Followers

Monday, 15 October 2012

Istana Kaca dah habis

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru kejap tadi ending satu lagi kisah yang jadi tontonan Mama saya n adik perempuan saya. Kisah Glass Castle. Ohh maafkan saya andai readers rasa saya ni melampau sgt sebab tengok kisah korean ni banyak sangat kan, tapi itulah yang jadi saban hari, bukan tanak tengok kisah lain, tapi entah, cam bosan la nak ikut kisah kisah yang saya rasa kekadang melampau dan membosankan.

Owhh ya bercerita tentang kisah tadi tu, ending dia lain juga bagi saya. Akhir sekali hero dan heroin tak bersama. Jawapan akhir yang bagi saya agak mengejutkan sebab masa kisah ni keduanya tu macam leh terima ja apa sahaja walau dari dua keluarga yang berbeza. SI lelaki kaya dengan keluarga yang mewah lagi berkedudukan tinggi dan perempuan dari keluarga biasa yang tetiba disogokkan dengan wang dan kekayaan.

Saya tak suka betul bila family lelaki tu gunakan wang untuk kuasai segalanya. Dari pada kakak, kepada adik. semuanya nak dikawal. BF kakak tu, bapa dia beli syarikat yang laki tu kerja, sebab nak kuasai lelaki tu. Tapi end up laki tu benti keja.

dan Isteri adik laki dia plak, bapa dia kasi segalanya kat family dia, kerja, rumah yang mewah, dan tak perlu buat apa lagi, hanya sebab nak jaga status depa. Owhh saya memang tak suka. Lagi, mereka perlu berdiam diri walau tak suka apa yang family laki tu buat, sebab nya nak jadi standard, jaga nama baik keluarga tu. Sangat tak setuju la bila kerana wang, kerana ada kuasa, semuanya depa betul. Sangat tak suka.


Sesuatu y saya paham dr kisah ni : perbezaan itu bkn sesuatu y baik kekadang. Mcm Islam da gariskan, cari lah y sekufu. ;) Kisah ini mengingatkan saya pada pesanan Rasulullah yang mana berpesan, nak kahwin kita kena cari yang sekufu. Betul bukan? Inilah bila beza antara dua tu, gajah ng kancil, apa yang kancil nak buat sangat kan? Memang kena sepak sewenang wenangnya la kan? Perbezaan status itu kekadang menyusahkan. Lihat bagaimana keduanya tadi. Yang miskin kena duduk diam aja, sebab nak jaga nama si kaya, dan si kaya berhak buat apa saja , demi mengawal segalanya.

Pengajaran : tak suma kisah akan berakhir dgn baik kan? N x semestinya y kita rasa paling baik tu pengakhiran terbaik. Yang saya maksudkan, bila dah kawen dia rasa semuanya akan jadi lebih baik, tapi worst, mak mentua yang jahat, pak mentua yang terlalu pentingkan status, dan semuanya di kawal, sampaikan ibu dan ayah dia pn kena kurung sebab nak jaga nama baik. Itu kah yang terbaik?

Ending kisah ni : tak semestinya cinta y kita agp cinta tu akn mbahagiakan kita. benar bukan? Kita rasa cinta itu segalanya. Tapi tak semestinya ianya yang terbaik, yakni kebahagiaan yang kita dambakan tu sangat. sebab tu saya hairan, orang terlalu agungkan cinta, kekadang, sampai habis semua dia buang.

 Itu aja yang saya rasa nak kongsikan. Apa pun, pengajaran yang baik itu kita simpan, Yang buruk kita jadikan sempadan. Kan?

7 comments:

Rozuan Ismail said...

wah, layan citer korea jugak skang ni ye

Iffah Afeefah said...

uihh dok layan cite korea pulak

layan inoccnt men jirang

best ooo

konplik byk

CekbOlat-bOlat said...

sesuai jadi pengarah ni . kehkeh, pernah jgak nk tgok istana kaca ni . tapi tak tertarik pula . nmpaknya ada teman nak share psal drama drama dekat chnnell 393 ni ..

My Daughter,my flower tgok ? besttt :D
My Ex and the neighbour ? boleh tahan .

err . maafla . ter eksited pula jumpa geng tgok drama korea ni -.-

kiera'sakura said...

tp klu laki tue mampu usaha jadi lelaki yang sebenar yang melindungi tak bukan ikut telunjuk insyaAllah boleh bahagia kan

aDisH.sHidA said...

kami suka qoute yang pasal cinta tu..

boni kacak said...

wah..benar2 memberi kesan yang sangat mendalam kat bro ye..

Hanif Idrus said...

Ini kisah orang kaya dan miskin..
Tapi tak bestnya berpisah..huhuhu.
Mesti satu rumah menangis ini..heheheheh

Buta+Pekak+Bisu=CINTA