Followers

Thursday, 19 January 2012

Mereka bermotosikal.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Berada didepan Nadh sekarang, sepasang suami isteri bersama 2 orang anak, mungkin 2 atau 3 tahun bersama seorang lagi bayi. Terasa betapa susahnya bila melihat bagaimana 2 orang anak dibawa bergerak dengan motor. Bayangkan cuaca panas? Berhujan demi bergerak. Terasa sebak pula dihati, kenangkan mereka didepan mata.

Sikecil yang kepanasan waktu siang harinya dibawa berjalan. Atau basah mengadap hujan. Beruntungnya hidup mereka yang punya kereta kan?dikala mereka berharap untuk mempunyai kereta untuk kemudahan, kita yang berkereta bermimpi menukar ianya menjadi harta mewah demi kepuasan satunya, kedua untuk menutup mulut manusia dengki, tapi yang lebihnya hanyalah sebagai 'penaik nama dimata masyarakat'.

Tika mereka berhati-hati dijalanan untuk mengelak sebarang kecelakaan, kita bergegas menggunakan lorong kecemasan sebaik lorong jalanan mulai penuh dikala kesesakan, langsung tiada terlintas pada yang tidak berkenaan dalam hidup kita ni. Yang kita hairankan adalah, kenapa jalan sesak, bila nk sampai rumah? Dan tersangkutkah mereka, bila hujan turun membasahi bumi.

Tika kata menjerit meroyan gusarkan aircond kereta yang rosak, merekalah yang menghadapi panas diruangan jalanan . Tidak pula mereka menjerit menghamun panas yang membakar walau hingga kedalam jaket yang tersarung ditubuh. Itu baru panas, bila hujan, kita bersedap selesa dan ber-aircond, ditambah menutup ruang jalan mereka, demi CEPAT, tapi kita lupa, mereka tiadalah berbumbung. Tiada juga beraircond, tiada juga dinding yang menahan air yang mencurah pada badan yang sudah sedia dibasahi hujan.

Sekadar peringatan buat semua yang terlalu ambil mudah dijalan raya. Renungkanlah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

5 comments:

FasiHaH SupiaN said...

kadang2 kita lupa yang ada org lebih susah daripada kita, tapi mereka lebih tabah daripada kita..

Fay said...

lagi satu, masa nak melintas jalan.. kereta sepatutnya stop n bagi pejalan kaki yang lalu dulu.. bukan pejalan kaki yang tunggu kereta lalu dulu.. ^^

Iffah Afeefah said...

sedihnye nadh

bersyukur pe y kite ade

feza said...

kalau la semua orang dapat memahaminya.

Malangnya, tak semua orang yang selalu memandang kebawah, malah nak bersaing dengan orang diatas.. itula manusia

mas saari said...

akak pernah alami situasi camni masa belum ada kereta dulu.. dah lah masa tu berulang kerja dari cyberjaya ke kl! kalau kena waktu hujan memang selimut anak dalam baju hujanlah, pastu peluk kuat2... kita basah takpe!

bila ingat masa tu rasa bersyukur sangat bila dah ada kereta...

Buta+Pekak+Bisu=CINTA