Followers

Tuesday, 30 October 2012

Kisah hari ini.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Apa khabar readers sekalian? Berhari saya tidak sempat berentry kan? Siangnya tak sempat kerana batasan kerja, jadinya malam jadi masa untuk saya berkata kata melalui medan entry ni.

Apa yang nak dikongsikan kejadian seharian hari ni. Tak ada apa, tapi rasanya banyak sangat apa yang ALLAH sedang cuba sampaikan pada saya sendiri. Sebagai contoh, tadi sebelum pulang, saya sedang dalam usaha hendak berjumpa boss, tapi tak sangka, tindak tanduk diperhatikan seseorang. Lepas tu saya mendekatinya dan berbual dengannya sampai boss masuk ke dalam biliknya.

Selesai berbual dan berurusan, disebabkan sebelum itu saya minta diri untuk berurusan, saya kembali berbual menyambung kembali topik yang terhenti seketika tadi. Yang dibualkan, akan saya kongsikan sekejap lagi, apa yang pada saya besar benar maknanya, dan wajar diambil perhatian oleh kita semua.

Kawan kongsikan tadi, dia seorang yang bekerja, kemudian dia cerita lah perihal anak yang degil dan menjawab. Sampai satu masa tu dia marahkan anak nya. Tahu apa jawab anaknya? Anaknya itu baru sekolah tadika tak silap saya.

"Asal balik ja marah, asal balik ja marah. "

Dengar kata kata anak dia tu. Terkedu dia. Dan titik masa itu adalah masa perubahan fikiran dia. Dia tersedar apa yang anak dia katakan itu. Tersedar yang betapa sikitnya masa yang dia ada bersama anaknya itu, kerana sibuk dengan urusan hariannya, dari tugasan di office, hinggalah tugasan tambahan yakni kerja sebagai agent insurans hinggakan masa bersama anak sangat sedikit. ya lah, pulang pada jam 8 ke 9 malam, waktu tidur anak pun pukul 10 - 11 malam. Berapa jam sangat kan yang ada?

Apa yang keluar dari mulut anak menyedarkan dia.
"Aku dah keluar kerja seharian, masa bersama anak pun tak banyak, takkan aku nak bazirkan masa dengan memarahi mereka? kan bagus jika digunakan untuk berbual bual dengan mereka, mengeratkan hubungan, menggunakan sewajarnya untuk ambil balik hati anak anak? "

Sejak hari tu dia kurang marah anak anak dia. Dia tak marah walau anak dapat result kurang. asalkan dia nampak mereka usaha.

Pengajaran buat kita sebenarnya, adakah apa yang kita praktikkan sekarang itu betul atau salah? Dan bukankah perhatian itu merupakan langkah awal kepada satu kejayaan? Sepertimana perhatian ALLAH pada kita, jika kita adalah hambanya yang taat? Dan kejayaan awal itu merupakan kejayaan dan ketenangan juga kebahagiaan diatas dunia yang pastinya jika benar jalannya membawa kepada kejayaan di akhirat yang kekal abadi?

Dan saya nak juga kongsikan apa yang ALLAH beri pada saya hari ni selain pengalaman berharga dari seorang bergelar kakak. Iaitu kemudahan yang ALLAH kirimkan sekali kepada saya petang tadi. Saya gunakan masa balik awal saya untuk berbual dengan seorang kakak, saya dapat pengalaman, dapat nasihat percuma, amanat amanat yang wajar saya ambil berat dan kemudiannya ALLAH kirimkan pula pada saya kemudahan lain, saya baca sebab saya teruskan berbual tadi, kalau saya terus pulang kan nampak sangat tak manis di mata , balasannya, saya pulang di masa hujan dah berhenti, hujan yang saya sendiri tak sedar tadi. Indah kan?

Subhanallah. Kuasa ALLAH. Alhamdulillah. Tanda syukur kepadanya. Astagfirullah hal azim, moga kita diampunkan ALLAH.

2 comments:

kiera'sakura said...

betol la tue.. kadang apa yang jadi kat anak permulaan dari kesilapan diri kita. itu yang saya selalu ingatkan kt family besar saya

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

kadang2 kita mau yg terbaik dari anak smpi lupa mereka dah usaha sebaik bagus sebenarnya. kita lupa setelah berusaha itu semua kerja Allah. kita sgt lalai dlm bab qada' qatar...huhu

Buta+Pekak+Bisu=CINTA