Followers

Showing posts with label me story. Show all posts
Showing posts with label me story. Show all posts

Sunday, 5 June 2011

Nadh dah tenang, maceh sahabat semua

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.

Nadh mencoret sesuatu lagi. Kali ni nak update hat yang tadi kes NI.
Sekarang ni dok melayan lagu ni plak. Huu.. (Mood : tacing la sangat kan.. hhiihi)
Cumanya bila teringat akan kerinduan tu, mesti tingat lagu ni.
Kes ni sedikit menguji Nadh sebab tadi yang ilang adalah termasuklah dalam KUNCI MOTO + RUMAH and yang sedikit lagi mengguris ati adalah kehilangan empom Ayah yang Nadh pakai. huu.. Walaupun tu empom murah kan, tapi terasa jugak la, sebab tu dari Ayah kan. T.T



Apa pun yang ALLAH sedang aturkan buat Nadh, Nadh takkan lemah, Nadh menerima dengan hati terbuka sebagai ujian kecil buat hamba ALLAH sorang ni. Walau bertepek-tepek kan, tapi Nadh yakin, DIA nak uji sejauh mana Nadh bertahan dengan apa yang dia bagi kan?

“Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya….” (Al-Baqarah : 286)

Bermaksud, Nadh mampu la ni, sebab tu DIA bagi-bagi dan bagi lagi. Nadh redha, n syukur sebab DIA menguji Nadh. Tanda kasihnya DIA pada Nadh. Syukur alhamdulillah.. Apapun ini masanya dah tiba....


Ku masih merindui mu
Walau tidak dijodohkan
Suratan takdir telah menentukannya
Ku masih menyintaimu
Hingga keakhir hayatku
Biar ku simpan perasaan ini kasih
Izinku membawa diri
Oh bayu sampaikan salam perpisahan oh dariku
Bukan buat kekasih ya, Tapi buat arwah barang-barang Nadh tu. :)

P/s :: Amacam? Layan eskrim sambil dengaQ lagu pn menarik kan? lalalalalalalala~~

Mahu bersyukur : sebab hari ni bukan ipong n e72 yang ditinggalkan dalam beg (walau keduanya dah nak abeh bateri). Sebab bukan wallet yang ditinggalkan dalam beg. Sebab masih ada sahabat yang sanggup bersusah payah datang hantarkan kunci rumah untuk Nadh masuk rumah. Syukur sebab masih punya kekuatan untuk berjalan sampai ke Kepsi seberang jalan untuk makan. Syukur alhamdulillah.. "Bersama kesulitan itu ada kemudahan". Yakin ALLAH Maha Tahu apa dirancangkan buat Nadh. Alhamdulillah. Redha.. :)



Saturday, 28 May 2011

Hari Pertama Kuliah Pertama Sem baru 2011/2012

Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Hari ni hari pertama kuliah Nadh. Permulaan yang agak lawak jugak tadi mulanya, Nadh sampai dalam pukul 2. Lepas tu, Nadh naik atas, tingkat 13A, lepas tu tak bertemu kelas. Jumpa kawan-kawan, tapi subjek yang depa amek tu, bukan subjek yang patut Nadh balik. Depa kata subjek Nadh minggu depan baru ada. Nadh tinggalkan depa, n Nadh turun bawah.

Sampai kebawah, Nadh tengok balik jadual, memang ada kelas tu, Nadh naik atas balik. Lepas tu dah naik atas, memikirkan nak masuk kelas mana. (ceritanya, Nadh tak daftar online sebab tak sempat hari tu, jadi Nadh terpaksa buat manual semua tu, jadi kena paksa-rela pujuk lecturer terima Nadh). Dah sampai kat atas, Nadh jumpa sorang akak tu, Kak Mas nama dia, dia tanya Nadh. 
"Adik kelas apa?" 

Nadh : kelas Etnik kak, Kak plak? 
Kak Mas : Sama la kita, tapi kak nak insert ni.
Nadh : ehh. sama la kita kak.

Then lalu sorang lecturer tu, nama dia Encik Mokhtar, dia kenai akak ni, akak ni kata nak duk kat kelas dia, tapi dia kata kena tanya dulu dekat penyelaras kursus. Jadi Nadh n akak ni pun berjalan-jalan cari penyelaras kursus ni. 

Sampai kat satu kelas tu, Nadh suruh la akak ni tanya. Nadh kata Nadh segan. Dia plak suruh Nadh. lepas tu tanya, Lecturer tu kata dia bukan penyelaras. Penyelaras ada dekat kelas sebelah. 

Nadh ketuk pintu dan tanya. Nadh bagi salam n tanya. lepas tu dia tanya, 
"kenapa kamu nak masuk kelas saya? kelas saya dah ramai dah ni.. "

Lepas tu dia macam susah hati plak Nadh tengok, Nadh pun cakap, 
"ehh Puan, saya nak masuk kelas Encik Mokhtar leh tak Puan? tadi saya dah tanya dia, dia kata sebelum masuk kelas dia kena tanya Puan dulu. "

Puan tu pun cakap, okeh la macam tu, kamu pergi tanya enchik Mokhtar dulu, kalau dia tak terima kamu baru kamu datang dekat saya. Nadh pun ucap terima kasih dan mintak diri. (dengan penuh sopan santun lemah lembut, ahahahaha. : )

Kemudian dah dia bagi kebenaran kan, masuk la kelas Encik Mokhtar tu. Nadh tadak pilihan la, sebab ngikut akak tu kan, kalau nak tahu dalam kelas ni ada 5 saja LELAKI termasuk Nadh. dan Nadh sorang ja budak Elektrik yang sesat dalam ni. Nak kata segan tu mungkin la, tapi wat tatau aja la. Sebab Kak Mas cakap dengan Encik Mokhtar ni senang-senang ja leh dapat A. 

Dalam kelas perempuan majority, n Laki yang pupus ni, nak kata pelik tu pelik jugak, tapi yang tatahan tu, stat ja Nadh bukak mulut, abeh,... suma dah mula tgk kat Nadh. Owhhh no... pakat kenai dah adik depa sorang ni.. Menjadi perhatian lagi nampaknya.. huuu.. tambah bila dah p depan tu, abeh dah kenai..

Saturday, 21 May 2011

Day ten : 10 final words

Assalamualaikum.
Entry terakhir untuk kempen 10x10 Nadh
Hari terakhir berkisar mengenai " 10 Final Words " dari Nadh.

1. Maaf. Buat semua yang ada bersama, yang berkenalan, yang rapat, yang terjumpa, yang tertempuh bahu, tersembang, terSMS, terCall, TerFollow belog ni, semua la yang ada kaitan ng Nadh dalam sengaja atau tidak, Nadh nak mintak maaf bebanyak andai ada salah dan silap pada smua.

2.Seandainya perlukan bahu untuk bersandar, perlukan telinga untuk mendengar, sila jangan memalu nak bagitau Nadh, insyALLAH bersedia ada untuk mendengar, untuk berkongsi. :D 

3. Dalam kita asyik berdunia ni, sama-sama la kita memandang destinasi akhir kita nanti, diibaratkan kita sekarang berada dekat tukun ikan, di mana mudah sangat nak dapat "ikan" kat kawasan ni semasa memancing, TAPI andai diri kita tak manfaatkan peluang berada kat "tukun" ni, bila kita enjak ke kawasan lain, RUGI SANGAT, sebab tak banyak "hasil tangkapan" kita.

4. Nadh sayang semua. 

5. Sila menegur sekirannya Nadh ada tersilap, dan tersalah, berasa gembira sekiranya ada yang menegur kesilapan Nadh. Tiada manusia yang LENGKAP didunia ni, bermakna, Nadh juga, jadi Nadh juga mungkin ada bila-bila tersilap cakap, terkasar bicara, tersalah langkah dalam bersosial. 

6. Elakkan kita dari berdosa kepada Mama n Ayah kita. INGAT, dari mereka la kita datang dulu, dari susah dan payah mereka lah dulu kita dapat besar sampai macam sekarang ni, dari titik peluh depa la kita dapat makan satu ketika dulu, INGAT JASA DEPA!! JADILAH ANAK SOLEH DAN SOLEHAH BUAT DEPA YANG MENDOAKAN KEBAHAGIAAN DEPA DIDUNIA N DIAKHIRAT, JADI SEORANG YANG KUAT BERUSAHA UNTUK KEBAHAGIAAN DEPA, Hilang BF, ilang GF, dibuang kawan ka apa suma, bukan apa jika nak dibandingkan dengan kehilangan depa, HARGAILAH DEPA SEBAIK-BAIKNYA !!!

7. Jaga hubungan dengan ALLAH, jaga batas perbuatan kita, jaga adab bergaul kita, dengan semua, jangan berlebihan, berhati-hati dengan PUJIAN kerana PUJIAN tu buatkan kita mulai riak dan mendekati sifat-sifat buruk syaitan. Juga ingat untuk jangan putuskan silaturrahim, sebab perbuatan ni mengundang putusnya rahmat ALLAH kepada kita. INGAT TU !!

8. Semua yang pernah hadir dalam hidup Nadh adalah anugerah, sebab ALLAH pertemukan rahsianya milik ALLAH, tapi semestinya ada sebab n musababnya, ingat, walau sepahit dan seperit mana ujian yang pernah melangkah dalam kamus hidup kita, TU ADALAH KASIH SAYANG ALLAH !!!, ALLAH uji sebab dia rindu nak dengar suara kita merintih, mengadu kepadanya, mintalah dan ALLAH akan makbulkan, sekiranya belum, mungkin belum tiba masa, atau mungkin juga, yang kita pinta tu sebenarnya bukan yang TERBAIK yang ALLAH nak bagi dekat kita, syukur lah dengan apa yang diberi. 

9. Persahabatan tu ibarat cermin kepada diri, dimana sekiranya yang cermin dipunyai itu cantik dan berkilat, dia akan membantu kita melihat kekurangan pada diri dan menegur untuk diperbetulkan, tapi sekiranya cermin yang kita punya hanyalah cermin yang pecah dan retak seribu, kita dapat melihat apa-apa melainkan sedikit2 sahaja yang kita nampak indah. Jadikan persahabatan tu satu yang indah untuk memperbaiki diri kita. “Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

10.  Doakan Nadh dapat jadi yang terbaik buat semua, dan jadi yang terbaik buat semua yang lalu dalam idup Nadh. Doakan Nadh dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik dari siapa Nadh sebelum ni, doakan Nadh dapat jadi apa yang Nadh nak jadi, Nadh ingin benar jadi seorang yang menginspirasikan perubahan sepertimana sifu-sifu Nadh. Nadh tak harap pape dari sapa-sapa, Nadh cuma nak tengok semua gembira dalam hidup ni dan semua kita ada dalam limpah kurnia ALLAh dan semua dalam redha ALLAH.



Note :: Terima kasih kerana membaca, Alhamdulillah, selesai jugak kempen ni walaupun sangat lambat dari tarikh sepatutnya Nadh tamatkannya, faktor luaran tu banyak selain tiada perasaan nak selesaikan entry ni. Jadi buat semua, ALL THE BEST dalam hidup. ALLAH sayang kamu. :D

Sepagi bersama buah hati Nadh

Assalamualaikum.

Permulaan hari ni agak lawak tau dak.Yaya mai rumah, lepas tu dia kata dekat Mama, 
"Mama, Yaya nak makan nasi lemak...." 

Elok ja lepas Yaya cakap camtu, hujan pun turun, leh plak dia kata dekat Mama,
"Alaa Mama, ujan plak, camna nak p beli nasi lemak kat Yaya ni.. " 
Leh bayang tak? dengan pelat dia tu, nak tergelak Nadh dengar.. lawak betoi la.. hihihi

Kemudian, pukul 10, Mama ajak Nadh p tengok Dina dekat sekolah. Kalau nak tau, Dina ni merupakan salah sorang anak ngasuh Mama. Jadi, Aktiviti pagi Nadh hari ni diisi dengan melawat Irdina Afiqah kat sekolah. Salah-sorang adik ngasuh Nadh yang paling Nadh sayang. Ni antara gambar-gambar masa dekat sekolah tadi. 

 Muka kegirangan dapat Nasi lemak..

 Tengok Yaya makan, cam Nadh pn leh rasa lapaQ ni.. 

 Thanks to Dina, kalau tak tak senyum dak ni tgk camera.. hihi

Yaya with Dina, 2 buah hati Nadh..

Tengok depa dua ni, buat Nadh rasa happy sangat.. Especially Yaya yang manja ni n Dina yang da besar ni. Dua-dua ni sangat manja ng Nadh sebenarnya, sama la Dina n Yaya ni, cuma sekarang Dina dah besar kan, kurang sikit la dengan Nadh, walau masih jugak. 

Hurmm.. besar dah adik Nadh sorang ni kan, dah 8 tahun dah. Saja la Nadh kenakan dia tadi. 

Nadh : Dina balik sekolah pukul berapa? 
Dina : balik pukul 2 abg, kalau darjah satu balik pukul 1.
Nadh : jadi darjah tiga balik pukul 3 ka?
Dina : pukul 2 jugak la abg.
Nadh : darjah 4?  balik pukul 4 la kan?
Dina : **senyum ja** .. pukul 2 la abg.

Hihihi.. Lama tak melawak ng adik Nadh sorang ni.. :D Nadh ingat esok nak p amek dia lepas dia balik sekolah, nak bawa jejalan sat la.. :D spend time dengan dia sikit, shian dia, lama tak dok ng abg Nadh dia ni kan? :D Mama cakap okeh.. :D

Dekat ka PJJ? Pilihan anda?

Assalamualaikum,
Hari ni Nadh balik Penang lagi. Masa dalam bus tu kan, masa OTW nak balik Penang la, sempat jugak Nadh temuramah sorang akak kat sebelah Nadh ni. Alkisahnya adalah dia PJJ ni la. Serdang-Sungai Petani. Ada bran? 

Kak : adk ni student ka dah keja?
Me : keja dah kak. Tapi blajaQ jugak.
Kak : oo patut la. Kak ingat blajaQ uitm tu.
Me : laa ya ka kak? Kira muka saya ni kira muka studeng lagi la ni.. Hihi

Me : kak tinggal kat SP area mana? 
Kak : Taman Keladi, tau ka? 
Me : err.. tatau.. 
Kak : tatau nanti p tengok GPS na.. :D
Me : kak, susah kan jejauh ni?
Kak : susah dik, susah nak merancang family.

Kak : Kak gilir2, kadang tu akak balik, kadang tu suami datang sini.
Me : saya balik sebab nak tgk mama.

Kak : ni adik study ni wat loan ka apa? 
Me : tak la kak, bayaQ sndiri la kak. 
Kak : takpa la dah keja kan..
Me : tak jugak kak, kekadang tu kan, selop jugak kak.
Kak : takpa, Mama kan ada.. mtk la kat Mama.. hii

Kak : akak smbg lagi. Kat ukm.
Me : oo bestnya kak. Penat dak kak?
Kak : penat la dik oih, ni kena wat research ni dik, dengan dok balik kedah tiap minggu ni, takdan apa, kadang smpai tak tidur dok wat research, kadang tu tak larat, amek cuti la, penat.hehe
Me : saya ni lum lagi, tatau la camna nanti. dah la jejauh jugak ni..
Kak : penat dik, moral of the story, study dlu bagi abeh, then baru kawen. Tapi kalau dah jodoh dah smpai masa tu kawen ja la.

Ni satu contoh yang satu lagi tu, Mr hubby ataMrs wife, ata smpai atas bus tau, tempat wife dia kat atas bus, sebelum gerak wife cium tangan, then dia cium dahi, cium pipi wife. Huuu.. Tacing sat tengok depa. Sooo sweeeeeettt.. Duii la.. Bkn sebab cium na, tapi sebab kasih syg tu, leh dengar kot bnyi hubby kucup wife dia tu, ng penuh kasih syg.. 
Nadh plak y terharu..

Dari pengalaman dan soalan juga pengamatan Nadh, susah jejauh ni kan? tapi Nadh dapat ilmu baru bila dapat temuramah kak tu, toi jugak kata dia ni, tapi apa pn ALLAH tentukan segalanya kan? kita doakan aja, ada la tu apa yang dia nak aturkan buat kita, Tadak lain, cuma mendoakan kesejahteraan n kebahagiaan kedua pasangan ni. N moga dipermudahkan tiap pjalanan depa n tautan kasih mereka bkekalan hingga ke taman2 syurga. Amin. 


Friday, 20 May 2011

Mana Archieve belog ampa ni?

Assalamualaikum..
Dan salah sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.
Beberapa hari ni Nadh agak bz dengan kerja, tapi Nadh gagahkan jugak la merajinkan diri BW sebab nak ramaikan peserta contest sorang sahabat yang Nadh tafsirkan sangat hebat, dan lain dari yang contest-contest lain yang Nadh penah masuk, walapun Nadh tak masuk contest ni, Nadh rasa happy bila tiap kali dapat lihat pertambahan peserta dalam tu.

Semalam sepatutnya jadi hari terakhir Nadh wat kerja tu la, tapi tak sangka plak, Nadh dah tak larat semalam, tengah dok BW leh Nadh tertidur, apa pun tanggungjawap dan tugas tu Nadh akan sambung hari ni, cuma kan, Nadh tingin nak kongsi satu yang Nadh jumpa sepanjang aktivity Nadh tu, iaitu Archieve blog. 


Hairan betul, kenapa perlu dibuang ae menda ni? bukankah menda ni penting, (bagi Nadh penting la) sebab as a newbie cam Nadh ni, n sorang yang suka explore dan membaca, Archieve ni penting, sebab bila Nadh sampai ke belog orang, Nadh bukan hanya akan baca entry yang kat depan-depan, kekadang tu Nadh lebih suka untuk explore hasil-hasil coretan masa lepas depa, tapi hairan, napa perlu dibuang menda ni ae?

Ada sapa leh explain kat Nadh dak? seyes tak suka bila cari Archieve ni tak jumpa.. T.T


Sunday, 15 May 2011

Yang terganggu itu aku

Untuk yang langsung tidak diketahui sebabnya...

Sebenarnya yang terganggu itu aku,
Banyak sekali dibelakangku,
Yang menarikku,
Yang menolakku,
Tak kurang yang menghentikan aku dari terus melangkah

Diriku cuma pembina reban,
Bukan daya bagiku menyiapkan mahligai,
Bukan kepakaranku menceriakan dalaman,
Tidak mampu aku menyediakan yang penuh
Bukan diriku yang layak mengatur susunan


Perasaan hairan langsung tidak mengetuk fikiranku,
Kerana aku sendiri sedar apa berlaku
Tindak ku, Langkah ku,
Segala dalam jangkauanku,
Bukan aku cuma mengelak,
Langsung bukan melarikan diri,
Cuma kesibukan sedikit sebanyak menjarakkan,
Apa yang sepatutnya dijarakkan sedikit,


Namun,
Sedikit kekok rasaku,
Tika perjalanan ini,
Mulai menjadi bosan,
Apabila perbuatan, sedikit sebanyak menyerangmu
Bukan ini mahu ku,
Bukan ini pintaku,
Tapi kekadang aku berkehendakkan kau melangkah,
Tinggallah aku,
Biarkan aku sendiri,
Aku bukan aku yang kau tahu,
Cuma si gagal yang kekal di situ.



Penyakit takmau balik menyerang lagi

Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Jam menunjukkan pukul 11:02PM. Iaitu kira-kita 2 Jam setengah lagi sebelum Nadh menapak kaki kembali ke ruang ibu negara bagi menunaikan tugasan sebagai pekerja di pejabat Nadh keesokannya. Buat masa ni seperti yang Nadh katakan pada Efa tadi, cuma 1% sahaja yang didalam hati Nadh yang mengatakan pulang, dan sebanyak 99% lagi sedang berada di Pulau Pinang bersama family dan meronta-ronta menidakkan kenyataan yang Nadh perlu pulang ke sana.

Nadh dapat rasakan yang sebenarnya, ini adalah jugak berkaitan rapat dengan apa yang Nadh kongsikan dengan Mama n Jiah dalam kereta semalam yang membawa kepada entry NI. Dapat rasakan apa perkongsian dalam entry tu dan apa yang dikongsi dengan Mama n Jiah semalam membuatkan diri Nadh tambah berasa berat nak balik ke sana. 

Nadh sebenarnya langsung tak tahu apa dalam fikiran sekarang. Dan itu menyumbang kepada satu tindakan Nadh pagi semalam. hurmmm.. Nadh tau Nadh akan pulih cepat. :D 

Moga-moga la. Amin.

Saturday, 14 May 2011

Day nine : 10 ways to win Nadh's heart

Assalamualaikum.

Wahhhh.. Actually Nadh terkejut sebab baru perasan dah hari ke-9 rupanya kempen 10x10 Nadh ni.
tak sangka plak dah dekat nak tamat dah kempen ni. Adakah lepas ni Nadh akan cari kempen baru sebagai untuk mengisi posting-posting nak penambahbaikan untuk menarikkan belog Nadh yang tak seberapa ni. Tapi tak apa lah, cuma buat yang terbaik untuk kepuasan diri sendiri. 

Tajuk hari ke-9 adalah. 
" 10 ways to win your heart "
Before mula, penting ka untuk Nadh kongsi hal ni? ahahaha. tak apa lah, menjawap soalan kan. Layans.. :P
1. Jadi diri sendiri. Sebagaimana Nadh tak menyorokkan diri sebenar Nadh tiap kali bersama orang, Nadh juga harapkan orang akan menjadi diri sendiri ketika bersama Nadh. ini penting untuk keselesaan Nadh. Benci sangat orang bermuka-muka ni, sebab tu Nadh selesa jadi diri sendiri.

2. Jujur. Ini sangat penting, sebab Nadh cuma berlaku jujur, sebaiknya buat apa yang Nadh dah buat sebagai balasan atau sebagai untuk membuktikan diri anda.

3. Dengar cakap. Nadh seorang yang very straight forward bila berkata-kata, tambah bila kait dengan hal-hal salah dan betul ni. Nadh akan tegur, "tanpa lapik" dekat yang terdekat dengan Nadh. Sebab Nadh rasa selesa terpulanglah terima atau tak, terima bagus la, kalau tak pun, Nadh tak leh wat apa.

4. Penampilan, sebenarnya ini juga memainkan peranan juga la, Hint : Nadh suka sangat-sangat-sangat perempuan berpakaian muslimah sejati ni, tudung labuh, lepas tu  jubah ka, tangan dan kaki berstokin, perghh.. seyes cair tengok. Ni dibuktikan aa.. Serious.!! Sejuk sangat mata Nadh tengok, sejuk mata = sejuk hati. Paham kot? ahahahahhaha.. :P

Hurmmm.. Rasa Nadh nak cita takat tu saja, lain hampa tanya la dekat yang dah menang hati Nadh ni. atau paling senang mai jumpa dengan Mama, atau dengan Adik-adik Nadh, depa tau la tu. Mama paling paham dengan anak dia sorang ni. Nak tau lebih? p cari Mama na.. Nadh nak p tdoQ dah la. sok pagi sygss ajak ikut depa p potosut plak dah.. layan ja la.. tengok depa senyum, Nadh pn rasa puas. Doakan kami na. :D mgkn later kami akan hapdet photos kami nanti. :D

Apabila YB Nadh melawat kawasan.

Assalamualaikum 
Dan salam sejahtera untuk yang bukan Muslim yang membaca.

What a wonderful day untuk Nadh. Seharian bersama family. Rasa puas sangat. Mulanya ke Bukit Jambul, sebab Mama nak berjalan ke sana, seronok ja jejalan di sana, dapat jugak Nadh beli sandal baru, sebab Mama yang pilihkan. (kalau nak tahu Nadh sangat cerewet sebenarnya membeli, susah nak suka barang) tapi since Mama yang pilihkan, jadi ianya sangat berharga, dan cantik, dah beli pun, actually ada 2 tadi, keduanya cantik, tapi Mama cakap bazir kalau Nadh beli 2 2, jadi Nadh hanya dibenarkan ambil satu, jadi cuma satu yang dibeli. Macam biasa la kan, Putih la pilihan hati.

Lepas tu ke rumah Ibu, adui la. seronok jugak disini, dengaQ Mama, Jiah n Ibu berbicara pasal kenduri Kak Nor yang dijadualkan dilangsungkan 17 Disember nanti. Seronok Nadh dengaQ cerita ni. Bestnya kezen dah nak kahwin. Dan dalam bulan yang sama tu jugak Abg Memel akan disatukan dengan tunang dia jugak. Nadh tak ingat plak tarikh dia berapa.

Destinasi seterusnya adalah umah Tok. Happy sebab dapat jumpa Tok. Kali terakhir Nadh melawat tok adalah pada 1st Gath Kami Blogger Utagha yang diadakan dekat Tanjung Asam bulan 3 hari tu. Kemudian dah selesai dekat rumah Tok, menyinggah kat rumah Pak Cik Nan plak. Kami duduk kejap, isteri Hafiz datang dengan anak depa. Serious anak depa sangat comel dan bulat. Arghhhh.. geram3.. tengah dok sembang, slumber ja Mak Cik Mah pegang paha Jiah dan kata, "Yang ni dengan yang ni bila plak ni? kami tak sabaQ aihh nak makan nasi minyak ni.. " Apa lagi Nadh n Jiah, gelak kuat2.. macam takdak apa yang berlaku.. duii la.. soklan cepumas-Perak-Gangsa ni memang dasat.. ahahahahaha..

Selesai tu, Kami bersolat jemaah dan kemudian bergerak balik kat rumah. Kat rumah dalam kul 9 lebih tu Yaya datang. Dia demam, shian dia.. tapi serious happy dapat tengok Yaya. Yaya masa mula datang tu agak diam, lepas dah lama-lama, mula la active, lega rasa dapat tengok Yaya skali. Syukur Alhamdulillah atas kurniaan NYA.. Nadh syukur dan happy sangat,. Alhamdulillah.. Terima Kasih ALLAH atas kurniaan DIA pada Nadh pada kepulangan hari ni.. :D

Tengok tu? seyes sangat comel kan? arghhh.. nak jugak.. :P ahahahahahha

Mengimbau bangun awal pagi nak pergi rombongan

Assalamualaikum dan selamat pagi pada bukan Islam yang membaca.

Nadh nak kongsi cerita Nadh kembali ke Pulau Pinang kepangkuan family semalam. 
Kalau ada yang perasan seminggu ni entry Nadh adalah berkisar kepada Family Nadh semata, sebab Nadh stress tentang kepentingan Family Nadh dalam kempen 10x10 Nadh. Hasilnya Nadh jadi sawan dinosaur kejap dan meronta-ronta nak balik kampung nak tatap muka Ayah, Mama, Jiah dan Adik.

Rentetan dari sawan dinosaur Nadh tu, Nadh terus SMS boss Nadh dan setelah sedikit soal siasat tak macam FBI, Nadh dapat permission untuk proceed balik kampung. Yang bestnya Nadh balik kampung bukan naik bus, tapi sebagai penumpang kepada team Nadh yang nak buat site dekat Penang. (nak kata Nadh amek kesempatan depa p sana pun kata la, yang Nadh tau Nadh leh balik tengok Family Nadh.hihihi )

Seawal pukul 5 pagi Nadh dah bangun, sebab kami plan nak gerak awal, disebabkan takut site tu ada problem, dan selepas sahaja selesai solat subuh dalam pukul 6 lebih, kami pun gerak ke Penang. Nak tahu, perasaan Nadh masa bangun awal tu, teringat plak dekat diri Nadh masa zaman sekolah tu, selalunya masa zaman sekolah tu, tido kurang lena ni masa nak pergi rombongan sekolah ja, rasa tidur tak lena, sebab dok tingat keseronokan masa dalam rombongan tu, tak sabar-sabar rasanya nak bangun awal pagi dan bergerak, (Sebenarnya perasaan masa bangun awal pagi semalam macam tu la, sebijik macam zaman sekolah dlu, tu yang tetiba teringat pasal keseronokan keghairahan bangun awal nak pergi rombongan tu). Hihi. Tetiba leh terimbau zaman tu kan?

Jadi bermula perjalanan Nadh tu, Nadh nak je drive tapi Apis tak mahu plak, dia drive dulu, sampai la lepas ke Simpang Bikam tak silap, Dia pass kat Nadh, dan Nadh pn mulalah memandu dari sana hingga ke Penang. Kami sampai sebelum pukul 10 kat Penang. Berhenti makan dulu, lepas tu, Nadh nak balik dah, tapi budak-budak ni pujuk ajak pergi site, mula tu Nadh memang taknak, tapi since depa pujuk, dan bagi jaminan akan habis awal, Nadh ikutkan jugak la. (walau kami balik lewat jugak dalam kul 6 camtu baru Nadh sampai rumah) 

Meh kita share apa Nadh lalui semalam la. 

 Nadh n So'od

 tangan kiri

 tangan kanan

 dekat Pipi

Lengan Kiri

Ada nampak apa yang Nadh bulat-bulat tu? Saja nak bulat-bula la tunjuk tangan Nadh yang comei lagi lawa.. ahahaha.. (ayat taleh blah kan? ) Sebenarnya Tu semua adalah hadiah Nadh dapat semalam. tu baru sikit la, ada banyak lagi kena ni.. hihi.. So'Od kata pasai Darah Manis. oihhh.. mana ada la.. :P Nadh kata dekat So'od n Apis yang ni adalah sebagai sambutan dari depa sebab tak selalu orang mai lawat depa kat site ni. :D

Apa pun yang Nadh hadapi semalam, penat, ngantuk pa suma ilang sebaik Nadh sampai depan rumah nampak Ayah, Mama n Jiah. Ilang abeh penat-penat Nadh tu, rasa lega dan happy sangat. Syukur Ya ALLAH atas segala kurniaan ini. Alhamdulillah.. :D Nadh syukur dan gembira sangat... :D

Saturday, 7 May 2011

Im Touched - Tahniah Sahabat!!

Assalamualaikum..

Baru jap tadi sahabat Nadh PM kat FB.

Ni sahabat Nadh yang Nadh kenai dari sekolah rendah lagi.
Antara yang paling rapat ng Nadh ni..

Kalau ada sapa perasan Nadh penah wat satu Entry Khas untuk dia dan Bakal Tunang dia tu dalam dia tak tahu. Tapi ni lama dah la sempena ulangtahun depa yang ke-10 hari tu.




Syukurlah. Doa dimakbulkan, Akhirnya pasangan ni akan melangkah sekaki ke alam perkahwinan dengan bertunang. Nadh sendiri plak yang rasa gembira dengan berita ni. Serious.. syukur untuk kawan-kawan Nadh ni.. rasa nak terbang la, seronok sangat.. syukurlah.. Akhirnya kan.. :D 

Melihat kebahagiaan orang buatkan Nadh sendiri rasa gembira. tambah plak sahabat baik Nadh ni. Terharu sebenarnya dengan kata-kata dia kat Nadh tadi ni.


Terima kasih sahabat. Nadh akan berusaha pulang pada tarikh bahagia ampa ni. ada kelas pn lantak la. Sahabat tak leh ditukar ganti kan, tapi miss kuliah seminggu tu tadak apa.. hihihi.. <-- nak suruh kena ketuk dengan seseorang kalau depa membaca.. hihi.. apa pn.. Tahniah sangat..

Nadh mendoakan ampa akan berbahagia. dan kekal sampai ke taman-taman syurga hendaknya. Amin.

Monday, 4 April 2011

Cerita sawah bendang.

Assalamualaikum...
Currently company baru diuji sekali lagi.
macam besa la bila da akhir bulan ni.
last bulan2 lepas cakap lain.
bulan ni lagi alasan lain yang diberikan..

Abg Razak dah berkira2 nak balik kg wat bendang ni..
 aku pn slumber la tambah, "abg, ada pacat dak? ada lintah dak? nak ikut~~"

Abg Razak :: Ada la Ee..

Me :: dia naik kat kaki tak abg? eeuuu..

Abg Razak :: dah p tu ada la..

Me :: ee.. tamo aa.. nt mesti depa suka nak mai geget. saya kan darah manis. :P <-- ayat bajet.. :P

Abg Falah :: ang nak p bendang Nadzri? aku ingat nanti, tade ny ang nak masuk dalam bendang tu, silap2. dok kat tepi batas, pastu ng payung..

Abg Razak :: tu la. betoi la tu.. sat takut itam la apa la.. pastu lagi enpom bunyi la apa la.. baru nak pegang cangkul da bunyi enpom, stop sat SMS..

Me :: ala abg, sat ja kan. tak dok sampai petang kan? 

Abg Falah :: toi la tu abg..

Me :: ee.. mana ada la abg.. okeh Abg Falah, meh bagi saya seminggu, mai saya p wat bendang betoi2..

Abg Razak :: satgi nak pegang tractor tu, baru nak bawa ja da ada SMS, benti sat..

Me :: ala abg, bawa keta pn sebelah tgn ja pegang stereng sebab nak SMS. tractor pn sama la abg

Abg Razak :: ang ingat tractr macam keta ka? sat terjun dalam bendang baru ang tau..

Abg Falah :: dah2 Nadzri. ang dak opis dok opis ja.. aku kan nak pinjamkan ang dekat WS. ang settle kan mana tak setel lagi..


Note :: ee.. cam nak je p wat betoi2.. hihi.. tapi kan, layakkah aku dok kat bendang tu? reti ka? hahahaha.. dah la tu, ng SMS lagi, leh ka? tak cukup ng tu, panas lagi, then pacat n lintah lagi? apa pun masih berkira2.. tapi satu hari aku nak ikut jugak.. kira apa aku... <-- macam tak kenai aku. apa aku kata hat tu aku akan wat jugak.. lalalalalalalalallaa~~

Wednesday, 30 March 2011

Susu tadak straw?

Assalamualaikum.
dan salam sejahtera buat yang taleh jawap salam ya.

hari ni. sepanjang hari dalam bus. pagi setelah Ayah, Mama dan Yaya ata ke stesen bus.
aku pun beli tiket, dan kemudian naik bus.
Hari ni bertemu seseorang yang agak asing walau tak asing sangat pun dalam Bus.
Alhamdulilah, hari ni ALLAH pertemukan orang baru, yang lain yang punya cerita baru untuk aku isi kamus hidup aku, yang beri aku ilmu baru yang amat aku alu-alukan untuk aku sematkan dalam pala otak aku ni.
bunyi macam lawak ja kan, tapi dari kisah diri, family hingga kepada karier dan lain-lain yang jadi topic perbualan sepanjang awal 9 pagi hingga ke 3 petang pertemuan ini.

Alhamdulillah lagi, kalau dlu aku sangat asing dengan satu topik ni, tapi hari ni aku dah tahu, yang sebenarnya hadir mereka dalam kelompok kehidupan kita ni, taleh buat main tau. mereka sangat istimewa, dan punya besar sekali peluang untuk berada didalam masyarakat. walau ada buruknya jugak dari pergaulan dan pembawaan diri tu, tapi mereka masih boleh diperbetul ibarat rusuk yang tidak mesti dapat ditegakkan, tapi masih boleh dibetulkan jika ada yang mengambil peluang ini. apa pun, kagum, kamu masih bijak membawa diri, dan menafsirkan situasi dengan baik.

Tergelak dengan satu quote ni, "straight tu senang ja nak bagi bengkok, tapi bengkok ni susah nak straight balik". sedikit tergelak, dan diri mendoakan agar akan hadir sinar nur dalam diri, dan satu hari kenai mengenai akan kebenaran yang dibawa Nabi Muhammad SAW, yang membawa petunjuk dari ALLAH SWT.

lagi, Si tidak berputus asa tu silap la, kurang sedikit untuk menang, akan tetapi syukurlah, dah selamat dari genggaman kan. yang mendatang sediakan payung sebelum hujan, dan bersedia untuk segala kemungkinan, mungkin ini hanya sedikit hujan ketika matahari sedang memancar dengan terangnya, tapi baik juga, peringatan buat diri juga. thanks sebab berkongsi.

Juga terima kasih banyak atas ilmu2 dan perkongsian tadi ya. semoga ALLAH beri kamu perlindungan dan di jaga sebaiknya, orang baik-baik sewajarnya di jaga dengan sebaiknya juga oleh ALLAH, moga yang di sekeliling itu jugak akan mendapat inspirasi dari kamu yang lain dari mereka.

last sekali, maaf jugak walau tau mungkin tidak akan bertemu dengan entry ini, maaf sangat sebab kena dengaQ aku yang terlalu excited bercerita dan terlalu banyak bertanya ni. arap maklum. tu kelemahan diri, insyALLAH akan berusaha untuk berubah andai kata menjadi diri sendiri tu membuat orang rasa kekok dan menyampah. terima kasih sekali lagi..

heyyy.. ini memang sebab kamu okeh. ada ka patut tadak straw.. debishhh.. debishh. :P

Monday, 21 March 2011

Tadak tajuk

sekadar menjadi pelawat senyap di ruang semua.
gembira plak rasa nya tengok memasing berlumba2 untuk ke sana.
yang mengatur perjalanan,
yang meng-apply cuti,
yang tukang delivery baju. 
tu belum lagi yang nak cerita persiapan nak buat itu dan ini.
ada nak wat stiker,
ada da test food ,
yang wat banner pn ada,
pastu wat paper bag.
rasa seronok tengok ampa semua..
jaga diri tau.. ;)

n tahniah sebab dah jadi sebahagian dari semua..
jaga diri, jaga hati, pandai la bawa diri na.
all the besh..

Friday, 11 March 2011

Aku kena Sound?

semalam aku dikejutkan dengan satu SMS dari seseorang..
yang nak kata marah, tak jugak, cuma mungkin menegur dan meluahkan ketidak puasan di hati atas apa yang dah berlaku antara dia dan gepren dia kepada aku.

antara isi kandungan SMS tu lebih kurang macam ni la..
"Bro. aku hormat kau kawan dia. dan aku pun harap kau hormat aku sebagai boy dia. aku dengan dia mmg xde ikatan apa2 lagi,tp aku dengan dia dah 8thn. aku tak suka sebab menda kcik2, aku dengan dia gaduh x tntu pasal.aku harap kau paham"

jadi selepas dari SMS tu, aku yang dulunya ta amek port sangat, tapi kali ni aku bertindak balas aa. aku reply balik dan minta maaf atas apa yang dah berlaku. salah aku jugak kot. tapi aku gtau la, aku LANGSUNG tadak intention nak keruhkan apa-apa pun antara depa.

"aku pun nak mintak maaf, tu ja. pesan aku, , dia tu dak baik, jadi ang pun kena la baik jugak. kekadang sang nyamuk jauh diseberang kita nampak, tapi gajah depan matakita tak sedar. mungkin ang akan salahkan aku, tapi ang jugak kena la muhasabah diri.."

tu jawapan aku. aku langsung tadak ati nak rasa marah, malah aku hormat cara dia yang aku leh katakan sebagai bersopan ketika menegur. kira okeh la tu kan.. baik aku yang rendahkan diri aku meminta maaf. nak keras2 kepala pun buat apa.. walau macam ringan2 ja nak kata kasar. tapi takpa la.. biar kita dipandang sepi kerana senyap kita dari hu-ha-hu-ha tak ketahuan punca padahal apa pn tadak..

aku rasa baik jugak sntiasa macam ni. kita ja yang amek title salah tu agar kita leh muhasabah diri kita balik. kita sndiri yang check diri kita, dan betulkan apa yang tak kena, nak "melompat" pun buat apa? apa kita dapat. biar kita jadi lembut hati cket, kawal marah apa suma, bukan elok pn marah2 ni weyh.. (kita kena cool, demi mengelakkan kedut2 naik di muka.. nt dah tak comei..wawawawawaa)

sebenarnya last bulan 1 hari tu pn ada jugak 1 case. sama jugak. tapi ni kes Mr. Boyfriend mai sound dengan kasarnya, n aku jugak sama. aku react ng kelembutan, aku mintak maaf, and last mr. boyfie tu mintak maaf dengan aku, last jadi kawan... rasa tak salah kan berlembut, bila kena dengan tempatnya. last kawan tu plak la mintak maaf dengan aku, pastu trus add jadi fren kat FB nih.. takpa la.. mana-mana pun sama. yang aku tau, aku tak salah, kenapa perlu aku takut, dan nak berkeras pn tak guna, hati bila marah, cakap apa pun tak guna, ibarat berubah jadi orang lain dah. kata Nabi Muhammad SAW, nak tau orang tu baik ka tak, jangan kenai dia waktu dia tenang, suka-suki, tapi kenai dia waktu dia marah, masa tu la baru kita tau dia macam mana.. Moral of the story, kawal la marah tu. jadi lah manusia yang orang kenai waktu marah dan waktu normalnya.



"yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itulah bahasa"

Tuesday, 8 March 2011

Cabai Kering = Megi? *konpius*

Abg Razak cakap dia nak masak malam ni..
dia kata dia nak pakai cili kering..
n since aku nek moto, dia suh la aku tolong belikan..
aku pn p la masuk satu kedai runcit tu..
masuk dan pusing hampir setengah kedai, cari tak jumpa..
aku pun p la kat depan kanter tu tanya..

Aku :: Abg, cabai kegQing ada dak?

pacik kedai :: apa? megi?

Aku :: cabai kegQing.....

pacik kedai :: haaaaa..??

Aku :: Cili Kering abg (dengan penuh ke-KL-an)

pacik kedai :: ooo.. ada tu kat belakang tu (sambil bagi tau ada kat mana menda tu.. )

Aku :: (heran toi, Pekat sangat ka aku cakap nih?? tetttt~~ )

DAN

Buta+Pekak+Bisu=CINTA