Followers

Wednesday, 20 March 2013

Penutup 19-Mar-2013

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

hampir sampai 12. penutup untuk 19-Mar-2013. Hari Selasa . Sebelum menutup mata. saya cuma berkongsi apa yang saya rasa .  

Setiap hari, saat dan ketikanya kita membuat keputusan. Kekadang keputusan itu adalah keputusan yang kita rasakan susah, tapi jika tidak dibuat, hampir pasti menyekat kita dalam keadaan lain yang kita tak jangkakan.  

seperti contoh, kita lapar. tapi kita tak makan. kita halang diri kita dari makan. bukan mogok na, tapi saja taknak makan. kita wat keputusan tak mahu makan. sebab kita tahu, kita mampu tahan dari tak makan tak silap sampai seminggu, adi kita nak buat. test diri kita yang konon kebal sangat ni. akhirnya perut masuk angin, kita sakit, kita dapat gastrik. siapa yang susah? diri kita sendiri.  

sama juga dengan apa yang berlaku sekarang. kita konon rasa kita boleh. masih boleh bertahan, tapi dalam masa sama , yang bertahan kita rasa tu sedang merosakkan kita, jadi kenapa perlu kita tunggu untuk ubah? ohh ya kita takut nanti kita buat keslapan lepas tu kita kena balik. tu pun sebab kita disogokkan dengan slogan anti mereka tu. sedangkan mereka buat semua tu kita pn nampak kan? hanya menahan diri mereka dari jatuh.  

kita relate dengan kehidupan kita. ALLAH dan kita. setiap hari kita hidup. berbekalkan dengan ehsan ALLAH. dia bagi kita udara, dia bagi kita air, dia tulis siap dah kat kita, rezeki kita. pendek kata, tak ada apa pun yang ALLAH saja nak letak kurang dalam hidup kita, semuanya dia bagi cukup dah. malah dia dah set dekat tubuh kita, yang jantung kita ni akan sentiasa mengepam darah untuk seluruh tubuh kita. itu ALLAH. kita tau semua tu, yakin dia akan bagi kita semua tu.  

tapi bila diambil untuk realiti kehidupan kita, kita sebenarnya takut untuk tu. takut kalau kita buat kputusan macam tu, nanti hidup kita susah. takut kita tu ibarat macam hidup kita ini, adalah limpah kurnia dari mereka, bukan ALLAH . sedang yang patut kita takut adalah ALLAH. cer bayangkan ALLAH simpan sekejap ja udara tu , tak kasi kat kita satu Malaysia. reason : sebab kita ingkar satu arahan dia iaitu menutup aurat. agak agak la hidup lagi dak kita? Tapi ALLAH tak buat macam tu, ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia tak buat macam tu. 

Habis tu napa kita takut kat manusia? Sedang syaitan yang dah terang terang dilaknat tu pn ALLAH makbulkan permintaan nya nak panjang umur untuk menyesatkan manusia hingga kiamat, takkanlah kita yang berdoa, yang meminta dengan hati yang ikhlas ni ALLAH tak bagi?  realiti kehidupan. adakah kita lebih takutkan manusia dari ALLAH? 

 Mari bersama sama kita berdoa. ALLAH berikan tempat itu pada orang orang yang benar benar beriman pada ALLAH.  

 Ampunkan saya andai salah dan silap. Selamat malam. Assalamualaikum.

1 comment:

Nurzakiah Hanum said...

salam
singgah pagi baca entry sis

Buta+Pekak+Bisu=CINTA