Followers

Friday, 13 January 2012

Dia Bukan Milik Kita

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Bro Framestone ada tag Nadh kat entry baru dia yang NI. Dia nak tanya pendapat mengenai Dia Bukan Milik Kita


Dia yang bukan milik kita. Apa lagi yang harus di katakan. Walau satu hari dulu, dia merupakan 'matahari' penerang siang juga 'bulan' yang menyerikan malam tapi kini tiada lagi wujud dia dalam kamus hidup. Kata orang, kita akan mula ingin menghargai bila hilang nya dia di sisi, tapi bukan untukku, kerana perginya ketika itu, bukan kerana diri yang tidak menghargai, namun pilihan yang dibuatnya sendiri. Tika hubungan dalam kondisi yang baik-baik aja, tup-tup putus tanpa bicara konkrit penyedap cerita. 

Tika itu, dunia seakan gelap seketika, mungkin kerana diri perlu menghadap tiada lagi 'kebiasaan' selama ini. Ketiadaan itu terlalu perit untuk ditelan, terlalu susah untuk dihadapi. Namun sepertimana yang sudah sedia pasti, masa kini mengajar kita untuk berfikir. Yang sebenarnya , tiap nafas kita sebenarnya pengalaman yang mematangkan.

Walaubagaimanapun,  hairan kerana diri masih ingin 'attach' kepadanya sebab janji yang pernah diikat satu masa dahulu, "ingin menjadi seseorang yang akan kekal bersamanya hingga tiba maut memanggil diri" tapi apakan daya, janji itu sudahpun diputuskan waktu dia memutuskan untuk berpisah. Dengan janji bahawa dia tak akan menuntut lagi apa yang pernah terpatri, segalanya bermula dengan janggal, namun akhir nya kenyataan berjaya diterima.

Perjalanan masa hari demi hari mematangkan, rupanya ingin mengajar diri yang kehilangan itu perlu ada dalam hidup agar kita belajar untuk lebih menghargai masa depan yakni Akhirat yang abadi. Mungkin persiapan masa kita ini mengheret dosa dalam seharian, bila diri keterlaluan cinta pada hamba yang yakin satu hari nanti akan pergi juga mengadap kubur, hancur dibaham tanah, tapi itulah kekhilafan diri yang sebenarnya ingin disedarkan oleh DIA si Pemunya Alam. 

Akhirnya diri berada dalam kesedaran, hari-hari diisi dengan merafakkan kesyukuran pada DIA kerana menyedarkan hakikat asal kehidupan, malah hingga kini, satu demi satu hijab dibukakan untuk diri bersyukur yang si dia sememangnya tidak layak untuk memiliki hati dan cinta ini. Apa pun pintaku Ya ALLAH, andai dia nekad dengan katanya, nekad dengan keputusannya, kau bahagiakanlah dia dengan masa depan yang ingin dicoretnya, biar dia berjumpa apa yang diingininya, biar dia berjaya dengan apa yang dimahunya. 
Amin Yarabbal Alamin~ 


Andai masa dulu itu satu duri dan duka buat mereka,
Aku ingin khabarkan, fikir dulu sebelum berkata
Kerana ia juga sebenarnya adalah madu kerana kemanisannya
Walau kini baru bertemu rasa,
Tapi cukup untuk mengajar yang ianya tiadalah lebih nya 
Bila kita belajar yang perit itu mengajar kita
Untuk lebih mengerti bahagia 

6 comments:

aimie amalina said...

nanaddhhhhh
kenapa cm sedih je mimi bace ni
wuwuwuw :(

x mo kehilangan
tap kehilangan itu pasti kan..

emm2

Iffah Afeefah said...

Hati tkkn bisa dpksa
skuat mnepon ushe
ttp sukr nk dcpai
walau jrk dekat je

Cik Sara said...

"hairan kerana diri masih ingin 'attach' kepadanya sebab janji yang pernah diikat satu masa dahulu, "ingin menjadi seseorang yang akan kekal bersamanya hingga tiba maut memanggil diri"...."

Hairan juga.. Perkongsian yang menarik.. Belajar yang perit untuk lebih mengerti bahagia..=D

Jay said...

Jay nak juga join segmen Bro tu tapi Jay tak mampu...takut berlinang lagi airmata ni..Sebab Jay baru sebulan telah putus dengan si dia..Takut luka di hati terbuka lagi..huhu..

Подтверждаю said...

as salam..
betul tu nad ;)

semua bukan milik kita. sandaran-sandaran-Nya hanya untuk mengingatkan atas tujuan apa kita berada disini dan apa yang perlu kita lakukan..


erk. macam pakcik la pula ;)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

bila dia bukan milik kita mmg pedih dan pahit untuk ditelan.tapi kan dik, pahit tu kan ubat, manis itu kadangkala penyakit.manis madu itu amat wanita takuti..ehehehe.tul tak?nmpk mcm bergurau tapi cuba baca elok2.carik dan nilai apa cuba akak sampaikan

Buta+Pekak+Bisu=CINTA