Followers

Saturday, 28 May 2011

Hidup PILIHAN, sebelum tiba MATI dan PAKSAAN

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Nadh teringin benar nak berkongsi tentang apa yang Nadh dapat masa Nadh dengar Khutbah Jumaat semalam.
Apa yang Imam sampaikan tu, Nadh simpulkan dalam beberapa patah perkataan. Iaitu "Hidup ini Pilihan, Mati Bermula Paksaan.. "

Apa yang dapat kita simpulkan dari perkongsian Nadh tu? Mari Nadh terangkan. 

HIDUP SEBAGAI PILIHAN

"Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku" (Az-Zariyat : 56)

Bermaksud, ALLAH jadikan kita, untuk beribadat kepadanya, untuk menyembahnya, dan dari sebab itu, dilimpahkan kita nikmat dan segala kelebihan didunia ini untuk memudahkan kita mendekatiNYA. Seperti dalam satu Firmannya dalam Surah Toha ayat 132 yang bermaksud :

"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." ( Surah Toha : 132)

Menunjukkan bahawa, ALLAH memberi pilihan kepada kita, sama ada untuk menjadi seorang hamba yang taat, atau hamba yang ingkar kepada segala yang diperintahkan oleh NYA. Dan dijanjikan pula balasan yang baik bagi yang bertakwa dan neraka jahanam sebagai tempat pada yang ingkar.


MATI BERMULA PAKSAAN.

Apa yang Nadh maksudkan dengan paksaan?

"Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?" (Al Munaafiquun : 10)

Ayat diatas menerangkan yang KEMATIAN itu bukan satu yang kita tentukan, yakni bermakna, pabila sudah tibanya saat kematian itu, kita takkan dapat menolak, atau menanguhkan walau sesaat pun. Dan mula dari saat itu, bermula apa yang Nadh maksudkan sebagai paksaan itu.

Iaitu, yang mana beratnya buku amalan dengan perkara-perkara kebaikan dan mendekati ALLAH, ALLAH kurniakan DIA syurga, manakala yang ingkar dan selalu melawan perintahnya, akan telah disediakan baginya neraka jahanam sebagai balasan buat dia yang tak mendengar peringatan-peringatan yang diberikan kepadanya.

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan" (Al Imran : 185)

Dan destinasi akhirnya itu nanti, adalah dengan nada PAKSA, kerana bila saja kita masuk ke alam barzakh, yang menjadi bekalan hanyalah amal, hanyalah amal dan iman yang akan berbicara bagi pihak kita, baik kita di dunia, dan menggunakan sebaiknya peluang kehidupan, maka baiklah balasan dan DIPAKSA menerima balasan dan layanan baik-baik dari malaikat dan setibanya Alam Akhirat nanti, diberikan pula nikmat Syurga yang didalam nya terkandung nikmat-nikmat yang tak terjangkau dek fikiran kita.
( Ada ka yang nak menolak PAKSAAN masuk ke syurga? Semestinya tiada kan?  )

Dan bagi yang ingkar, PAKSA juga menerima layanan buruk dan akhirnya dihumbankan kedalam neraka jahanam yang dahsyat lagi menakutkan seksaannya. (Kita ketakutan untuk masuk ke neraka yang dahsyat, TAPI ADAKAH KITA PUNYA KUASA MENOLAK BALASAN YANG DAH DIJANJIKAN PADA KITA?? Mau tak mau, TERPAKSA-rela masuk jugak ke Neraka.  )

Jadi? Tunggu apa lagi? Buatlah pilihan ketika dialam PILIHAN sebelum melangkah ke alam PAKSAAN. Yang mana hanya AMALAN yang menjadi kira.


"andai kata dunia itu sebesar sebelah sayap burung ataupn sebesar sayap nyamuk, maka takkan AKU beri walau setitis air pun kepada mereka"

Wallahualam.
Moga mendapat manfaat.

14 comments:

.::.MY.s.e.l.f.::. said...

thankz kongsi.. info terbaek untuk kaum hawa jugak.. :)

Sunah Mohammad said...

manusia diberikan hak oleh Allah untuk memilih...

dan Dia juga memilih yang terbaik untuk manusia...

Nour Akmal said...

nice sharing nadh..
mmg kita kena buat pilihan kan..
sblm kita terpaksa...

Budak Botak said...

Berharap dapat mati dalam redha Allah. Hue3...

Entry terbaru -> Momir Bojic Mencipta Kereta Volkswagen Beetle Daripada Kayu... (",)

kiera'sakura said...

selagi terdaya, kumpul la sebanyak mungkin amalan untuk kita bwk kemudian hari =)

nelly said...

banyakkan amalan ~
=)

Salbiah Zakeri said...

serbu sambil follow :)

rebecca melessa said...

ish..tkut kalo kita pergi ttbe.tak ckup amalan lagi :(

Dayanqphrofile said...

ya Allah...buat plihan sebelum tlmbat..tengs siz..saya suka entry anda..i folo u..hihh..slam ukhwah..

suha said...

tersenyum ketika membaca entry ni (^_^)

Mylady said...

Thanks for sharing Nadh..manusia ni mudah alpa bila di beri pilihan, dan apabila masanya sudah tiba, dan dipaksa untuk kembali, manusia menyalahi takdir kononnya tiada peluang yang diberikan...akak follow your blog...

fRaMe+LenSeS said...

Dek Nazzs :: ye dik. buat semua. :D

Sunah :: betul tu, yang terbaik dia dah pilih, kita ja y tak sedar2 lagi.. T.T

KIC :: betul tu kamu. Nadh setuju. :D

Budak Botak :: amin2.. sama2 kita mendoakan .:D

Kiera :: betul tu.. tau takpa.. :D

Nelly :: jum kita sama2 memperbanyakkan.. :)

Salbiah :: sila2.. pakai elmet dak nak serbu2 ni. :P

Rebecca :: bila kita sedar, kita usaha la dari skg.. Nadh sokong kamu.. :) sama2 lah kita ye..

DayanQ :: terima kasih suka entry ni. sama2 kita mendekati ALLAH ya..

Suha :: senyum? Nadh salah cakap ka?

MyLady :: maceh kak. maceh follow Nadh. :D

kirani+mia said...

dtg senyum cni..:)

fRaMe+LenSeS said...

Kirani :: nak join kamu snyum la. :)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA