Followers

Monday, 4 March 2013

SMS TERAKHIR SEORANG SYUHADA VAT69

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

SMS TERAKHIR SEORANG SYUHADA VAT69 YANG TERKORBAN DI LAHAD DATU...


Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna..

Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah..

Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara..

Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia..

Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya.. 

 Sebak baca kiriman SMS dari dia. sedihnya sangat mencengkam diri. Buat Isteri, buat anak anak, buat Mak dan ayah, buat Ibu dan ayah mertua, buat kita para penduduk Malaysia. 
 
Kirimkan doa kita buat mereka ya. Berjuang untuk negara.  Moga ALLAH mudahkan semuanya. Amin~~

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA