Followers

Tuesday, 9 October 2012

Sangat tak suka lah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Saya ada satu kemusykilan la. Semenjak saya jadi tunangan orang ni, timbul hal yang saya rasa sangat tak suka. Antaranya bila sebab status ni ada lah pula kawan yang cuba menjauhkan diri. Masa mula mula saya bagitau status, ada yang terus pangkah saya. "saya tak boleh nak kawan dengan kamu lagi. Sebab kamu dah ada tunang. "

Menyampahnya saya sebab saya rasa sangat tak patut sebab status ni saya perlu dijauhi.

Kemudian adalah pula. Bila plan sesuatu, masa tu mula la letak saya ditepi. Saya diasingkan. Ya lahh, tak.boleh ajak la apa la sebab status saya tu. Saya sangat hairan lah, kekadang rasa cam terhina pun ada tau, ye lah, pasai status ni, semua dah tak macam dulu.

kenapa ya kenapa? Saya sangat tak suka lah. . . .

Ada yang kata kan, darah manis ni cepat cemburu. Betulkah? Kenapa saya yang tak ada perasaan apa apa ya? Tak ada lah pula saya terasa apa apa sebab hal hal macam ni. Cemburu tu mungkin perlu. Tapi bila ada skali penyakit buta kat belakang tu, pasti jadi teruk.

Saya selalu pesan pada dia. Waktu saya mula.ingin jadi milik.kamu, saya kepunyaan sedunia, janganlah bila saya da mula hampir dimiliki, saya dikongkong untuk hanya jadi milik kamu saja. Jangan risau tentang pilihan. Sudahpun saya buat iaitu kamu, jadi tak perlu wujud rasa tak penting tu. Jadi lepaskan saya dengan dunia kamu dan kamu juga saya bebaskan sebaiknya, saya tak risau sebab pilihan saya ni pilihan ALLAH.

Saya yakin saya takkan dikecewakan.
Published with Blogger-droid v1.6.9

11 comments:

لين Si Pipi Merah said...

assalammualaikum sahabat. doakan sahabat dari kejauhan :) berjaya dunia akhirat, semoga menjadi keluarga sakinah warahmah mawaddah& zaujatan solihah ;)

cc: kiera sakura :D

Z@i Z@mR33 said...

kesian...

maybe org tkut si dia cemburu tu yg xmau ajak tkut jd isu plak...

aizamia3 said...

adakala terpaksa diketepikan takut adanya unsur fitnah/mengata sedangkan kita yakin kita tak melakukan sesuatu yang tak elok tapi itulah lumrah kehidupan.. nanti bila dah kahwin situasi tu akan jadi lain pulak.. ;)

kiera'sakura said...

sy jadi tunang org jugak. tp Alhamdulilah xde sape yg sisihkan sy. siap sibok countdown sama hari nikah sy nt hahahahaha :p

Iffah Afeefah said...

mungkin org tu tak selesa

lagi2 berlainan jantina

bile da ade komitmen rase lain tu akn ade walau kite tolak cmne pon. sbb kite knl die sbagai single

lainla kite da knl die memang da kwen heeee

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

err awak kecik ati ngan akak?

tunang yg juga isteri adik angkat akak cemburukan akak dgn tunangnya dulu.last2 mestilah dia nk jg hati pasangannya kan?

terdetik gak, adakah lps dpt adik sorang ni perkara sama akan berlaku. berkali2 tny pd diri adakah adik ipar nnt akan cemburu pd akak dia ni.rasanya akak tak perlu risau lg

Rozuan Ismail said...

saya tetap kawan kamu walau kamu dah tunang.hikhik

aDisH.sHidA said...

x mau la kami tepon or sms nadh..dia kan dah bertunang..hahahaha..saja kami wat ayat mcm tu kat naim,.last2 dek nasz la yg sms abg nadh dia..hahahaaa

Hanif Idrus said...

Ini mesti rakan berlainan jantina kan..
Kalau lelaki rasanya akan buat perkara ini sebab kami lelaki hormati tunangan orang ..heheheheheh

boni kacak said...

aku pulak yang rasa takut nak beristeri ni... adeh

Sunah Sakura said...

awak semakin bizi sekarang ni...mana kad? da patut keluar kad da ni...

Buta+Pekak+Bisu=CINTA