Followers

Tuesday, 2 September 2014

06:05AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

06:05AM. 

Pagi yang baru. Minggu yang baru. Salam semangat baru. Salam azam baru. Salam penuh dengan harapan, cita cita juga matlamat agar semua yang dikerjakan akan beroleh kejayaan. Mudah mudahan. 

Pagi ni pulang bersama ayah dan mama. Kalau selalunya saya pulang dengan bus, hari ni berbeza. Semalam Mama dan Ayah datang kerumah kami. Terima kasih pada Puan Mama la sebab pujuk ayah datang semalam sebab nak tolong betulkan siling rumah kami yang pecah dek kerana encik musang yang meragas atas bumbung umah tu minggu lepas. 

Pastu bila dah buat satu ada lagi satu dan jadi lagi satu. Dari siling Mama belikan kain rentang besar tu nak tutup ruang yang kami nak tutup tu. Pastu tambah lagi saya tambah lampu balik dekat luar. Gantikan lampu yang dah terbakar tu. 

Lepas tu sambut hari lahir budak tu. Dan malamnya layan abam bomba hapuskan sarang tebuan atas bumbung rumah. Pastu yang kesiannya lepas buat rumah kami. Jentera depa rosak. Dia punya brek angin bocor. Langsung tak berani depa nak gerak sebab takut jadi pape. Kesian kot. 

Akhirnya dalam 11 lebih baru lah nak menjamah sesuatu. Letihnya.. 

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA