Followers

Thursday, 9 June 2011

Apabila terkurung sebelum terkurung

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.

Malam ni nak kongsi apa jadi dekat Nadh pagi tadi. Nak tahu, pagi tadi Nadh terkurung dalam bilik tidur Nadh. Entah macam mana la pintu yang berkunci itu tidak dapat nk buka. Jenuh Nadh pusing dari dalam tombol dia, tapi masih sangkut dan tak daya buat apa-apa. Sahabat yang dari luar juga cuba yang sama, tapi masih hal yang sama.

Akhir sekali, inilah yang dapat Nadh simpulkan.



Hehe, sebenarnya Nadh bukan nak ceritakan pasai pintu ni sangat. Tapi sebenarnya nak ajak readers dan diri Nadh cuba bayangkan diri berada dalam ruangan terkunci jugak. Tapi bukan macam Nadh dalam bilik tu. Tapi dalam ni.

 Apabila tiba saat dan ketika ini nanti, tiadalah berguna lagi isteri yang cantik (dia mungkin satu hari nanti dilamar orang lain), tiadalah guna juga kereta yang besar (pakai Merz ka, pakai Alphard ka, kereta akhir kita adalah kereta mayat, bukan kereta mahal yang menghantar kita kekuburan, bukan juga sebagai tunggangan dialam kubur kita), tertinggallah juga rumah besar kita yang dilengkapi dengan aircond, tiada juga katil empuk yang menamani waktu tidur kita, tidak pula ianya menjadi katil akhir, melainkan tanah yang menutup kita dalam kuburan. Kemana pula perginya wang kita yang beribu-ribu dalam akaun itu, tidak pula ianya dapat menebus dosa kita dan digantikan dengan pahala dan amal ibarat.

Segalanya serba tak kena ketika ini, bila mana hasil kita didunia hanyalah mengisi bahagian lengan kiri dengan dosa dan kekufuran dengan kurniaannya. Maka ternangislah kita, menjeritlah kita menyambut pukulan Malaikat yang menghukum kita atas "saham" dunia yang kita kumpulkan itu.

Jadi, beringatlah kita, dan bersedia untuk hadapi waktu kita bukan lagi seperti didalam bilik terkunci dan memecahkan pintu untuk melepaskan diri. Tapi kuburan yang akan menempatkan kita sehingga tibanya hari akhirat. Bersemadilah disana sama ada sebagai lokasi awal menunggu nikmat syurga, atau kuburan penuh siksa sebelum menanti balasan neraka.

Renung-renungkanlah..

"Apabila Umat Nabi Muhammad mati, maka akan putuslah segala amalnya, melainkan tiga perkara, yakni ilmu yang bermanfaat, harta benda yang digunakan untuk jalan ALLAH, dan akhir sekali adalah anak soleh yang mendoakan."


17 comments:

bersama kak Es said...

berterima kasih kepada sahabat mengingatkan kat dunia...
dah kat sana nanti tak de sape lagi nak tolong ingatkan

shida anwar said...

memula baca kui..kui..kui..pas tu...insafnya...

nora amila ghazali said...

peringatan yang baik... :)

Sunah Mohammad said...

alhamdulillah... terima kasih nadh... pengalaman terkunci akhirnya menghasilkan entri berkualiti!

Awie Omar said...

MAAF KAWAN. BLOG "NOTA EKSTRAVAGANZA" DAH TUKAR NAMA KE "EKSTRAVAGANZA". URL PUN AKU
DAH TUKAR SEKALI. DAH TAK PAKAI LAGI YANG NI "www.notaekstravaganza.blogspot.com"
SEBAB SEKARANG AKU DAH PAKAI YANG NI "www.awieomar.blogspot.com". NAMA KORANG SEMUA MASIH
ADA DALAM SENARAI FOLLOWER BLOG AKU. MASALAHNYA KORANG DAH TAK DAPAT LAGI IKUT APA YANG
AKU UPDATE DALAM BLOG AKU NANTI. JADINYA NAK SETELKAN PROBLEM TU, HARAP KORANG SUDI LA
TEKAN FOLLOW BLOG AKU BALIK. SUDI SUDI LA TEKAN YE. TERIMA KASIH.

ciksukasuki said...

betol2 menginsafkan..astaghfirullahalazim.

Rahmad said...

terima kasih kerana mengingatkan..

fawzeah zea said...

bila msa tue tiba tiada siapa yg membantu melainkan ibadat yg kita llkukan..takut zea.

kokser kokdam said...

suke entri ni.. like!

aizamia3 said...

namun masih ada yang tidak peduli.. masih ada yang tidak kisah..

Подтверждаю said...

as salam..

▂ ▃ ▅ ▆ 90%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄

pengalaman bertukar menjadi entri.
alhamdulillah..

=)

terima kasih berkongsi pendapat,cerita dan teguran~

Entri Terbaru Pakcik :

WIDGET TRAFIK PERCUMA..

msredcheesecake said...

cik nadh,
msred pernah terkurung gak.sementara tunggu org pecahkan pintu, tetiba rasa nak pee....

msred rasa terkurung dalam lif pon tak tahan, kalau kat kubur?

maszmadi said...

semoga menjadi peringatan buat kita semua.. insyaallah

suha said...

perkaitan yg bagus (^_^)

lenloy said...

Jemput jalan-jalan ke blog saya..

http://lenloy-closet.blogspot.com/


Juga diiklankan di..

mudah.my/lenloy-closet


Terima kasih.. Salam kenal :)

kiera'sakura said...

alhamdulilah.. masih ade yg sudi mengingati...

Aku Ibu Muda said...

entry yg penuh makna!

Buta+Pekak+Bisu=CINTA