Followers

Tuesday, 12 March 2013

Stressful

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru pulang. tadi lepas kerja, balik kejap , lepas tu bersiap, teman mama makan nasi, kemudian keluar lagi jumpa kekawan. Hari ni ada mini-gath KBU dekat Perda. Lama saya tak jumpa kawan kawan tu. Sorang abang kachak yang saya hormat, abang yang luas pengetahuannya, kekadang buat saya rasa jeles, ya lah, banyaknya yang dia tahu dan saya ketinggalan. Ya saya hormat abam. 

keduanya, seorang guru. seorang pelajar pintar yang dahulunya saya terdiam bila bertemu dengan dia. Kata kata seorang psychologist tu, buat saya kagum benar dengan dia. Seorang yang anti kawan alam maya dahulu, tetapi kini, dia ada ramai kawan alam maya yang rapat dengannya.

Yang terakhir, adik saya. Adk saya yang kerja jauh di selatan tanah air ni. Seorang yang saya sifatkan sebagai sangat independent, dan berani. Sebab berani berjauh sampai di selatan demi mengaut ilmu ilmu alam pekerjaan yang dahulunya tak difikirkan akan bersamanya. Yang paling saya suka adalah keberanian dia, redah alam pekerjaan yang majoriti dalam bidang nya. 

Lama berbual sampai 11 lebih malam. Kalau tak mengenangkan ada wanita, rasanya mungkin dilewatkan lagi perbualan kami malam ni, tapi memandangkan ada wanita, kami putuskan untuk bersurai, menanti andai ada masa nanti, kita berjumpa lagi. Ya kami pilih hari siang, agar lebih banyak yang bisa dibualkan. 

Perbualan kami bermula dengan masing masing bercerita bab kerjaya. Saya sedikit terkejut bagaimana ketiganya persoalkan kerjaya saya ketika ini, tanya mereka dah balik lambat la apa la, bz la, apa kerja saya sekarang, saya bercerita tentang kerja saya. Kerja saya, rasa saya bila saya cerita ja orang mesti gelak. Macam ni punya senang pun tak boleh setel ka? 

Sebenarnya terus terang saya katakan, hari ni rasa stress betul. Banyak yang menyerang saya tadi. dari satu ke satu ke satu. Aduh saya rasa lemah betul hari ni,. Selalunya saya kuat sangat semangat, tapi hari ni rasa terduduk, terjelepuk seketika bila di serang bertubi tubi hari ni. Walaubagaimanapun, syukur juga saya ucapkan pada ALLAH kerana mengirimkan pasukan yang menyokong saya, pasukan yang cuba membantu saa menyelesaikan permasalahan saya tadi. Masing masing cuba untuk membantu dalam kadar yang mereka bantu. Seronok juga bila melihat ada orang marah kerana tak puas hati ada pihak yang cuba nak 'membuli' kata mereka. 

Apapum, saya yakin, sudah bermula cabaran besar saya dalam menggapai apa yang saya mahu capai di sini. ianya tidak semudah berkata kata, ianya tak senang seperti mana kita mahukan, ianya perlukan cabaran dan dugaan untuk memataangkan kita dlaam menghadapinya. Dan saya pasti, selagi mana saya kuat, saya pasti akan dapat hadapinya. 

Takkan la macam ni saja saya dah jatuh? tak mungkin !

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

hadapi selagi termampu k

kiera'sakura said...

ye cabaran yang akan menguatkan lagi abi bukan je untuk hari esok tapi hingga ke masa depan.

semalam opah kata "kalau takde cabaran dalam hidup kita pun takkan rasa best nak kerja nak hidup, mesti rasa bosan je bila terlalu senang hidup kita nie" :)

H Y D E said...

luas pengetahuan? tidaklah luas seperti abam nadh begitu.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA