Followers

Friday, 15 August 2014

Super Trader Abi

Assalamualaikum dan salam sekahtera pada yang membaca. 

Kalau saya ni seorang trader, saya rasa baby kecik saya ni dah jadi super trader gamaknya. Bagi yang belum kenal, saya menggunakan masa terluang, malam lepas balik kerja untuk saya trade. Salah satu sumber yang boleh guna untuk tambah sen untuk keluarga kecil kami. Selain jadi perunding takaful, trade pun kekadang macam seronok juga, walau sudah tak macam dahulu iaitu dah tak lagi addicted. 


Ni apa yang dia buat semalam. 

Masa saya baru nak naik mengadap menda ni. Dia waktu tu saya nampak tengah sedap lena. Dalam pelukan ummi.  Elok saya kalih lagi sekali tengok dah merangkak. Pastu senyum tengok saya. Apa lagi. Turun katil cari saya suruh angkat. 

Mula tu saya buat tak tahu. Tapi dah tarik tarik kaki jerit suruh angkat. Okeh abi mengalah. Saya pun angkat dia.

Buah mula dok atas riba tu okeh. Baik ja tak kacau apa. Lepas tu jari tu sentuh lappy saya. Pun saya biar lagi. Lama kelamaan dia tepuk keyboard. Pastu ambil mouse dan mula ketuk ke permukaan lappy tu. Terus saya ambil dan turunkan dia ke bawah. Dan macam biasa, masih menarik kaki suruh syaa angkat nak duduk atas riba. Dah dia buat lagi sekali. Ketuk ketuk lappy dengan mouse yang saya bagi kat dia. Tak habis lagi yang tu. Nampak gambar atas kan? Dah dengan dia sekali nak naik atas lappy tu.

Hadoihhh anak. Abi suh awak trade sndiri cari duit sekolah esok br tau~~ 

Hihihihi

Buta+Pekak+Bisu=CINTA