Followers

Thursday, 14 August 2014

Tunjuk gigi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Si kecil kami ni agak lambat tumbuh giginya. Pernah satu ketika tu isteri cam risau dia tak tumbuh gigi sedangkan anak kawan kawan dia gigi dah banyak. Saya cakap bertenang . Lagipun dia sendiri cerita ikut apa yang dia baca kalau tak sampai setahun belum tumbuh gigi tu perkara biasa, last dia yang terganggu sebab tu. Biasalah. Dah tahu secara tak sengaja terbanding pula kan? Sebab tu saya kata kat Ummi, saya cukup tak suka bila anak ada saing. Maksudnya ada yang sama umur dengan dia, sebab nanti jadi macam ni. hihihi.

Akhirnya, tumbuh juga gigi si kecil kami tu. Yang pertama tumbuh di bawah. kecilnya gigi. comel ja. Nampak la merah kat gusi tu ada secoet putih di bawah.Tumbuh masa bulan puasa hari tu, minggu kedua puasa dah mula nampak dengan jelas.

Ni ha pose dia bila kita tanya, "Sayang, mana gigi mana gigi?"

On the spot dia akan nganga tunjuk gigi sebatang dia tu. tapi bergantung juga pada mood semasa dia. Tapi selalunya dia akan buat. macam kat bawah ni. gambar dengan bapak. dedua nganga kan?


Hari semalam, diberitakan isteri dia dah tumbuh gigi kedua dia. kali ni di atas pula. Alhamdulillah, akhirnya tak ada la kot resah Ummi tu kot kan? ehehe

Bila da ada gigi lain pula la peelnya masa menyusu. kira nak kena marah ja ng ummi. tambah tambah bila ada saya. dia kerja nak main ja. pastu ummi jadi mangsa kena gigit. Lagi satu, masa dia dah lali nak tidur, selalu masa tu dia akan tergigit.

hihi. sabar ja lah Ummi ya.. dia tak sengaja tu. :D

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

cutenya

Kira Sakura said...

ummi nak gigit abi la. bagi pihak. kahkahkah :p

ummi aqilah (LM) said...

Mcm lion nk ngap mangsa je uwais buat aksi gitu. Nmpk garang. Padahal nk tayang gigi je. Comellll

Buta+Pekak+Bisu=CINTA