Followers

Thursday, 18 October 2012

Sedikit VS Banyak

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Duhhh. Akhirnya baru berkesempatan menaip. Padahal tadi saya dah pun ada depan lappy nak menaip, pastu skali kawan datang panggil tadi. Hurmmm. memandangkan tadi idea lain, dan sekarang keluar idea lain, rasanya malam ni biarlah saya kongsi tentang "sedikit yang menguntungkan dari banyak yang akhirnya menjerat."

Sebenarnya tadi berjumpa tok guru saya dalam bidang trading ni. Dia yang memperkenalkan trading kepada saya. Dan perjumpaan tadi lebih kepada perjumpaan biasa dan seperti biasa la kan, bila dah jumpa, menda yang satu , iaitu minat dalam bidang ni turut jadi hal perbualan. Yang lawaknya dia ada cerita dekat saya, ada anak murid dia tu boleh untung tapi dia yang rugi. Rupanya dia dah tersilap pakai senjata. huhu. kesian kan. Dan satu lagi, saya akan cuba la sedaya upaya jadi anak murid yang baik dengan belajar sebanyaknya sebelum benar benar bersiap sedia masuk dalam dunia live trading.

Haa. sambng balik kisah tadi. Kami ni sebenarnya ada akaun live dah sekarang, tapi kan, dengan amaun yang kecil la. Dan sekarang akaun tu pun dah tak guna lagi sebab kami masing masing pun dah rugi sampai tak boleh nak trade lagi dah. Itulah kisahnya bila nak yang besar tu. Dan sebenarnya bukan atas sebab besar sahaja ya, tapi sebab membaca hal yang akan jadi kemudian, tapi lain yang jadi, dia dah mainkan kami. hihi..

Last sekali, sama sama buat keputusan, mulai sekarang kami nak cuba dengan kecil, dan usaha besarkan, bukan mula dengan target besar lagi. Sebab katanya masa dlu masa dia baru hendak bermula, dia berjaya jadikan 1000 kepada 1800 dalam masa seminggu dengan bermain kecil. Pokoknya itulah, kecil kekadang mendatangkan hasil dari besar yang menjerat. Benar bukan?

Orang tua tua selalu kata,
"kecil kecil lama lama jadi bukit."

3 comments:

Iffah Afeefah said...

jd jangan pernah berhenti mengumpul y kecil itu

boni kacak said...

wah..macam menarik je tu...

kiera'sakura said...

jgn tergopoh gapah dlm mengejar yang besar smpi terlupa yang kecik tue la nanti yg akan jadi besar :)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA