati Nadh semalam masa Nadh memandu kereta abg Madi. Meh sesama kita dengar, lepas tu kita belajar menghafaz maksudnya.


Menurut para ulama', salah satu cara nak khusyuk dalam solat adalah memahami maksud bacaan kita tu. Apa kata kita hafal lagu ni, bukan tu saja, selain memahami apa maksudnya, kita dapat lagi mendekati ALLAH. Memahami kalam ALLAH ni.  

Segala puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
yang menguasai hari pembalasan
hanya kepadamu Ya ALLAH
kami menyembahmu,
Hanya kepadamu, kami mohon pertolongan
tunjukilah kami jalan yang lurus
iaitu jalan orang yang kau kurniakan nikmat kepada mereka
Bukan jalan mereka yang dimurkai. 
Dan bukan pula jalan mereka yang Sesat.


Meh suma..~~

Thursday, 2 February 2012

Cuando Seas Mia.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nak lena dah ni. Selamat malam ya. Maafkan nadh andai ada salah dan silap pada readers sekalian.

Lagu tdoQ malam ni. :


Bahasa Spain kata Cuando Seas Mia
Versi omputih : Miss Me So Bad :P

Sunday, 4 December 2011

Doaku Untukmu Sayang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Entry lagu untuk semua yang bersama Nadh selama ini. BUAT SEMUA. 
Yang pernah hadir dalam hidup, yang pernah datang sini, yang menyokong, yang membaca, yang mengomen, semua sekali, jasa anda hanya ALLAH dapat membalasnya. Nadh doakan semua berbahagia.


Nadh Sayang semua.

Kau mau aku apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi

Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti

Tahukah kamu apa yang ku pinta
Disetiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi

Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti

(Tuhan tolong aku, juga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi

Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti

Tuesday, 1 November 2011

Apabila irama berbicara.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kekadang tiada kata diperlukan untuk satu irama berkata-kata. Nadh suka lagu ni. Irama dia, menarik, dah berkali-kali ulang dengar hari ni semasa Nadh sedang asyik BW tadi. jumpa, buka dan dengar berkali-kali, akhir sekali, download dan dengar kat lappy n Beby. 

Still Water by Maksim Mrvica

Tak tahu kenapa, diri begitu meminati irama-irama macam ni. mengasyikkan dari mendengar lagu mendayu yang memuji-muji entah apa-apa kan? Kitaro n Kenny G pun best juga. :D

P/s : semangat ja lagu ni walaupun mendayu, alhamdulillah, ALLAH datangkan "ilham" tadi. Siap juga beberapa perkongsian kan? :D Syukur..

Wednesday, 19 October 2011

Enjit-enjit semut

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


Ilham pagi, tapi petang baru berkesempatan nak cerita. Hari ni kan, Nadh nak cerita pasal satu lagu ni plak. Lagu ka permainan kanak-kanak entah, cara nak main dia, kita buat macam kat atas ni. Bila nyanyi, yang paling bawah akan naik ke atas, lepas tu nyanyi lagi, naik ke atas sampai la game ni berhenti.


Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit Naik Atas
Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit Naik Atas
Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit Naik Atas
Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit , Naik Atas
 
Sebenarnya kan, Nadh rasa kan, apa yang dikata dalam bait kata dia punya maksud tersendiri.

Meh Nadh nak ulas mengenai enjit dan semut.
Enjit dan semut. Enjit membawa maksud bergaya atau geliang geliut (sewaktu berjalan atau bergerak) dan semut yang kita tahu dia kecil. Enjit semut dalam bahasa lagi ini membawa maksud cara semut tu berjalan yakni pergerakan dia yang kecil sekecil dia.

Kemudian Nadh nak kaitkan pula dengan Siapa sakit naik atas, dengan kecilnya semut dan gerakan semut tu. Baik, seperti yang kita tahu, kita senantiasa akan diuji dengan berbagai ujian di muka bumi ini, sapa sakit naik ats itu, bolehlah kita tafsirkan sebagai bila kita diuji dengan ujian yang diberikan kepada kita itu, WALAU SEKECIL-KECIL UJIAN, kita sebenarnya selangkah ke ats sepertimana bait lagu, enjit enjit semut, siapa sakit naik atas.

Cuba kita bayangkan situasi di bawah ni :

1. Sebelum ini, kita seorang yang begitu asyik dengan dunia kemewahan, satu hari, kita jatuh, kekayaan kita telah diambil secara mendadak, kita jatuh muflis dan yang tinggal tiada apa melainkan kita dan anak isteri yang masih nak bersama kita. waktu ni, barulah kita sedar yang, kita ni punya lagi isteri dan anak, sedangkan sebelum ini, kita tidak pula mempedulikan mereka. Kita sakit dan kita naik atas, dari segi kasih dan sayangnya, kita makin kuat dalam menjaga keluarga mulai dari saat ini, demi membuktikan kita masih lagi berguna kepada family dan membalas jasa isteri dan anak yang sabar menghadapi ujian bersama kita.

2. Kita terlalu berharap, kita rasakan yang kita ada tu sudah tentu menjadi milik kita, sedangkan kita tidak pula sedar yang ALLAH yang Maha Menentukan, tiba-tiba, yang kita idamkan itu tidak menjadi milik kita. Kita berasa "down" sekali waktu ini, namun satu hari kita tersedar yang ini merupakan ujian ALLAH kepada kita, dia mungkin tidak memberikan kepada kita kerana banyak sebab, akhirnya kita sedar, yang kita tidak mendapat projek, tapi kita mendapat satu pedoman berguna, iaitu, jangan putus harap kepada ALLAH, kita belajar untuk Redha. Dan belajar berserah kepada ALLAH. 

3.  Kita sakit, dan kita sedih kerana kita berasa kesakitan kita ini menghalang kita dari bergerak, dari berbuat apa saja yang sebelum ini menjadi rutin harian kita. Solat yang selama ini menjadi keutamaan juga kita abaikan, alasan kita, "sakit, macam mana nak solat", tapi kita tidak sedar yang ALLAH sebenarnya sedang mengirimkan kepada kita pahala dan ganjaran yang banyak seandainya kita bersolat juga demi mendapatkan redha ALLAH. Bukankah solat itu pnya banyak cara untuk dibuat untuk orang yang sakit? 

4. Kita mengeluh, "kenapalah aku sahaja yang diuji, dah lah susah, pastu susah lagi. kenapa aku? ". tapi kita tak sedar pula ya yang ALLAH sebenarnya sedang menguji kita, ujian yang ALLAH berikan kepada kita sebenarnya untuk kita kembali ke jalanNYA. sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya disayangi. ALLAH juga berpesan, berdoalah, dan aku akan makbulkan doamu, kita mulai tersedar akan salah kita, dan akhirnya kita berubah, hidup yang dulu susah, sudah tidak lagi susah sepertimana yang kita rasa, pokoknya kita cari yang keperluan itu, kemahuan bukan untuk diberatkan sangat, kerana didalam nya berunsur nafsu diri.

Dari beberapa situasi yang Nadh sebutkan diatas itu, jelas mengatakan yang walau sedikit ujian yang menimpa kita, sebenarnya didalamnya punya banyak sekali kasih sayang yang ALLAH kirimkan kepada kita. Ibarat layang-layang yang disentap talinya, kita sebenarnya sedang dipanggil kembali ke jalan asal kehidupan kita, bila kita sudah keterlaluan menggapai awan, tika ini angin makin kuat di atas sana, bila-bila masa tali bisa terputus, tapi ALLAH tarik balik kita ke bawah, supaya kita sedar dan kembali ke atas tanah.

“Dan orang-orang yang sabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa” (Surah. Al-Baqarah : 177)

Note : Bila kita rasakan diri kita teruji itu terlalu kuat mungkin, kita renungkan Sabda Rasulullah SAW ni, mungkin kita akan ketemu jawapan kepada keluhan kita tu.

“Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para Nabi, kemudian baru orang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka. Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya. Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya, bila lemah dalam agamanya, maka diuji pula oleh Allah s.w.t. sesuai dengan tingkatan ketaatannya kepada agamanya. Demikianlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di muka bumi dalam keadan tidak berdosa." (HR Tarmidzi)

Untuk Versi lain enjit-enjit semut, boleh la click kat SINI.

Tuesday, 18 October 2011

Ku Ingin Kamu dari kaca mata Nadh.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam seorang sahabat Nadh tag Nadh kat lagu ni. Dah lama rasanya Nadh tak dengar lagu ni. Wahh.. lagu ni selalu menarik perhatian Nadh. Honestly sangat suka sampai Nadh ada buat Cerpen bertemakan lagu ni. 

Nadh ingat, hari ni Nadh nak ulas lagu ni melalui bait lirik dia, dan rasanya bagus juga sekiranya Nadh selitkan sedikit peringatan, yang baik untuk kita aplikasikan dengan hidup kita sebagai hamba.

Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin engkau jadi milikku
kuingin kau disampingku
(Kenangan yang kita jalani, dengan IMAN yang senantiasa terpaut dalam jiwa, kita mahukan dia senantiasa ada dengan kita, menjadi milik kita selalu di samping kita, agar tiap langkah kita atas muka bumi senantiasa berhati-hati)

Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku
(Tanpa IMAN, kita adalah manusia yang sunyi tanpa CINTA ALLAH, kerana hanya dengan IMAN dan juga takwa sahajalah yang dapat membawa kita ke syurga yang abadi)


Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa
(sentuhan IMAN dan takwa, sentuhan "si pelengkap hidup" yakni kehadiran isteri atau suami sepertimana Nabi Adam dan Hawa, Nabi Muhammad dan Khadijah, Saiyidina Ali dan Fatimah, yakni cinta dari salah satu dari 100 cabang dikurniakan buat hamba agar jiwa bertambah tenang, dikurniakan lagi kelebihan dalam beribadat dan pernah disebutkan Rasulullah SAW :

“Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Karenanya, bertakwalah pada Allah pada separuh yang lainnya.” (HR. Al Baihaqi ) )


Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahawa dirimu terindah untukku
(Dalam tiap tingkah dan laku, dengan IMAN tersemat di hati, perjalanan menjadi lebih berkat dan senantiasa di rahmati ALLAH. Diri bukan insan biasa, jika seorang guru, jadilah dia guru yang beriman, dari seorang engineer, engineer yang mengingat kepada ALLAH, seorang arkitek, dialah arkitek yang berusaha menaikkan ISLAM dalam dunia reka bentuk. Setiap dari perbuatan adalah untuk menaikkan nama ISLAM, dan ianya terus mekar dalam diri dan hati) 


Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengijinkan
(Selama diri bernafas, selama diri masih bisa bertahan, selama ALLAH mengizinkan, jiwa tetap kekal teguh mempertahankan, langsung tidak takut akan mati, kerana dah dijanjikan syahid dan balasan dari ALLAH atas keikhlasan hamba dalam mengangkat Agama ALLAH ke ssetiap pelusuk kehidupan, tiap perlakuan dan perbuatan. Hamba yang Yakin kepada ALLAH benar-benar berserah kepada ALLAH, perjuangan mengejar CINTA SUFI. 


"dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela Agama ALLAH itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya". (Al-Baqarah :154)

Terlalu banyak.jika dihuraikan. Tapi biarlah semua mendidik hati mengejar cinta sufi dahulu. Cinta sufi adalah cinta abadi. Cinta pada ALLAH yang PASTI TAKKAN DIKECEWAKAN. Cinta sufi itu adalah merindui syahid kerana Syurga itu LEBIH HEBAT berbanding dunia ini. Maka, cinta fitrah itu sebagai hiasan hidup yang harus dibatasi.)



Note :: dari kaca mata dan buah fikiran Nadh yang menafsir. Moga mendapat manfaat  :D

Tuesday, 26 July 2011

Bagaimana Adudu mendapat Nama.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ada sapa kat sini meminati cita kartun Boboi Boy kat TV3?
Meh Nadh nak share ni, macam mana si penjahat Adudu yang ni mendapat namanya.


Misi Asal Makhluk ni nak mendapatkan Koko Tok Aba. Sebab tu dia n dua konco-konconya datang ke Planet Bumi demi untuk menghidupkan bola kuasa. Tapi Bagaimana dia mendapat nama masih lagi menjadi Misteri kan? Meh nak share macam mana..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Sebab tu kan lagu ni dapat Nadh samakan dengan dia. Kena dengan NAMA dan MISI BUAT APA SAJA dia kan? tak caya tanya Probe. lalalalalalala~~


Opsss.. Watak Boboi Boy petir itam ni sangat cool okeh. Suka.. suka.. suka..


Note :: Sekadar imaginasi Nadh ja la.. hhehe

Monday, 13 June 2011

Baik-Baik Sayang

Assalamualaikum.
Dan salam Sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.

Nadh nak ajak hayati Lagu + Puisi ni ..
Leh tak?

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir Entry ku
Kan menghapus lupamu sayang

Karna bagiku kau tanggungjawapku
Dengarkan dengar Pesanku

Wahai Mataku,
Baik-baik sayang..
Andai kau melihat yang terlarang,
Mata mula berpinau,
hati mula membayang.
Mengalihkanlah pandangmu dari yang tidak halal,
Dari melihat aurat yang terdedah

Wahai Telingaku, 
Baik-baik sayang,
Jangan kau dengar kata nista,
Jangan kau hirau hata-kata fitnah
Jangan kau dengari kata-kata makian dan cacian
Baik kau jauhinya demi menjaga hati dan jwa
Andai kau berada dalam golongan itu,
Tegurlah meraka,
Jika tidak menjadi, tegurlah lagi dan lagi,
Akhir pabila katamu bukan menjadi ikutan,
Jauhilah mereka, 
Kerana dengan itu dapat menjauhkan dirimu dari mendengar akan hal dosa.

Wahai Lidah,
Baik-baik sayang,
Hidarilah kata-kata yang tidak benar,
Jauhilah memfitnah dan mengumpat,
Ingatlah akan pepatah Melayu,
Kerana mulut, badan binasa, 
Jangan kerana buruknya lidahmu, 
Tubuh menjadi mangsa, Badan menjadi habuan neraka, 
Basahilah ianya dengan Zikrullah, 
Kerana itu sememangnya lebih baik bagimu.

Wahai Tangan,
Baik-baik sayang,
Elakkan membuat perkara berdosa,
Menyentuh tangan yang haram,
Memegang sesuatu yang bukan sah milikmu,
Melarikan yang bukan hakmu,
Tidakkah kau menyedari yang satu hari ianya akan berbicara menjawap 
Segala perbuatan dosamu?

Wahai kemaluan,
Baik-baik sayang,
Kau mengiakan saja kata nafsu, 
Mana satu suma kau mahu,
Yang belum milikmu,
Yang kau damba adalah kepuasan,
Tidakkah kau tahu,
Yang puasa itu pemati nafsu? 
Atau setidaknya mencari halal, 
Cari yang mahu, dan Nikahlah kamu. 
Ketika itu, kau dah lengkap separuh agama mu,
Dan bertakwalah kamu pada separuh nya lagi.

Wahai Hati, 
Baik-baik sayang,
Hati bila terdetik dosa,
Perlahan menjadi hitam
Dari setitik,
Lama menghitam semuanya, 
Ingat tak engkau akan pesan Rasulullah yang
"Dalam hati manusia ada seketul daging, jika baik dia maka baiklah yang lain"


Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada peringatan untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang kerana Entry ku untukmu... 



Sunday, 10 April 2011

Song :: Istikharah Cinta

Assalamualaikum.. 
Malam ni tatau nak cakap mood apa.. 
tapi tadi ada seseorang tujukan lagu ni buat nadh..
pastu terus cari.. dan terus dengar.. 
slow ja lagu dia.. cam sadis pn ada la.. 
tapi besh,.. nak tujukan buat semua yang membaca ya, ;) 


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Note :: Memilih bukan semudah disangka. Memilih bukan macam pilih ikan di pasar, bukan macam memilih sayur di kebun, bukan semudah melihat yang secantik2 di mata, tapi banyak sangat yang perlu diperhatikan. Moga ALLAH beri kita kekuatan dalam memilih yang mana terbaik dalam hidup kita. Istikharah jawapannya yang terbaik dari ALLAH.. kita buat, kita dapat.. ;)

Wednesday, 2 March 2011

One Love = Meggi TOmyam? tetttt~~

Mood Jiwang (woot~wooot~~woottt~~)

leh dak nak kembang perut, pipi, tangan, kaki, n terutama rambut aku?
ta sangka plak aku pandai nyanyi lagu korea nih..
SM Town - Only One Love.
cam besh plak lahh lagu ni. (duii jiwang sat)

maceh kat team MBB.
pasai ampa da translate siap letak lirik..
gelak guling-guling aku dengaQ.. :p

Sunday, 20 February 2011

Main Teka Lagu


Sapa tau tajuk lagu kat bawah ni..?
Artis ni dolu2 zaman suci dia agak pemes la..
mencipta nama mula melalui Mickey Mouse club..
ha.. teka kaih...

.......................
bila aku sesat dalam hujan
dalam mata hang aku tau aku akan jumpa cahaya
nak suluh jalannnn aku
bila aku takut..hilang tanah
bila dunia aku dah jadi gila,
hang buleh pulak la pusing dia
dan bila aku jatuh hang dok kat sana
ang dok sana tolak aku naik atas
hang selalu ada bagi semua yang ang ada..

sebagai pelindung, dari ribut untuk kawan, untuk sayang,
untuk buat aku selamat dan panas, aku pusing p kat hang,
untuk kekuatan, nak jadi kuat, untuk semangat nak teruskan...
untuk segalanya ang buat, untuk semuanya yang betoi, aku pusing p kat hang..

untuk lengan yang jadi tempat teduh bila hujan,
untuk kebenaran yang takkan ubah, untuk sorang nak berpegang
untuk hati yang aku leh caya untuk semua,
untuk sorang-sorang nya yang aku leh lari....
ohhh aku pusing p kat hang..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA