Followers

Thursday, 19 May 2011

Yakinlah aku menjemputmu

Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Alhamdulillah, Nadh diberikan ilham untuk sekali lagi berkongsi sesuatu di petang hari ni. Pertama sekali sebelum Nadh meneruskan perjalanan entry kali ni, Nadh mintak kita sama-sama sedekahkah Al-Fatihah buat seorang sahabat blogger yang pergi menemui ALLAH hari ini. Sama-sama kita doakan agar dia tenang disana, dan berbahagia disamping ditempatkan dikalangan para solehin di sana.

Tajuk entry ringkas petang ni adalah " Yakinlah AKU Menjemputmu "

Sapa yang membaca pasti sesaat dari sekarang, seminit mendatang, sejam lagi, sehari, seminggu, sebulan atau setahun lagi dia akan hidup? Langsung takkan ada siapa pun dari kita yang berani mengangkat tangan, dan berjanji atau seyakinnya bagitau Nadh yang dia pasti akan wujud lagi dikala saat Nadh sebutkan tu betul tak? Ini kerana Mati itu adalah PASTI sedangkan Hidup itu InsyALLAH. 

Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan.. “ (Al Waaqiah : 60)

ALLAH menyebut sejelas-jelas mengenai MATI dalam ayat di atas, dan dibawah ni..

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Munafiquun : 11)

Dan sekiranya kita paham dengan penyataan yakni ayat-ayat yang Nadh sebutkan, memang jelas sekali yang Nadh katakan iaitu Mati itu PASTI dan Hidup InsyALLAH. Walau sesaat pun tidak akan diberikan atau di tangguhkan apabila sudah tiba masanya. Sebab tu Nadh letakkan tajuk entry hari ni sebagai Yakinlah AKU Menjemputmu dan AKU dalam tajuk adalah MATI yang mana PASTI datang MENJEMPUT kita bila sudah tiba masanya.

Apa pun, Pengakhiran pasti kita iaitu MATI, tapi destinasi AKHIR kita sama ada SYURGA atau NERAKA ditentukan kita sendiri,  Sama ada kita cukup untuk dibawa ke SYURGA, atau kita masih ingin INGKAR untuk memilih destinasi NERAKA sebagai rumah akhir kita. Kerana perjalanan itu ditentukan sendiri oleh kita.

" Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. " (Al-Imran : 145)

Renung-renungkan......


11 comments:

H Y D E said...

terima kasih sahabat atas perkongsian & peringatan ini. Semoga kita sama2 ambil iktibar~

~Kirin Selama Perak~ said...

yang hidup pasti akan temui mati
cuma masa yang tidak diketahui.
:)

hadiee said...

org yg bijak itu orang yg mengingati mati. sebab bila kita ingat mati, kita akan jauhi perkara dosa lalu selamat dunia dan akhirat. thumbs up!

anith chan said...

Seperti t'ngiang2 di gegendang tinga nie..

miss.Addin said...

berbanyak kanlah ibadat :) insha Allah

.::.MY.s.e.l.f.::. said...

Al-fatihah untuk sahabat blogger..
semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman..

Erin Azizan said...

mati itu sesuatu yang pasti..

Sunah Mohammad said...

betul tu CA...cukuplah kematian sebagai peringatan...

fRaMe+LenSeS said...

HYDE :: moga2 la sahabat.. :D

KSP :: benar tu. so kena la siap sedia. :D

Hadie :: betoi la.. arap2 kita antara y bijak2 tu. ameen. :D

Anith :: apa y terngiang tu?

Miss Addin :: insyALLAH.. sama2 la kita..

Dek Nazzs :: moga2 dia tenang disana. amin2..

Erin :: ya benar. .:D

Sunah :: ya boss.. cukuplah kematian sebagai peringatan.. :D

kiera'sakura said...

terima kasih.. semoga kita sama2 menuju ke syurga kelak.. tiada tempat lain yang diidamkan kecuali syurga yang hakiki..

fRaMe+LenSeS said...

Kiera :: betul la tu.. amin2. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA