Followers

Thursday, 7 March 2013

Kerinduan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca .

Kerinduan.

Semalam Ummi SMS, kata Ummi, perutnya tak sedap la. Saya tanya la, kenapa? ummi silap makan ya? Then Ummi bagitahu, boleh jadi juga. Saya syak Ummi terlepas waktu makan pada mulanya, jadi atas sebab itu perut masuk angin, tapi rpanya tidak.

Alih alih Ummi SMS, "Rasanya anak abi dalam perut ni ha, rindu nak jumpa Abi la tu. "
Trus saya jawab, "haa, sudah, jangan ingat kata macam tu Abi bagi balik na."
Ummi diam. Terus saya sambung, "bagitahu kat Baby, baby kalau rindu kat Abi, baby kena sabar, esk kan dah Rabu, dah nak dekat Khamis, Khamis Baby balik la jumpa Abi. Ingat tau Baby, jangan susahkan Ummi, cian Ummi tu, dia bukan sihat sangat "

Jawapan saya panjang, saya tahu Ummi mesti dapat terima. 

Hari selasa kemarin, isteri ada minta izin saya untuk pulang ke rumah. Saya terus sahaja jawab tidak, tanpa berfikir panjang. Saya dapat dengar suara dia dah lain, saya tahu dia memang terasa sebab saya menidakkan permintaan dia tu. Tapi saya abaikan apa yang dia rasa tu. Terus sahaja saya beritahu, saya tak mahu.

Sama juga. Siapa tak merindukan insan yang sentiasa ada waktu kita berduka lara ni. Insan yang ALLAH takdirkan menjadi peneman kita sampai bila bila. Insan yang dihadiahkan buat kita sebagai penyejuk mata, penawar di hati ni?

Tapi kita tak boleh juga nak pentingkan diri kan? Dia, bukan sihat sangat, kita tak boleh sebab kita rasa kita rindu, kita suruh dia balik. Atau, sebaliknya, dia yang rindu , dia nak balik, kita benarkan dengan sewenangnya. Ada masa perlu Ya, ada masa perlu Tidak dalam memberi jawapan. 

Lagipun, rindu rindu yang terkumpul tu, lama lama makin dekat makin erat makin rapat tersimpan dalam hati kan? Tunggu masa meluahkan. ALLAH, pelihara lah mereka berdua. Amin Yarabbal Alamin.

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

amin

Cik Puan Rara said...

Amin.hidup PJJ ni mmg perit.tambah lg bila mengandung.mmg terasa sgt,.

kiera'sakura said...

moga Allah pelihara abi jugak amin ;)

:: Mrs.Eady :: said...

amin..

aDisH.sHidA said...

Ummi saja buat alasan baby rindu abi kan..hehehe..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA