Followers

Wednesday, 13 August 2014

Penyibuk

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
 Last week, Ahad, masa kami di rumah. saya terajin pula nak betulkan lampu lampu terbakar kat rumah tu. Nak dijadikan cerita, masa jalan tu jiran pinjamkan tangga, maka lebih mudah la nak buat kerja kan.

dah masa dok wat kerja tu si kecil saya ni dok tunggu bawah tangga tu. tengok la gaya dia. konon macam pegang tangga kat abi, tak bagi abi gayat ka jatuh la konon ya? 


dalam dok tergelak tu saya beritahu isteri, satu masa dahulu pernah juga la saya terfikir, bagaimana lah agaknya perasaan bila kita tengah asyik buat kerja, pastu anak ikut apa kerja yang kita dok buat tu. nampak comel ja kan budak tu. haii la Fateh Uwais.

tu belum saya share video lagi. dia tengok kami dok angkat almari, dia ambil botol air, tolak juga, macam kami tolak almari.

Uwais Uwais... sayang awak. sayang Ummi jugak...

Buta+Pekak+Bisu=CINTA