Followers

Monday, 25 August 2014

05:45AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:45AM. 

Minggu baru sudah datang. Menandakan perginya minggu lalu bersama kenangan juga peringatan yang ALLAH titipkan dari pengalaman yang lalu. Moga moga ianya kita ambil sbagai pengajaran dan jadikan sempadan manakala yang baik kekal sebagai nilai nilai penting kita sebagai manusia terutamanya hamba yang diperintahkan agar patuh pada perintah NYA. 

Kalau setiap minggu ada kisah menarik yang kami buat dengan anak. Alkisah keluarga kecil kami ni. Minggu ni lain. Sebab bermula dari Rabu, isteri dah mengadu sakit kepala. Saya dengar terus saya offer nak ambil sebab kali ni lain katanya dah melelong dan penglihatan pun blur. Petang tu lepas kerja terus saya berkejar ke sana ambil isteri. 

Keesokan hari tu, saya lambat ke tempat kerja sebab nak bawa isteri ke klinik. Mula tu ingat boleh guna time slip, sekali x dapat. Mungkin sebab dah dekat setengah hari baru sampai kot. Hah, lantak la. Petang tu pun ke kerja macam biasa. Nampak isteri dah agak okay hari ni. 

Hari Jumaat. Hari ni isteri tak berapa okay. Katanya angin dalam badan. Saya picit picit dia. Memang nampaknya berangin la, belahak sakan bila saya picit. Tu pun okay lagi sebab boleh ja dia ikt saya dan mama ke pasar malam. Tapi sampai ja di sana dia dah tak okay. Dia minta diri nak masuk kereta tunggu kami di sana. Masa otw balik, dia dah tak boleh tahan lalu muntah. Ohh sudah. Kenapa dengan dia ni?? 

Lepas dari tu dia langsung tak boleh makan. Memang muntah ja malam tu. Sampai lembik. Mujur la anak tak buat perangai. Rasa lega sangat. Malam tu dalam 10 lebih isteri masuk tidur termasuklah anak. Maka bermulalah kisah saya pula rasa apa yang jadi pada isteri tadi. Badan rasa berangin. Menolak nolak ke dada. Rasa nak muntah tapi tak muntah. Sungguh tak selesa. 

Jam 2:00AM. Saya terjaga. Muntah buat pertama kalinya. Jam 4 lebih macam tu. Kali kedua. Sakitnya tekak. Pastu siap CB lagi pagi tu. Naik atas tidur balik. Isteri tak dapat nak tengok pun sebab dia juga tak sehat. 

Hari sabtu. Saya minta untuk cuti dari boss. Dia suruh saya ke klinik. Tapi nak ke klinik macam mana pun tak pasti. Badan langsung tak sehat. Hari ni. Tidur ja kejanya saya. Flat langsung. Isteri pun sama. Mujur si kecil tu behave sangat. TokMa dengan Wan la tukang jaga geganti. Alhamdulillah mahu dia depa tengok dan paling penting tak buat perangai.

Ahad. Balik sini dah. Cuma tepat 12 tadi saya muntah lagi sebelum tidur. Isteri pun malam nampak sedikit cergas dah. Saya bawa ke klinik. Doktor cakap nak scan tapi kami ckap taknak. Jadi dia buat pT ja. Negative la. Okeh. Konpem. Dedua kena foodpoisoning ni. Kehkehkehh~~

Sadis minggu ni kan? Tapi apa boleh buat. Moga sakit ni jadi kiffarah dosa dosa kami. Amin. 

2 comments:

Kira Sakura said...

moga kita cepat sihat yayang amin amin

Nurzakiah Hanum said...

semoga cepat baik

Buta+Pekak+Bisu=CINTA