Followers

Wednesday, 6 March 2013

Hari ini.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semenjak dua menjak ni, semenjak dah bizi teruk macam ni, susahnya nak balik awal lagi. Semalam, legend la, paling lewat, hampir 10 baru saya pulang. Sampai depan rumah, Mama dah cekak pinggang, dia risau tu, anak teruna dia lambat balik. dah la tu, tak SMS gtau plak tu. Dah saya kena bebel. Padan la juga muka tu sebab tak beritahu awal dekat Mama.

Itu roadblock kedua la. Yang pertama masa di kilang tadi. Isteri tanya, asal abang tak balik lagi?

saya macam biasa la, tak ada jawapan lain lagi sebenarnya, "banyak kerja sangat".Isteri tunggu saya dari tadi. Kesiannya kat dia. Saya tahu, hari ni saya terabaikan dia buat seketika sebab saya dari pagi , sampai petang bertimbun tanggungjawab yang kena diselesaikan. Tapi dalam saya kata abaikan tu pn, saya curi curi juga masa . (saya tak perfect, tapi cuba juga nak beri dia sesuatu, saya taknak dia rasa sedih. )

Saya tak mampu nak tolerate sangat la bab kehidupan buat sementara ni. Sebab saya perlu selesaikan bab kerjaya dahulu. Dan alhamdulillah, setelah hampir setengah tahun saya berusaha, akhirnya hari ni, keluar juga sesuatu yang bagi saya ibarat isyarat awal mengesahkan saya sebagai seseorang yang in charge untuk beberapa projek ni. Happy juga sebenarnya, macam biasa la saya, bagi yang kenal, tahu lah saya bila buat satu perkara tu saya akan letakkan target untuk dicapai, dan alhamdulilah, cepat dari yang saya jangkakan, saya capai juga ia.

Macam tadi, senior saya tegur, kata dia, "saya akui, you ni cepat belajar", katanya pada saya. Saya pangkah apa yang dikatakan tu, jawab saya, "mana mungkin, tok guru mesti la ada satu level yang lebih tinggi dari anak muridnya". Dia kata, "melayu tak ada kah peribahasa yang seakan akan maksud, murid lebih lagi dari gurunya?" tanya dia. Saya jawab, tak ada lah. Dia tambah, Cina ada peribahasa macam tu. 

Tapi bila bab susunan tugasan, anda mesti gelak kalau tengok atas meja saya. Kertas kertas terpakai yang saya gunakan untuk jadi guideline tugasan yang perlu saya selesaikan. Bila dah selesai dalam tu saya akan tick kan kat sana, bermakna saya dah selesaikannya.

Apa lagi yang boleh dikatakan? memang ia banyak sungguh. Sampaikan tak terkejar saya. Dalam fikiran saya, tiap kali pulang adalah, berehat. Perjalanan esok saya mulakan dengan mengatur apa yang saya nak buat untuk hari esok.

Dan semestinya la kita takkan dapat buat apa yang kita plankan, jika ada perkara lain yang muncul in between, saya selalu macam tu. Risau juga sebenarnya , ada menda yang dah hampir seminggu saya delay, reason dia sebab saya kena tunggu orang untuk bantu saya buat menda tu. Sekarang ni, cam mana pun perlu juga selesaikan dia hari esok. Atau saya akan bermasalah teruk minggu depan.

Doakan saya ya?

1 comment:

kiera'sakura said...

heeeee :D mekasih sebab usaha adakan masa tuk baby dengan ummi. baby nie ha sibuk cari abi. tapi ummi gitau la mlm nie abi tak blh layan kita mcm selalu, bagi abi rehat dia penat. dan baby pun tertido dengan ummi. pg nie semangat bangun sebab nak balik jmpe abi ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA