Followers

Tuesday, 12 July 2011

Kenangan pahit diimbau - Decepticons tak jahat la.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh dah balik, Nadh ada banyak menda nak kongsikan. (aduh, belog ni dah jadi belog cerita kisah-kisah perjalanan plak kan? mana dia tazkirah Nadh tah.. huu.. takpa, pelan-pelan Nadh masukkan balik okeh?)

Cerita dia, Jumaat minggu lepas, 08 July 2011, (seminggu lepas Nadh kena keluar pergi site). Nadh lalu balik kat jalan yang membawa kenangan antara yang paling sukar juga bagi Nadh. (Kisah 30 June 2011). 

Masuk ja jalan tu, Nadh teringat malam 30 June tu. Jumlah jauh perjalanan, 49KM. Dari jalan Teluk Intan hingga ke Sitiawan. Nadh guna jalan tu TANPA LAMPU sebab Alternator kereta rosak. Bayangkan lah, dengan jalan yang gelap tu, Nadh terpaksa berhenti banyak kali, dan tumpang lampu kereta kat depan atau tumpang lampu lori yang bawa perlahan.

Sampai terpaksa tahan kereta polis untuk jumper kereta kami. Mujurlah ada seorang abg tu, Abg Farid nama dia, dia la tolong kami. Tolong tolak kereta, panggilkan pomen, dan last sekali assist kami kata ada polis supaya kami leh tahan minta tolong, Alhamdulillah, ALLAH bagi kami bantuan.

Apa pun kan, jalan tu memang jauh bila kami patah balik malam tu, terkenang dengan Jijoi, betapa jauhnya perjalanan kami malam tu, dan betapa ALLAH bagi kami kekuatan dan tak putus semangat nak hadapi ujian tu. bila tengok balik jalan tu yang jauh, Nadh terfikir, betapa ALLAH bantu kami sebenarnya, walaupun jauh, tapi kami bersemangat nak teruskan perjalanan malam tu.

Dah tengok balik baru tahu, jauh tu.. Apa pun, syukur sangat la.. sebab malam tu banyak juga kami dapat, selain tau satu hakikat yang Decepticon tak la jahat sangat.. Mana taknya, Decepticons berbentuk lori yang tolong jumperkan bateri kami malam tu.  (sebenarnya lori abg Farid ada stiker Decepticons yang besar, dia la yang tolong jumper bateri keta malam tu mula-mula)  weeee~~


(gambar hiasan, dari pacik google, gambar sebenar tak diambil due to kamera tak berapa masyuk)


Pahit akan manis akhirnya, kan?

2 comments:

H.J said...

mesti abg farid hensem kan?haha

Iffah Afeefah said...

betol

bahaye

slamat nadh berdue

kalau ai benti kat r n r jela nmpknye

Buta+Pekak+Bisu=CINTA