Followers

Thursday, 24 October 2013

Rumah.

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Petang tadi saya dapat call dari seorang agen menjual rumah. Ceritanya semalam saya ada tanya kat dia tentang satu rumah yang saya rasa cam agak berkenan juga. hari ni baru dia call saya. saya layankan juga. cuma nak share apa yang agak merisaukan juga la tentang rumah ni.

Saya sesaja tanya dia macam mana caranya nak dapat kan rumah tu. dan apa yang dia share dengan saya macam merisaukan ja. Dipendekkan cerita, untuk sesuatu yang berharga 130k, sekurang kurangnya saya kena sediakan dah dalam 20k dipermulaan ni. Telan liur sekejap tadi. Saya beritahu kepada isteri. Telan liur juga dia. hihihi.

Mengejutkan kan? tu baru 130k. Boleh bayang tak untuk sesuatu yang lebih besar? Bagaimana agaknya kan?

Itulah realiti di masa kini.

Harga rumah tu dah satu, bayangkan tak nak kena 'tahan' dengan bank pula selama berpuluh tahun. membayar satu rumah samalah macam beli dua secara cash. saya tak nafikan bank berperanan membantu, tapi itulah realiti dunia. sebenarnya mereka sedang menindas para pembeli. Dahsyat kan?

Saya selalu ingatkan isteri saya, doakan saya. kita takkan terikat dengan bank lagi selepas ini.

Noktah.

4 comments:

zulhilmi tempoyak said...

klu gaji biasa bg fresh grad apa mmg merisaukan gila.. huhuhu

aizamia3 said...

tiadanya kawalan buat harga rumah melambung tinggi.. harga rumah pinggir bandar pun dah semakin mahal.. kena cari lagi jauh dari pinggir bandar :(

Nurzakiah Hanum said...

salam jumaat

juicy X said...

Kami dulu pon telan lioq. bila suami ckp nak beli rumah tu koman2 kna ada 10k. heran.bila tnya knapa mhl sgt, dia cerita kos tu kos ni mmg telan lioq

Buta+Pekak+Bisu=CINTA