Followers

Thursday, 30 June 2011

Berapa gaji kita sejam?

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh terbaca cerita ni dalam email. Nadh copy dan Nadh kongsikan didalam blog.
Harapan agar yang membaca dapat mengambil iktibar. Moga-moga. Nadh doakan.

***********************************************
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....


Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?

Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit..

Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit?

Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.


Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!"


Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.

Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"


Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi.


"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...
 
Note :: RM20 dan masa kita bersama yang tersayang. Mana lagi besar? Renungkanlah. ALLAH beri masa 24 jam untuk semua orang, tapi dia tak cakap setiap masa kena peruntukkan untuk KERJA, tapi dia beri sela masa untuk kita, waktu untuk solat, untuk rehat, dan untuk perkara-lain dalam hidup. Jangan kerana KERJA semata kita abaikan yang sepadannya menjadi tanggungjawap dan abaikan amanah kita iaitu KELUARGA YANG TAKKAN DAPAT DIGANTI SEKIRANYA KITA KEHILANGANNYA.

Renung-renungkanlah...

21 comments:

Sunah Sakura said...

huhuhu..sedih pulak... :(

fRaMe+LenSeS said...

tersentuh juga la hati Nadh yang membaca ni. T.T

zezolla_atin said...

kecik2 dah pndai la budak ni..hehe..
ksian dya ayh bz..

aLeesYa's Mummy said...

masa itu emas tapi x semua emas mampu kembalikan masa utk kita...

Anum said...

tersentap sekejap
sedihnya

NadiRah said...

rindu arwah ayah... T_T

Syazana Justme said...

tiba2 pilu plk hati ni baca.huhu
yes,wang x blh beli kebahgiaan.so,appreciate ur love ones!

Mohd Nizamuddin said...

TERBAEKK

aque said...

sedeh... mcm mase fara tgok cerite aku x bodo... anak die ckp mcm ni juge....

aduhai~

forever love said...

sedih jugak..

zuwaidah said...

sayu rasa hati....

fRaMe+LenSeS said...

Atin :: shian kan?huu

Aleesya :: setuju kak. :D

Anum :: sentap jugak baca tadi..

Nad :: oopss.. maafkan Nadh. T.T

Syazana :: betul tu kamu.. setuju.. :)

Nizamuddin :: ;)

Aque Fara :: dalam maksud dia kan? ;)

Atiq :: T.T

msredcheesecake said...

Mr nadh,
Rindu kat arwah abah...

Cerita ni boleh diterbalikan jugak...

efa said...

waa sedihnya :(

solomolo said...

jangan utamakan kerjaya sampai lupa insan lain yang sentiasa menanti kita..

Nour Akmal said...

nadh..sgt touching bc entri ni..
mmg btl kn..
kdg2 dlm mcari duit tu kita lupa masa utk insan yg tersayang..=(

mizz_aainaa said...

adeh.. tersentuhny.. ;(

Iffah Afeefah said...

penah bace

tp sdih gak

azwa amani said...

huh...amani dah salah jantina lah ni.. maaf sangat2 abg nadh...huhuhuhu

Подтверждаю said...

as salam..
huhu..pakcik pun tersentuh hati..
ni yang takut nak kawen ni..

huhu..dah la pakcik amik kos engineering..contoh yang kawan2 pakcik dah berkeluarga pun dah nampak..

huhu..menzalimi zahir dan batin nih.
takut nak kawen dan mendirikan rumah tangga..

kiera'sakura said...

sedih....

Buta+Pekak+Bisu=CINTA