Followers

Tuesday, 18 October 2011

Ku Ingin Kamu dari kaca mata Nadh.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam seorang sahabat Nadh tag Nadh kat lagu ni. Dah lama rasanya Nadh tak dengar lagu ni. Wahh.. lagu ni selalu menarik perhatian Nadh. Honestly sangat suka sampai Nadh ada buat Cerpen bertemakan lagu ni. 

Nadh ingat, hari ni Nadh nak ulas lagu ni melalui bait lirik dia, dan rasanya bagus juga sekiranya Nadh selitkan sedikit peringatan, yang baik untuk kita aplikasikan dengan hidup kita sebagai hamba.

Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin engkau jadi milikku
kuingin kau disampingku
(Kenangan yang kita jalani, dengan IMAN yang senantiasa terpaut dalam jiwa, kita mahukan dia senantiasa ada dengan kita, menjadi milik kita selalu di samping kita, agar tiap langkah kita atas muka bumi senantiasa berhati-hati)

Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku
(Tanpa IMAN, kita adalah manusia yang sunyi tanpa CINTA ALLAH, kerana hanya dengan IMAN dan juga takwa sahajalah yang dapat membawa kita ke syurga yang abadi)


Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa
(sentuhan IMAN dan takwa, sentuhan "si pelengkap hidup" yakni kehadiran isteri atau suami sepertimana Nabi Adam dan Hawa, Nabi Muhammad dan Khadijah, Saiyidina Ali dan Fatimah, yakni cinta dari salah satu dari 100 cabang dikurniakan buat hamba agar jiwa bertambah tenang, dikurniakan lagi kelebihan dalam beribadat dan pernah disebutkan Rasulullah SAW :

Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Karenanya, bertakwalah pada Allah pada separuh yang lainnya.” (HR. Al Baihaqi ) )


Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahawa dirimu terindah untukku
(Dalam tiap tingkah dan laku, dengan IMAN tersemat di hati, perjalanan menjadi lebih berkat dan senantiasa di rahmati ALLAH. Diri bukan insan biasa, jika seorang guru, jadilah dia guru yang beriman, dari seorang engineer, engineer yang mengingat kepada ALLAH, seorang arkitek, dialah arkitek yang berusaha menaikkan ISLAM dalam dunia reka bentuk. Setiap dari perbuatan adalah untuk menaikkan nama ISLAM, dan ianya terus mekar dalam diri dan hati


Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengijinkan
(Selama diri bernafas, selama diri masih bisa bertahan, selama ALLAH mengizinkan, jiwa tetap kekal teguh mempertahankan, langsung tidak takut akan mati, kerana dah dijanjikan syahid dan balasan dari ALLAH atas keikhlasan hamba dalam mengangkat Agama ALLAH ke ssetiap pelusuk kehidupan, tiap perlakuan dan perbuatan. Hamba yang Yakin kepada ALLAH benar-benar berserah kepada ALLAH, perjuangan mengejar CINTA SUFI. 


"dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela Agama ALLAH itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya". (Al-Baqarah :154)

Terlalu banyak.jika dihuraikan. Tapi biarlah semua mendidik hati mengejar cinta sufi dahulu. Cinta sufi adalah cinta abadi. Cinta pada ALLAH yang PASTI TAKKAN DIKECEWAKAN. Cinta sufi itu adalah merindui syahid kerana Syurga itu LEBIH HEBAT berbanding dunia ini. Maka, cinta fitrah itu sebagai hiasan hidup yang harus dibatasi.)



Note :: dari kaca mata dan buah fikiran Nadh yang menafsir. Moga mendapat manfaat  :D

17 comments:

Iffah Afeefah said...

Dari kaca mata jiran

nadh mmg jiwang.

Nway tengs utk entry berjiwa ni

Iffah Afeefah said...

Dari kaca mata jiran

nadh mmg jiwang.

Nway tengs utk entry berjiwa ni

fRaMe+LenSeS said...

Iffah :: jiwang? hadehhh -.-"

Ruzzezanie said...

dari kaca mata cik ruzz, nadh agk jiwg!


errr, Insyaallah, aku rasa 'dak tu' mungkin mampu bersama mencari kemanisan iman bersama ko. :)

azwa amani said...

amani suka sgt pndngan nadh tu...tq nadh...lagu ni amani suka.. huhuhu.. :)

kiera'sakura said...

insyaAllah.. =)

fRaMe+LenSeS said...

Ruzz :: oihh.. mana ada la.. tade la.. amin2. nadh mendoakan la 'dak tu' sama2 ng Nadh mencari kemanisan iman tu.

Amani :: hihi. kita geng.. yayy.. suka jugak lagu ni. :D

Kiera :: :D

BeloG MTT said...

Wahhhh.. Insya'allah,Aminnn :)

Anum said...

jiwang
hehe

mikro_kokus said...

Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu yang berguna... ^_^

aimie amalina said...

dari kaca mata mimi
mimi suke entri ni!
heee
thumbs up!

Mat Gebu said...

Jiwang beriman....

angah said...

perghhh fealling gila aku mebaca nye.hahaha terbaik kan..:D

Solihin Zubir said...

kalau hang tak ulas lirik lagu tu, tobat aku x paham mksud tersirat dia.. haha..

Niena Pengembara Ilahi said...

jiwang gak nadh nie ye.. tpi nice ;)

aizamia3 said...

kita jangan ambil lirik itu hanya untuk bersama manusia lain tapi cuba kita tengok dari sudut yang berlainan seperti yang telah diulas oleh Nadh ini.. ;) menarik..

fRaMe+LenSeS said...

Belog MTT :: amin2 kamu. :D

Anum :: ehh. ne ada .. ne ada (blushh)

Mikro :: sesama geng. :D

Aimie :: terima kasih Mimie sebab suka. :D

PCM :: alhamdulillah. diharapkan bermanfaat aa.

Angah :: feeling. hihihi. :P

SZ :: adehh.. :P

Niena :: jiwang jugak. ramai kata Nadh jiwang neh. :P

Kak Aizamia :: umm. terima kasih kak. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA