Followers

Thursday, 28 July 2011

Andai wang menjadi ukuran, Belikan saya kasih dan sayang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Andai wang menjadi ukuran, Belikan saya kasih dan sayang"

Nadh teringin benar nak bercerita kisah yang Nadh kongsikan dengan Mama kejap tadi.
Nadh tengok Mama agak sedih dengan cerita tu. 

Dia adalah antara Mama, Ayah dan Anak-anak mengasuh dia. Satu masa dahulu pernah jadi, orang tu tak hantar anak dia, lepas tu dengar-dengar dia dah ada bibik. Ni baru-baru ni dia buat lagi, kali ni dia dah hantar kat orang lain. Sebab konon sentap la dengan Mama yang dah taknak jaga anak dia. (Tapi bersebab, sebab ada perjanjian dengan Kak Azza, takkan Mama nak reject Kak Azza, tak adil plak untuk diia. )

Lepas tu hilanglah budak-budak tu dari pandangan Mama. Tapi bak kata orang, ikatan kasih sayang ni tak boleh nak diputuskan. Mesti akan ingat dekat budak-budak tu. 

Last week, Aqil demam, sampai muntah-muntah masuk hospital. Ayah pergi tengok anak dia tu. Mama kata Aqil sebaik nampak Ayah, peluk Ayah, tidur kat riba Ayah. Esok paginya, budak tu bangun, buka mata ja dah mencari Ayah dia. 

Seorang lagi Dina. Dia cakap dekat Mama, "Mama, Yaya dah datang ka Mama?". Mama cakap belum. Dia cakap dekat Mama, "Mama, nanti Yaya dah datang Mama Dina kena lah cari orang lain nak jaga kami kan Mama? Mama mana larat nak jaga kami ramai-ramai. ". (budak-budak pun faham, tapi mengapa Ibu anak ini tak mahu faham? atau sengaja buat tak faham? Mungkinkah bila seorang manusia tu dah ada $$$, tiada yang lain dia mahu, dan fikir melainkan kesenangan diri sendiri? ). Dina tambah lagi, "nanti Aqil n Isha hantar la dekat orang lain, Dina tak apa duduk dengan Mama. " (sempat lagi kan? Anak kecil ini begitu bersahaja dan tulus mengatakan niat di hatinya)


Yang ketiga, Permata hati baru Mama n Ayah. Tak reti dok diam, cakap pandai. Yaya datang ja, "Ayah, nak tidur dengan Ayah..". lepas kejap tidur dengan Ayah, dia cakap "dah takmau tidur dengan Ayah dah.". "Ayah pergi mandi cepat, Yaya nak pergi Tesco". 

Macam lawak ja cerita anak-anak baru nak meningkat naik ni kan? Tapi hakikat dalam cerita ni adalah. Duit tidak membeli kasih dan sayang, tetapi kasih dan sayang itu hadir dari ikhlas yang bertapak dalam hati dan jiwa kita, yang mana ianya dirasai hingga dalam lapisan terdalam hati. Sebab tu orang kata, sekali tersentuh hati tu, bukan mudah hendak diubah. 

Note : berhati-hatilah kita dalam berdunia. Ianya tidak mudah. Hati tidak seperti Simen di lantai. Pecah, kita beli simen baru dan tepek untuk melicinkan dia kembali. Seperti satu kisah yang Nadh pernah baca, "sekiranya kita tak ingin berasa sedih, elakkan dari buat hal yang boleh menyakitkan hati orang lain."

5 comments:

Gen2Merah said...

sangat setuju.. apa guna duit juta2 jika hati kekosongan kasih dan sayang...
Salam ukhuwah salam kunjung mengunjung ye..
~Gen2Merah~

aizamia3 said...

betul.. kasih dan sayang bukan boleh dibeli dengan wang ringgit..

teringat kisah sorang makcik ni, yang anak sedara dia sanggup buat melupakan dia.. susah payah orang tu tu jaga, macam2 alasan diberikan time nak bayar duit mengasuh anak.. kesian pada makcik tu..

msredcheesecake said...

nadh,
dulu msred pernah gak cita2 nak buka nursery sbb suka layan budak2....tapi modal gak ada....hhehee...layan anak sendiri je dulu....

Iffah Afeefah said...

huarghh apesal tetibe sedih ni

kiera'sakura said...

xpe mama.. nanti abang bg cucu kt mama.. insyaAllah sampai ke syurga kasih sayang cucu mama untuk mama ngan ayah... :D

"yaya dah pakai suar jeans" hihihi ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA