Followers

Wednesday, 2 October 2013

Ianya hanya pinjaman.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Baru sebentar tadi saya dan isteri tengok satu cerita tu, walau dari jauh tapi dalam masa sama tu WeChat tak benti dari awal cerita. (hari ni WeChat kau, sebelum ni, SMS tak benti, sama juga la tu kan?)

Dalam cerita yang kami tengok tu, hari ini mengenai satu pasangan yang belum mampu melepaskan. Si suami yang ada isteri menguruskan segala galanya, dan si isteri yang pergi tanpa sempat diucapkan selamat tinggal. Dari cerita ini, si suami yang terlalu cintakan isterinya, setiap hari akan pergi 'melawat' isterinya. Berharap agar isteri akan 'bangun' dan kembali padanya.

Sedang si iseri setiap hari memerhatikan suaminya dari jauh. hinggalah satu hari berjumpa peluang, untuk dia kembali ke pangkuan isteri, walau perlu 'mencuri' dia sanggup berbuat demikian. Namun, nasib baik isteri bukan seorang yang bercita cita untuk 'tinggal', tapi kehadiran kembali digunakan untuk dia sampaikan pesanan kepada si suami yang penuh kecintaan tu. 

Dalam masa sama, tengok cerita ni, ada terlepas satu msg ni masuk dalam telefon. 
"Kita orang Islam kan, mesti kita terima qada'dan qadar kalau salah sorang antara kita jadi pape kan?" 

Benar kan apa yang kami bualkan tu. Walau sedaya mana kita menyayangi seseorang, sehebat mana rasa cinta kita pada dia, kita perlu sedar yang ianya hanyalah sebuah 'pinjaman' untuk kita, dan kita kena jadikan 'pinjaman' yang kita dapat tu seboleh bolehnya pinjaman yang dapat kita manfaatkan untuk simpanan amal kita sebanyak banyaknya sebelum tiba masa kita kembali kepadanya nanti. 

Masing masing sedar dan mungkin ada sedikit rasa terkedu bila keluar menda macam tu kan, tapi kami pun percaya, walau kata satu masa dedua akan berpisah, tapi dengan amal yang dikumpul, moga moga satu masa nanti disatukan kembali, di kehidupan abadi. 

Semoga ALLAH permudahkan. 

Amin.

2 comments:

aizamia3 said...

Lepaskanlah dia pergi.. dalam masa yang sama jangan menyeksa diri.. hidup mesti diteruskan. Memang terasa pedihnya hati tapi kita kena belajar menerima apa yang telah tersurat untuk kita.

Allah itu Maha Adil.. diambil yang itu, akan datang pasti ada sesuatu yang lebih bahagia menanti. ;)

kiera'sakura said...

Ummi nak jadi bidadari abi bukan je didunia tp smpi akhirat sana, tp kt akhirat nak upgrade lagi jadi ketua bidadari abi, insyaAllah. Doakan ummi ye

Buta+Pekak+Bisu=CINTA