Followers

Monday, 22 September 2014

05:44AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Pagi Isnin 05:44AM

Seperti biasa. Bangun jam 5 dan bersiap pulang selepas hujung minggu yang penuh bermakna bersama keduanya. Bagi yang tak tahu, minggu lepas tak ada slot ni sebab saya cuti direct dari Jumaat minggu sebelumnya sampai Khamis lepas. Jadinya balik bersama keduanya. Saya yang drive. 

Macam biasa hari ni. Jadi Uwais sitter la. Pagi lepad balik dr hantar ummi. Main dulu dengan dia. Pastu mandikan dia. Bila nampak dia dah mengantuk saya masukkan dalam buaian. Dalam satu jam setengah dia tidur. Elok dia bangun saya suap nasi. Pastu main dan bersedia ambil ummi makan tengah hari. Hari ni baik sangat dalam kereta. Since dia tak mahu saya letak dia dalam car seat. Saya bagi peluang dia duduk atas riba saya. Alhamdulillah. Pergi dan pulang. Elok ja duduknya. Behave sangat. 

Petang dia buat perangai sikit. Sebab dah mengantuk. Tapi tak mahu masuk buai. Saya panaskan susu kemudian bg dia minum. Ikut idea ummi. Tidurkan dia atas lengan pastu tepuk dan zikir. Dah lelap kot dia. Tapi tiba tiba susu habis. Mula tu ok ja.lama lama dia isap tak ada susu habis mengamuk lagi. Aduhh. Terpaksa saya bangunkan. Tunjuk kat dia saya buat susu dan bagi lagi. Saya unah strategi. Letak dia dalam buai dan bagi menyusu. 1 auns ja dia minum. X dan apa dah pejam mata dan lena. Gamaknya ngantuk sangat tu. Saya biar ja dia tidur. Tapi dah lewat sangat. 3:30 baru nak tidur. Sampai jam 445 macam tu saya terpaksa angkat. Ngamuk tu tidak tapi tak mahu duduk bawah. Maka nya saya terpaksa la. Buka pintu. Tutup pintu. Semua berangkat. Nasib la saya dah masukkan barang sesiap. Kalau tak, jenuh. 

Ni la dia sepanjang jalan nak pergi ambil Ummi. Mengantuk punya pasal, sepanjang jalan dok depan cm bear ni. Pastu kepala tu sekejap sekejap letak atas dada saya. Manja sangat~~

Minggu ni tak ada apa sangat yang baru dalam beraktiviti, cuma kami cuba jadikan aktiviti pecah peluh petang petang ni aktiviti wajib saja sebab seronok pula hati ni masa mulakannya Rabu yang lepas. 

Kalau saya dah seronok, anak lagilah seronoknya. Duduk dalam beskal dia tu sambil saya tolak masa jogging. Berpusing pusing kepala tengok sekeliling. Tu belum lagi dia sengih kat orang sekeliling yang buat orang geram kat dia. 

Minggu ni tambah menda baru kat anak. Kalau Rabu hari tu datang hujan, tak sempat la saya bagi dia bagi ikan makan. Tapi minggu ni tak hujan. Saja saya bagi dia tengok ikan. Menjerit jerit seronok. Saya n isteri pn seronok tengok dia cepat belajar cara bagi ikan makan. Hihi mula tu bagi dia roti nak bagi dekat ikan. Tapi dia tak tahu baling masuk kolam. Saya ajar dia carik roti dan lepaskan dalam kolam. Dia dah reti pandai ja buat. Cuma tak tahan tu dia nak plak ikut cara ummi bagi ikan makan. Adehhh anak. Ikan tu geget jari yayang satgi baru yayang tahu. Ummi pun gugup ja suap ikan tu tau. Hihihi

Apa pun sangat bersyukur. Satu lagi aktiviti bermakna buat kami brtiga. Motivasi kami sekarang. 3+3. 3 saya settle down. 3 lagi tunggu untuk saya ke sana. Moga diperkenankan. Amin. 

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

Kira Sakura said...

amin amin ya rabbal alamin

abiiii cepat sikit pindah duduk sekali ye ;)

ArY + ShA = AmZaR FaYyAdH said...

Assalam abi uwais,
salam perkenalan..
jemput join blog saya yer :)

Miss Sasu said...

assalam..

salam perkenalan. jemputke blog saya. kisah saya nak kurus. :)

thank yer

Miss Sasu said...

assalam..

salam perkenalan. jemputke blog saya. kisah saya nak kurus. :)

thank yer

Buta+Pekak+Bisu=CINTA