Followers

Saturday, 6 August 2011

Ikut satu, tapi tinggalkan satu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Di pagi Ramadhan yang ke-6 ni, meh kita sesama renung-tenungkan kisah yang Nadh kongsikan dari petikan entry INI.

Ali : Awak puasa?
Minah : Yela..
Ali : Kenapa awak puasa?
Minah : Bodohnya awak..kan ALLAH suruh puasa, saya puasa la..
Ali : Kenapa tak tutup aurat?
Minah : Eh, suka hati sayala..hak masing2..
Ali : Owh..tp kan ALLAH yg suruh kita tutup aurat

Selesai kongsi cerita.

********************************************

Sebenarnya Nadh nak kongsi mengenai cerita "Ikut satu, tapi tinggalkan satu".
Apa dia? Macam kisah di atas ini, BERPUASA, tapi MEMBUKA AURAT.
Sahabatnya diBODOHkan sebab bertanya, tapi bila disoal tentang AURAT, sahabatnya diTEMPELAK pula.

Sama juga kesnya dengan BERPUASA TETAPI TIDAK BERSOLAT. Kita BERPUASA demi menunaikan IBADAH YANG DIWAJIBKAN buat kita di Bulan Ramadhan, tapi kita lupa pula mengenai POINT KEDUA TERBESAR selepas LAFAZ SYAHADAH iaitu, SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM.

SEDANGKAN, Allah berfirman didalam Surah al-Muddatstsir, ayat 4 bermaksud:
"Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat."

Juga disebutkan oleh Rasulullah dalam sabdanya ;
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya." ( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )

Dari kedua di atas SANGAT JELAS yang KETENTUAN PERTAMA YANG HARUS DIBERATKAN ADALAH SOLAT, (bukan bererti yang lain ditinggalkan), Cuma persoalan sekarang, sekuat manakah sesuatu binaan itu, sekiranya TIANG BINAAN UTAMAnya tiada?

Renung-renungkan..


Terima kasih kerana membaca.


P/S : Meh ramaikan, rajin-rajinkan jari anda melawat

 
Bak kata Tuan Tanah
''Janganlah menjadi hamba kpd PUASA semata-mata, tetapi jadilah hamba kepada ALLAH SWT. Semoga kita terpilih mnjadi slh seorg hamba yg mendapat hidayah di bulan tarbiah yg penuh berkat & rahmat''

9 comments:

Rozuan Ismail said...

orang kita ni boleh pulak memilih2 nak yang mana.yang tuhan wajib suruh kita buat,kita pilih plak yg kita nak dengan tak nak.mana boleh macam tu kan

Iffah Afeefah said...

em sentap bace

tp inilah kenyataan

time kasih jiran tlg ingtkan

ps: Pkcik tu jgn wt jd ayh tri die tau..cik pulau agak cmtu

kite kn nk wat y lain dr lain

H.J said...

ustaz azhar ada bagitau yang tak terima puasa jika tak solat.macam mana nak bina puasa jika tiangnya tiada kan??

Along Usop said...

begitulah manusia..

amalan yang orang orang ramai nampak dibuat..
cth : solat jumaat, solat raya, puasa..

amalan yang orang tak nampak dia buat ikut suka hati je.. haih..

peringatan pada diri sendiri dan semua teman kat luar sana..

sama2lah kukuhkan iman..
tebalkan ilmu..
istiqamah dalam beramal..

insyaAllah.. akan dapat nikmat beribadah.. :)

Atiqah Sa'ahiry said...

hahaa, lah puasa pun x sembahayang lah, xtutup auratlah.semoga mereka berubah di dalam bulan yang mulia ini..amin.ya allah permudahkanlah urusan mereka dan diriku ya allah...

Suhaili Sarif said...

sempat lgi tu iffah pesan.hehehe
saya pun agak pakcik tu ayah tiri dia.hihi

btul 2 nadh.bg org islam.puasa is puasa maksudnya x makan minum
tp bnda2 yg sll dorg x wat mcm solat mmg xkan buat.wpun dlm bln puasa
masyaALLAH..rasa nk wt entry..crik kekuatan jap lgi..hehe

kiera'sakura said...

yup.. btol2.. klu asyik dok kejar yg laen tp solat diringankn x guna jugak kan...

azwa amani said...

bagus2.. amani suke entry ni nadh

fRaMe+LenSeS said...

Rozuan :: betul la tu. moga dijauhkan kita dari sikap macam tu. amin.

Iffah :: ehhe. sentap ke? :P

HJ :: betul tu. tapi sygnya tak suma orang igt perkara tu.

Along :: moga kita dijauhkan la dari buat macam tu kan? Amin.

Atiqah :: amin2. kita doakan depa ye. ;) n kita pn kena igt sama. kan?

Suhaili :: tu la. nak wat camna.kita doakan depa ye. ;)

Kiera :: hurmm..

Amani :: maceh sebab suka. ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA