Followers

Tuesday, 28 June 2011

Nadh, Sharp Shooters, Blog dan Revolusi

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Nadh baru sudah tengok cerita The Sniper dekat TV3 ni. Mengenai persaingan untuk menjadi Sharp-Shooter terhebat sezaman dalam cerita tu. Cerita yang menarik. Teringin pula nak jadi seorang Sharp-Shooter macam ketiga-tiga watak utama dalam cerita ni tadi. Hebat sangat !! 

Tapi malam ni, Nadh nak cakap tentang sharp-shooter juga. Iaitu peranan kita sebagai Blogger yang juga adalah seorang sharp-shooter kepada readers kita. Sekiranya sharp-shooters dikira hebat dengan tembakan head-shot nya, kita sebagai Blogger juga adalah sharp shooter dan sasaran kita adalah HATI.

Sebab utama Nadh cakap macam tu adalah sebagai bloggers, yang punya readers tersendiri, kita berperanan untuk menyampaikan info, dan sebaiknya Nadh nak juruskan kepada Dakwah. Katakanlah, isi yang kita huraikan itu, dan sasaran kita itu kena tepat pada HATI, insyALLAH, kita akan berjaya menyentuh HATI dan seterusnya dengan izin ALLAH dan Nur yang ALLAH tiupkan kedalam HATI, kita dapat sedikit sebanyak menyumbang kepada satu perubahan.

Katakanlah, semua Blogger mengambil peranan nya, bayangkanlah yang akan terkesan  dengan penulisan kita (juga dengan Izin ALLAH). Tak payah banyak, seorang Blogger satu sasaran, dengan bilangan bloggers yang ada di Malaysia ni, bayangkan tak betapa banyak golongan sasaran kita ini? 

Dan sekiranya diizinkan, bayangkan besarnya PERUBAHAN YANG DIREVOLUSIKAN oleh tulisan kita ni. Hebat kan? Semoga diizinkan.

''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui ''(Al-Baqarah:30)


"Blogging bukan sekadar blogging, Sekiranya Ilmu ALLAH digunakan dan tarian jari di atas keyboard itu ikhlas dan berhikmah, penyampaian pasti jadi HEBAT dan mendapat Rahmat ALLAH.. "

13 comments:

cik pulau said...

Betol..
tapi kadang2 ilmu di dada tak cukup untuk menyampaikan pada orang lain..

diri sendiri masih belajar semua ni..
di harap, one day mampu jadi sharp shooter macam yang nadh cakap..

tenks..^^,

mikro_kokus said...

Tiap2 hari duk main CS pakai sniper heee~ tp aim kepala... bkn hati... lepas nie kena target hati la pulak.... ^_^ nice entri bro... thanks.....

NadiRah said...

NAdh?? pangilan nama kita sama..tp musykil..kamu laki ke pompuna??
hohoho

shida anwar said...

teruskan usaha adik tu..akak sokong..Insya Allah akan dipermudahkan niat yang baik..amin..

kiera'sakura said...

semoga setiap kebaikan yang kita kerjakan mendapat redha Allah... amin...

msredcheesecake said...

Mr nadh,
Msred pon layan sniper...suka citer action dpd cinta...hheee..

Ada niat nak tulis motivational entry tapi msred yg mmg suka melawak tak berapa pandai nak tulis entry serious...

risa said...

tembak kena tepat!! takmo sipi2..
kalau tepat tak sakit..terus mati
kalau kena sipi2 nanti lambat baik dan terseksa...wohoooo

aizamia3 said...

betul.. jangan hanya pandai 'menembak' orang.. berhati-hatilah dalam setiap ayat yang kita gunakan..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

Dan yang penting sekali kena kreatif
supaya dapat menarik minat orang ke blog kita...

tapi blogger sekarang bukan nk pk suma tu, hanya fikir pasal duit pastu nk jadi terkenal...

bajet retisss


=)

LATEST ENTRY

@P MAKAN ANGIN RATA CERUK RUPA-RUPANYA...

forever love said...

atq pun tgk cter tue gak malam tadi.. hhehehe..

fRaMe+LenSeS said...

Cik Pulau :: apa yang ada. bagi ja.. weee~~

Mikro :: hihihi. maceh membaca.. :)

Nad :: eehhh.. kamu datang ya.. weee.. maceh2.. :) da jawap kan semalam? :)

kak Shida :: amin2.. maceh kak mendoakan adik. :)

Kiera :: amin2..

msred :: ehh best kan cita tu msred? suka2.. weee~~ ala. wat ja entry motivational tu.. mana tau hasil kalau lum mencuba kan? :)

Kak Rsa :: hehe.. betoi la tu. :)

Aizamia :: betoi la kak.. jgn nak tembak orang ja kan? ;)

GK :: betl la. creative tu la yang nak menarik orang tu kan? ummm.. tak terer cam kamu tu.. hebakk.. :) kagum..

Atiq :: hehe. Atiq tgk gak ae? weee~~

Iffah Afeefah said...

ske ayat nadh yang bawh tu

betul...setuju sgt

fRaMe+LenSeS said...

Iffah :: maceh suke.. :)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA