Followers

Monday, 29 September 2014

04:30AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

04:30AM

Pagi ni dalam sejarah. hkihkihkih.. selalunya kalau minggu biasa balik jam 5:30, entry awal saya semestinya la dekat dekat pukul 6 pagi, tapi hari ni lain macam sikit. Jam 4:30AM.

alkisahnya minggu ni saya kena terpaksa rela kerja. ada stock take minggu ni, jadinya terpaksa rela la kerja minggu ni. Cuma macam kesian la kat dedua budak tu, sorang budak beso, sorang budak kecik, dedua minggu ni kurang kasih sayang sikit sebab Abi tak dapat balik minggu ni. Tapi mujurlah, ALLAH tu Maha Mengetahui, dia tak bagi Abi balik, dia kirim Opah, Atok n Acu pergi sana temankan Ummi dan Baby di sana.

Hari Jumaat tu la, ketiganya ke sana. Abi masa tu baru baik sikit ja dari demam, tapi gagahkan juga balik sana sebab nak bersama dengan dua orang kesayangan tu. Lagi satu sebab, Opah, TOk n Acu tak ingat jalan nak ke teratak kecik kami bertiga tu. Alhamdulillah la, malam tu balik senyum ja kedua sayang saya tu. Yang Ummi tu lagi lagilah, sampai ke telinga senyum dia. ehehe.

Yang anak plak masa sampai, tak jaga, tengah dok lena baik punya. Saya tak puas hati, Abi balik anak lena? hishhhh... terus pergi tepi katil lepas tu, panggil dia. "Baby....Abi balik ni.. bangun la sayang, esok pagi abi nak balik dah.." Comei ja mata buka sebelah ja ushar Abi, lepas tu sambung tidur balik. Makanya saya panggil lagi, "Baby....". Pun sama juga, buka mata sebelah, sikit plak tu. pastu Opah masuk bilik, Opah cium dia terjaga. terus menangis tak hengat. ehehehe. marah lettew, tengah tidur kena kacau. pastu saya angkat la. masa nangis tu memula cari Ummi la, pastu lama lama mata dah buka besar, nampak Abi, tak mau pergi kat sapa dah la jawabnya budak tu. hihihi

Esoknya tu, bangun dah nak kena pergi kerja. Aduihh. malasnya nak kerja. tapi takkan nak cuti lagi kan? dah MC kemarin dahulu sebab saya kena demam teruk. Jadi tak ada pilihan lain, ke kerja jugalah saya pagi tu. Mula tu macam nak naik bus, tapi tak sampai hati pula sebab Ummi kan kena hantar, jadinya saya layankan juga la ke kerja dengan kereta. Petang balik kerja pun cam kalut kalut ja, ya la, kalau anak dengan Ummi teringat kita, kita ni lagilah, teringat muka keduanya tu.

Sampai ja, dah, tak boleh nak tinggal, mula sekali kena dukung dia. Lepas tu tak mahu letak bawah dah. Saya dah la tak solat lagi, saya letak la dekat bawah, beritahu dia saya nak pergi solat. Tak adanya dia nak dengar dah. kena dukung dia jugak. Last mengalah la, saya bawa dia jalan jalan kejap, nak bagi hilang rindu dia tu. Pusing taman seround, lepas tu bawa main dekat gelongsor. Baru leh letak balik. Boleh bagi dekat Ummi balik. Haihhh. macam macam perangai si kecil ni.



Sabar ya sayang, tak lama dah...

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA