Followers

Thursday, 4 August 2011

Kerana CINTA Aku Turutkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Pagi tadi baca satu entry mengenai pasangan kahwin lari. Nak kata hairan mengenai cinta sampaikan nak kena kahwin lari Nadh tak berani nak komen banyak la, CHENTA kan? Kalau ikut hindustan Tuhan pun boleh kena marah. Kalau ikut cita Cina, Heroin Mati, Hero pun nak MATI kan?

Cinta ni kalau ikut maksud dia tersangatlah mendalam, orang kata memang menusuk ke kalbu la. (sebab tu ramai yang tua mereput macam tu ja, konon nak tunggu cinta sejati, SETIA la sangat !! ) Opss dah melebih rasanya.

Point Nadh nak sebut adalah, KERANA CINTA AKU TURUTKAN.

Berapa ramai yang CINTA ALLAH? Kalau Nadh tanya, berani kerat kuku la, ramai akan cakap YA, SAYA CINTA ALLAH !! Tapi sejauh mana CINTA anda tu? Leh spesifikkan? Leh kongsikan? Leh ceritakan apa yang anda BUAT UNTUK CINTA anda?

Terus check diri anda.
1. Anda cakap CINTA, tapi SEJAUH MANA ANDA UTAMAKAN SOLAT SEBAIK AZAN? ALLAH panggil tu, menunaikan CINTA anda, menemui DIA. tapi anda BUAT TAK? tu ALLAH panggil, tapi kalau ISTERI panggil? Tunang ka panggil? Kekasih, Chenta, Buah Hati, Sayang panggil? Tengok camna berdesupp anda sampai.

2. Anda cakap CINTA, tapi SEJAUH MANA ANDA MENGHAYATI KALAM ALLAH iaitu AL-Quran? Hohooo.. Surat cinta kalau dapat, mau sampai kusam anda kerjakan, nak aja di baca tiap masa, nak aja di hayati, rasa Nadh la, silap-silap sampai ingat la apa dia kata dalam tu, tiap patah kata, suruh sebut tak silap punya, HAFAL la. Tapi Untuk AL-QURAN? SEJAUH MANA ANDA BACA? Bukan setakat membaca, tapi PENGHAYATAN tu YANG PENTING !!!

3. Anda cakap CINTA, tapi bila ALLAH suruh PUASA, anda buat tak dengan penuh penghayatan? Puasa kan sebagai penapis untuk NAFSU SERAKAH ni? Tapi anda buat tak bila anda mai Penyakit SANGAP? Mata, mulut, lidah, dan hati dan seluruh anggota diikat bila berpuasa, TAPI ANDA BUAT TAK?? Sedang lidah berkata CINTA.?

4. Anda cakap CINTA? Tapi sekerap mana anda mengucap KATA-KATA CINTA pada ALLAH? Owhh sayang, anda berpuitis dengan KEKASIH, tapi bersama ALLAH, nak ucapkan ALHAMDULILLAH pun susah? CINTAKAH ITU?

5. Anda cakap CINTA? Tapi SEBANYAK MANAKAH harta anda DI INFAKKAN KE JALAN CINTA? Bersama kekasih, anda nak keluarkan beratus, malah mungkin beribu pun sanggup, tapi untuk CINTA ALLAH? Takkan bila seluk poket nak isi dalam tabung masjid, keluar RM50, anda simpan balik untuk gantikan dengan SERINGGIT? Betapa KEDEKUTNYA anda dengan ALLAH..

6. Anda cakap CINTA? kerana CINTA ANDA LARIKAN DIRI SEBAB HUBUNGAN DIHALANG, ANDA BANGKIT MENEGAKKAN CINTA, MENENTANG PENENTANG-PENENTANG CINTA ANDA, tapi bila ISLAM di khianati, ISLAM ditindas, ANDAKAH Yang berada DIBARISAN HADAPAN sekali menegakkan ISLAM, MENENTANG MUSUH ISLAM, MENJADI BENTENG UTAMA?

6. Akhir sekali, Anda cakap CINTA, tapi berapa kali ANDA MENANGIS kerana TAKUTKAN KEHILANGAN CINTA ALLAH kepada ANDA? Anda berdosa tiap hari, tapi anda tak MINTA AMPUN pun kepada DIA, sedangkan bila berkaitan dengan CINTA MAKHLUK, anda sanggup melutut memohon maaf, anda sanggup buat apa sahaja untuk tidak kehilangannya.


Note : kerana cinta aku turutkan, SEJAUH MANAKAH CINTA KITA ni?

12 comments:

Rozuan Ismail said...

owh,ingatkan cinta pada wanita tadi,rupanya cinta pada Allah SWT

~Kirin Selama Perak~ said...

masih belum cukup cinta aku kepada-NYA.aku perlu lebih mencintaiNYA dan terus mencintaiNYA.

Iffah Afeefah said...

sentap bace ni..bestla jiran

menusuk jantung wakaka

halila Ibrahim said...

Cinta kan Allah lebih dari segala2nya.. penuh ikhlas...

Sunah Sakura said...

cinta...hakiki...sukarkah dicari?

BeloG MTT said...

Suka entri nie... :)

aimie amalina said...

sungguh..
leka cinta dengan-Nya
asyik dengan cinta dunia..
insaf

aizamia3 said...

betul tu.. masih banyak lagi kekurangan pada diri..

Suhaili Sarif said...

kdg2 ada org suka baca sms dr ehem2..hehe

Ecah Ecot said...

nk b'cinta bia ada batas nye..yg penting, jgn lupakan family n DIA yg satu...

~..Lesung Batu..~ said...

thanx untuk entri yang menginsafkan ni...T____T

fRaMe+LenSeS said...

Rozuan :: ai tak jiwang macam yu. :P werkss.. :P

KSP :: moga2 kita semua akan lebih mencintai DIA dari yang lain2. amin.

Iffah :: alhamdulillah. .;)

Halila :: setuju kamu. ;) dia yang utama.

Sunah the Boss :: nak kata susah tu mungkin jugak, tapi lagi susah kalau tak buat kan?

MTT :: maceh2.. ;)

Aimie :: moga kita buat perubahan ya..

Aizamia :: kita sama2 ubah ya kak?

Elly :: tettt~~ betoi la tu..

Ecah :: setuju ng kamu. ;)

Ina :: sesama. maceh membaca.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA