Followers

Wednesday, 10 August 2011

Ramadhan oh Ramdhan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Pada yang membaca, Nadh nak kongsikan sesuatu dengan anda pagi ini. 

Sabda Nabi SAW: "Apabila tibanya Ramadan, dibuka pintu langit dan ditutup pintu neraka serta syaitan dibelenggu pada bulan itu." (Hadis sahih).

Dari hadis di atas, apa yang boleh kita fahami adalah, bila tibanya Ramadhan, diberikan kita seluas-luas kebaikan. ALLAH membuka seluas-luas pintu Syurga (iaitu pintu taubat) untuk kita menyucikan jiwa.

"Sesiapa berpuasa dengan penuh keimanan dan kesungguhan akan mendapat keampunan dari segala kesalahan dilakukan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Malah ALLAH juga sebutkan bahawa yang di bulan Ramadhan ini juga digandakan pahala amalan kita. Bukan itu sahaja, bulan dimakbulkan doa-doa juga.

"Apabila hambaku berdoa, maka aku amat hampir kepadanya." (Surah al-Baqarah, ayat 186).


Dan ALLAH juga menutup pintu Neraka dan Syaitan dibelenggu. 
- Dijauhkan kita dari "tukang kipas" tu selama sebulan. ALLAH ikat dia dalam neraka, 
- ALLAH jauhkan kita dari dia. 
- ALLAH beri kita sebulan untuk tempoh kita betulkan diri kita.
- Syaitan dah tak ada, kalau kata masih berbuat perbuatan dosa, tak bleh berhenti, bermaksud diri dah terbiasa dengan perbuatan dosa tu (nauzubillah). Jadi ambillah peluang untuk berubah sekarang, sementara peluang masih ada.


Menunjukkan ALLAH dah beri kita PELUANG untuk MEMPERBAIKI diri selama sebulan. Apa lagi? Ambil la peluang. Tinggal lagi 20 hari ni. Kalau kita meninggalkan Ramadhan tanpa sebarang perubahan, maka rugilah diri kita. Dia hanya datang sebulan dalam setahun. Tahun yang akan datang belum tentu kita masih ada kan? Lekas, manthopkan usaha, kuatkan azam. 

Kita buat, kita dapat. ;)

7 comments:

kiera'sakura said...

yup..ramdhan taun depan blm tentu kita ada lg...

bersama kak Es said...

sekejapnya dah berlalu 10 hari kannn.. moga masih banyak peluang utk kita perbaiki diri

iphotoshoot said...

http://iphotoshoot2u.blogspot.com jmput follow sy semula..hihihi

Iffah Afeefah said...

kite malas kite y rugi

fRaMe+LenSeS said...

Kiera :: itulah.

Kak Es :: arap2 kita berjaya. amin. ;)

Iffah :: malas rugi lah.. kan?

Suhaili Sarif said...

nadh jom sucikan roh :)

fRaMe+LenSeS said...

Elly :: jum3.. ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA