Followers

Sunday, 8 May 2011

Di sana Menanti, Di sini Menunggu

Assalamualaikum.

Selamat petang pada semua. Hari ni Nadh teringin benar berbicara mengenai Di sana Menanti, Di sini Menunggu, idea mengenai entry ni datang petang tadi ketika Nadh sedang bersiap hendak keluar berjumpa 2 sahabat yang kirimkan Nadh barang depa. Jadi tadi sebelum hantar tu la dapat ilham ni. 

Apa dia yang sedang menanti kita tu? 
Nadh nak tanya, apa dia yang kita yakini dalam Rukun Iman yang ke-5? Iaitu sama dengan Percaya Kepada Hari Akhirat. Yang kita dah diajar sejak dari kita bersekolah rendah lagi, penekanan mengenai Rukun Iman yang ke lima ni. Iaitu percaya kepada kehadiran dan kewujudan hari pembalasan yang akan tiba satu hari nanti. yang akan menjadi hari pemisah kepada golongan manusia. Sedar tak kita yang menanti kita ada 2 sahaja, yang memisahkan kita antara Taat dan Mungkar di dunia ni.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan nikmat, kekallah mereka di dalamnya, Demikian dijanjikan ALLAH,- Janji yang tetap benar dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana " (Luqman : 8-9)

"...Masukilah pintu-pintu neraka jahanam itu dengan tinggal kekal kamu didalamnya; maka seburuk tempat bagi orang yang sombong takbur ialah neraka jahanam" (Az-Zumar : 72)

Apa pula yang menunggu ni? 
Disini Nadh nak katakan sebagai Dunia yang mana kita tinggal sekarang ni. Dunia adalah ibarat pentas lakonan kehidupan yang mana kita cuma beraksi buat seketika sebelum kita kembali ke akhirat yang abadi. Dan sebijak-bijak pelakon adalah pelakon yang cuba melakonkan watak terbaik di atas pentas muka bumi dan sedaya-upaya cuba mengikut script (Perintah Amal Makruf Nahi Mungkar) yang di berikan oleh Producer / Pengarah (ALLAH Tuhan Serata Alam).

Ali bin Abi Thalib KW. berkata, ‘Dunia berjalan meninggalkan (manusia) sedangkan akhirat berjalan menjemput (manusia) dan masing2 mempunyai penggemar, karena itu jadilah engkau penggemar akhirat dan jangan menjadi penggemar dunia. Sesungguhnya masa ini (hidup di dunia adalah masa beramal bukan masa pembalasan, sedangkan esok (hari akhirat) adalah masa pembalasan bukan masa beramal.’

Bermakna, kehidupan di dunia yang sementara cuma sebagai tempat kita memaut dan mengumpul sebanyak-banyak amal yang kita boleh sebagai bekalan Di Sana nanti. Ini dah dijelaskan dalam Surah Al-Mu'minun ayat 114 dan 115 yang mana ALLAH berfirman : "Kamu tidak tinggal (didunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahi hal ini (tentulah kamu bersiap sedia, Maka adakah patut kamu menyangka bahawa kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" )

Dengan ini, Jelas di ayat yang disebutkan diatas bahawa Di Sana sememangnya sedang Menanti, dan Di sini sedang Menunggu. Kedua janji INI adalah pasti. ALLAH telah sebut yang tiap yang kita buat akan di balas di Sana nanti, walau sekecil zarah sekalipun apa yang kita buat, bagi yang berdosa dan tidak beringat, akan dihukum, yang taat akan memperoleh balasannya.

Semoga kita menjadi yang bermanfaat dan yang bakal kekal di dalam Syurga, bukan di neraka Jahanam yang perit lagi dahsyat balasannya itu. Amin Yarabbal Alamin.


Yang Hebat Lagi Sempurna itu dari ALLAH, yang kurang dan lemah tu dari Nadh.
Semoga bermanfaat hendaknya.

15 comments:

Muslimah Optimis said...

memang terbaik peringatan ni.. terima kasih sahabat..

p/s : photo puisi tu tulisan merah so xnampak nak baca..huhu

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

terima kasih untuk entry ini

fRaMe+LenSeS said...

Aimaa :: macheh jugak.. tapi gambaQ tu tak puas ati.. hehe.. tak terang kan tulisan. duii la.. Dak kampung buta IT camni aa..

Cik GK :: maceh jugak membaca.. sama2 kita amek peringatan na

udin said...

thanks nadh utk peringatan ini.. kadang2 manusia selalu leka dgn hal keduniaan sehingga terlupa matlamat sebenar hidup di dunia ini sebagai bekalan utk hari akhirat kelak.. :)

Adi Suda said...

huweyyhhhhhh..tima kasih ingtkan adik angpa nie..hee..^_^

.::.MY.s.e.l.f.::. said...

wah!!! entry peringatan yang best n gambar yang smart.. credit to abg ady punya idea.. huhuhu

fRaMe+LenSeS said...

Udin :: no poblem bro. moga kita sama2 dapat iktibar dari perkongsian ni.

Adi ::sama2 adi.. :D

Dek Nazzs :: gambar tu lawa kan? hehehe. :P

kiera'sakura said...

terima kasih kerana mengingatkan...

shida anwar said...

tq Nadh atas perkongsian ilmu..
encem gambar..

fRaMe+LenSeS said...

Kiera :: sama2.. ni 2 jam jugak la tara nak ciap.. hihi

Kak Shida :: sama2 kak.. ahaha.. ne ada la kak.. :P

naqiah said...

mashih abg..

kiera'sakura said...

owh... yang nie ke.... btw.. berbaloi la usaha dgn masa yg digunakan tue.. good job....

fRaMe+LenSeS said...

Naqiah :: sama2 dik..

Kiera :: entah la brbaloi ka tak. cuma rasa puas. :D

nurhamizatulzullraooh said...

peringatan yang berguna terima kasih kerana berkongsi..mula-mula ingatkan tersepit ditengah-tengah atau dalam dilema pasal awek ke?tajuk dah macam tajuk lagu ukay's je..tapi betul juga tu

fRaMe+LenSeS said...

nurhamizatul :: tajuk aja. hihihi. peringatan dari tajuk lagu, yang jika diperhalusi, kita mampu mengingatkan yang membaca. :D moga bermanfaat hendaknya..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA