Followers

Wednesday, 13 March 2013

Langgar ja

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Alhhamdulillah, baru sampai rumah. Seharian ada di luar. selesaikan tanggungjawab kerja saya. Hari ni sahaja, dari pagi sampai ke petang, ada di luar. Jadinya bila pulang ke kilang, banyak kerja yang saya perlu selesaikan. Bayangkan, apa yang pending pending tu yang sepatutnya siap dari awal dah bertangguh, jadinya kena juga diselesaikan.

Masa di office, tengok semua orang da tak ada, saya luangkan masa sedikit ambil hati ummi. orang tu dah nak lena pun, tapi saya pinjam dia sekejap dan berbual dengan dia. Tak sedar pun berbual , rasa macam sekejap sahaja, rupanya dah setengah jam. Ummi tanya saya tadi, awak nak balik pukul 10 kah? baru saya tengok jam, subhanaALLAH, dah 10. terkejut pula rasa. Terus siapkan mana yang tinggal terus tutup semua dah berganjak pulang dari office.

Overall, perjalanan hidup sedikit packed. tapi saya enjoy, walaupun banyak yang menyerang kebelakangan ini, tapi itulah hidup kan? ini saya rasa adalah ujian ujian yang pastinya mematangkan saya yang baru nak bertapak dalam industri ni. Saya dapat banyak pelajaran bila saya kena macam ni.

Bak kata senior saya, "langgar ja, bila you dah sakit baru you akan ingat". Saya cuba aplikasikan apa yang dikongsi itu untuk saya belajar. Dan saya akui, saya sedikit lambat nak pickup dalam sesetengah hal, terutamanya bila saya tengah di ambang buat sesuatu, saya pasti akan missed out sesuatu juga. Dan missed out tu bermakna saya kan disusahkan oleh perancangan saya sendiri nanti.

Sekarang, apa yang boleh dibuat adalah, perancangan kena lebih rapi dari apa yang saya buat sekarang. Kalau tidak, habis !


P/s : Ummi tanya tadi, dok kerja ja, ntah ingat ke tak ingat kat dia. Sapa lah tak ingat kat isteri weh? buah ati saya tu.. :)

1 comment:

kiera'sakura said...

hihihi :)

abi kuat bekerja, baby pun kuat jugak kerjakan ummi dari dalam nie ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA