Followers

Saturday, 7 January 2012

Tuan Umah dan Bibik

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ya ALLAH, dah bersawang belog kesayangan Nadh ni. Dah berhari rupanya Nadh tak berkesempatan  nak bersama dengan dia, luangkan masa dan jari jemari menari di atas keyboard menaip meluah rasa berkongsi cerita dengan readers. Malam ni Nadh ada cerita baru. tajuk dia kan, Tuan Umah dan Bibik.


Tersebutlah kisah seorang Tuan, kaya raya dia ni, ada wang bertrillion-billion, tu belum kira lagi tanah dia yang penuh se-semenanjung, lepas tu haiwan belaan yang tersangatlah banyak sampaikan nak kira pakai bulu roma kat tangan pun tak cukup la kiranya. Dek kerana kayanya dia kan, dia disanjung orleh semua orang di sekelilingnya. Malah kekuasaannya juga besar, kerana pengaruh dia tu.

Di rumahnya, adalah seorang tukang rumah yang disayanginya. Iaitu Bibik dia. Bibik ni seorang yang taat pada mulanya, namun hari ke hari dia semakin berubah, mungkin kerana dah rasa senang kot tinggal kat rumah besar tu. Satu hari, Tuan kaya raya ni berpesan kat bibik nya.

"Bik, nanti aku balik, Aku nak makan Nasi Hujan Panaih, kaler pelangi tu tau. Lepas tu lauk aku nak Ayam masak Merah, tapi pastikan tak berapa nak pedas tau, sebab aku sakit perut makan pedas, lagi, aku nak kerabu mempelam, kalau leh kau buat sekali kat aku Somtam, pastikan sedap tau. Yang ni pastikan pedas sikit, sebab kalau tak pedas tak sedap. Air plak  , aku nak kat buat air tembikai merah letak laici kat dalam dia."

Bibik pun jawap, "Baik pak.". Tapi yang jadi nya lain, sewaktu Tuan kaya raya ni pulang, dia tak nampak pun lauk yang dia nak makan tu, sebaliknya yang terhidang hanyalah nasi putih, ikan kering dan air suam yang dihidangkan di atas meja.

Tuan pun marah kepada Bibiknya kerana dia tak buat apa yang disuruhnya. Bibik pula masa tu tak herankan kepada kemarahan tuannya, malah buat dunno sahaja kepada kemarahan tuannya itu. Samalah kita, andai kata kita berada di tempat si Tuan ini, dan kita mengarahkan bibik, tapi bibik tidak memperdulikan arahan kita, malah berani pula melawan kita, apa rasa kita?

Dari kisah diatas, sebenarnya hanyalah satu perumpamaan mudah tentang apa yang jadi seharian kat muka bumi kita ni, kita sebagai HAMBA, yang MELAWAN TUAN kita iaitu ALLAH. Sedangkan kita pun tahu marah bila Bibik tidak mendengar arahan, inikan pula ALLAH yang Maha KUASA di atas muka bumi ni. Dia suruh solat, kita tak buat, suruh tutup aurat, haram la kita wat, siap cakap lagi, "Tak pa lah, nanti aku dah terbuka hati aku buat la", banyak lagi yang kita ingkar.

Tapi itulah ALLAH, Maha Pengampun, Dia sememangnya bukan bersifat macam kita ni, bila marah bibik ja, kita sental dia dengan kayu, lovebite dia dengan puntung rokok, pastu bagi tattoo seterika kat badan dia lagi, tu belum kira kita kurung tak bagi makan dekat dia, ALLAH, masih beri kita rezeki, tak pula dia tahan air dari masuk dalam mulut kita, hentikan hujan dari atas awan, lepas tu tutup bekalan oksigen dari sampai kepada pernafasan kita.

Dikesempatan ini, ambillah masa seketika merenung, apa yang kita dah ingkar kepadanya, dan insaflah, selagi mana kita punya NYAWA, selagi itulah kita adan MASA untuk bertaubat, jangan sampai bila nyawa sudah dihujung nya, baru nak bertaubat, SUDAH TERLAMBAT!!


Apabila bangun tidur, jika boleh pada setiap hari, tanya kepada diri sendiri :
" Kenapa ALLAH hidupkan aku pada hari ini ? "
Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali:

" Kerana dosaku banyak. ALLAH izinkan aku untuk bertaubat. "~

7 comments:

Nur Ezzati said...

i like this entry :)

Iffah Afeefah said...

tetibe sedih ngn entry ni

jiran wlpon berswang tp entry ni mlengkapi hari2 sunyinye

waaaaaa sedih!

wany dianwanie said...

thanx share entry yg cenggini...perumpamaan yg sgt3 lah simple tapi mkn dalam woo...oh tuhan ampuni dosaku

Rozuan Ismail said...

ya Allah,banyaknya dosa aku pada Dia

AmirFX said...

Kalau ada bibik yang kaki poret dan tak henti2 nak bercakap pasal keburukan keluarga tu macam mana? :D

Cik Sibuk said...

Salam,

Tq..kita saling ingat mengingati..

aimie amalina said...

kalau Tuhan itu nmpak dek mata, mesti tak de sorg pon sanggup pk nak buat jahat kn..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA