Followers

Monday, 18 August 2014

05:45AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:45AM. 

Salam pagi isnin. Macam minggu lalu. Sampai ja tak tunggu lama bus dah gerak. Hari ni lain dari selalu. Sebab pagi ni bus ada ramai orang. Kalau selalu saya slumbrr ja pilih mana nak duduk, pagi ni tak banyak tempat boleh pilih. Tapi tak apalah. Layan sahaja. Janji ada tempat nak duduk kan?

Mendekati angka 12 bulan. Anak dah makin bijak. Pagi ni buat pertama kalinya dia bangun tidur sendiri. Kalau selalu tu jaga ada kami sebelah angkat dia. Pagi ni waktu saya trngah sahur tadi dia bangun sendiri. Sedar sedar pintu berbunyi dan dia berjalan ke arah saya. Saya angkat dia dan terus peluk saya. Duduk diam ja atas riba sambil kepala dilentokkan ke bahu saya. 

Jaga dia semalam pun seronok juga. Waktu saya baru mula nak suapkan dia. Dia tunjuk kerusi dia. Suruh saya angkat dia duduk atas tu. Saya layankan ja. Bila duduk. Dia makan macam biasa. Seronoknya rasa bila nampak dia begitu bersemangat dan sihat. 

Pastu. Manja nya tu tatau nak kata cmna. Apa pun nak kita tengok dia buat. Dah la bila ada telefon tu dia nak hello ja. Kata ummi berlagak anak ni. Mentang mentang la ummi pakai samsung. Dia tak peduli kot. Nak hello hello mesti dia bak juga ambil apple abi tu. Kikikiki bertuah punya anak. 

Makin banyak cerita makin saya terasa sayang meninggalkannya. Tak tahu nak cakap macam mana lagi harapan nak cepat cepat tinggal di sini bersama keduanya. Jaga keduanya sendiri. 

Moga ALLAH perkenankan. Amin.

2 comments:

Kira Sakura said...

amin dear amin

abi cepat datang duduk dgn ktorg tau ;)

Nurzakiah Hanum said...

amin

Buta+Pekak+Bisu=CINTA