Followers

Monday, 23 September 2013

Cerpen : Sketsa Sebuah Cinta

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

 "Awak..Minggu depan ja lagi ni kita akan bersama." Gembira. berkenaanlah reaksi Mya Zahra ketika itu.
 "Aah kan, dah 6 bulan kita bertunang kan. Akhirnya. Hampir bersatu juga kita kan."
"Alhamdulillah. Saya gembira sangat awk. Awak akan jaga saya bebaik kan awak?"
 "Kenapa awak tanya macam tu? Awak tak percaya yang saya akan jaga awak kah? "Awak macam tak paham, kekadang perempuan ni kan dia suka tanya soalan macam tu. Walau dia tahu tapi dia masih nak tanya.
 "Dah tahu masih nak tanya?" *panggilan diputuskan.

 "Merajuk la tu. Aduh. Susah nya lah dia ni.." Gumam Rizz.

 ******************************************

 Ayuh kupimpinkan tanganmu
 Menuju mahligai bahagia
 Kitakan bersama
 Mengecap nikmat cinta
 Hidup bagai di syurga

 "Hai seronok nampak.." Usik Yeop. Sengaja disakatnya Rizz yang sedang menyanyi ala ala karaoke dengan earphone di telinganya.

 "ehh mana ada. biasa saja. " Rizz senyum. Tiap bait irama lagu ini ibarat menceritakan betapa gembiranya hati dia mengira hari yang bakal datang tak berapa hari lagi. Dia begitu gembira mengenangkan nya. Dari pertemuan yang tak disangka sangka, membawa kepada perkenalan. dan seterusnya pertunangan tak berapa lama selepas itu. Mudah. Dia pun tak berapa faham kenapa dan bagaimana ianya berlaku. tapi dia pasti, yang ini ketentuan sebaiknya dari yang Maha Kuasa. Yang mencatur segala gala yang ada dimuka bumi ni. Apa pun biarlah ALLAH yang menentukan segalanya. Air yang semudah itu dia lalu di atas tapak tangan, jangankan hendak digenggam, nak ditahan geraknya juga tak mampu. begitulah hebatnya ALLAH mengatur semua. Biarkan ia berlalu seperti air. Yang pasti akhirnya tak ada yang lain melainkan yang indah indah sahaja bila jalan yang di ikut itu adalah jalan Redha.

 ******************************************

 Banggg~~ *bunyi hentakan pintu
Hoi kenapa tu Mya? Tu si Rizz tu. Suka betul sakitkan hati aku. Betul kah aku nak bersama dengan dia ni?
 Hoih kau jangan… seminggu ja lagi kot. Takkan kau dah serender kot?
 Tak adalah. Kekadang aku terasa juga. Dia ni takkan tak reti reti tak faham faham lagi aku. Ala. Biasalah tu. Lelaki. Aku ni, dah 5 tahun dengan Zack. Tak adanya dia faham aku pun. Logic la kau yang baru setahun jagung tu.
 Ehhh kau dengan Zack bila ni? Ternanti nanti aku. Zzzzzzzzzzzzzzzzzz

 ******************************************
 Cantik tak ni? Lawa juga tu. Tapi kan. Tapi apa? Kan ke terdedah tu. Tak nak saya isteri saya tayang tayang depan orang tubuh dia.
Tayang menda apa awak ni. Kan ke tutup ni? Awak tak Nampak ke?
Tutup memang tutup sayang, tapi bukan ka pakaian yang awak pakai tu hanya lace yang menutupi pakaian yang di dalam tu. Jarang. Nampak tubuh.
 Tak adanya orang nak jelling saya sampai ke dalam dalam ni. Awak tu yang semacam fikir bukan bukan. Orang lain biasa ja pakai macam ni. Awak ja yang melebih lebih.
 Kan saya dah kata awak. Its final. When it comes bout aurah, I need to be firm. We cant simply change what our Prophet had told us long ago.
 Ahh. Whatever. Sekali lagi awak dah sakitkan hati saya. Dah. Nyah awak dari sini. Saya taknak jumpa awak.

*Mya Zahra mengherdik Rizuan Danial sekali lagi. Bukan sahaja mengherdik dengan kuat, malah meninggalkan Rizuan Danial terkedu di dalam butik pengantin itu. Itulah perangai Mya Zahra, anak bongsu dari sebuah family yang agak berada. Apa sahaja yang tidak menepati kehendaknya selalu akan ditinggalkannya.

 ******************************************

 Petang itu situasi menjadi kelam kabut. Rizz dikejutkan dengan berita yang Mya telah kemalangan dalam perjalanan dia tadi. Maksudnya ketika dia bergaduh tadi di butik itulah ketika Mya berjalan keluar itu dia telah ditimpa kemalangan. Rizz yang telahpun pulang masa itu dengan perasaan bercampur baur telah melajukan kenderaan. Hari ini bukan nasib mereka, Rizz juga kemalangan. Dia
tak dapat diselamatkan. Kemalangan itu meragut jiwanya.

 ******************************************

 Maafkan saya awak. Kita tak dapat bersama seperti janji kita. Tapi sekurang kurangnya awak dapat juga hidup demi saya kan? Berbekalkan yang saya ‘hadiahkan’ pada awak tu. Maafkan saya awak. Saya tak dapat nak jaga awak macam kita janji sebelum ini. Saya serahkan SELURUH CINTA

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA