Followers

Tuesday, 15 January 2013

Baby Diaries #Morning Sickness

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pagi ni bermula dengan pening, nak muntah, tak sedap perut dan sebagainya. Rasa macam nak demam pun ada. Tapi gagahkan juga pergi kerja dengan harapan suma itu biasa ja, tak ada masalah pun.

Sesampainya di tempat kerja, ternyata apa yang dirasa pagi tadi tu makin teruk. Selepas keluar ja dari tandas, rasa tubuh da lembik, sangat tak larat. Jalan pun macam nak pitam ja, tapi macam biasa, kuatkan diri, buat kerja macam biasa, selesaikan apa yang patut tu. Bayangkan, nak jalan pun tak larat, nak buat itu, buat ini tu rasa cam lemah sangat.

Last, masuk waktu tengah hari, ambil tindakan, tak pergi makan, tapi terus ke klinik nak checkup.

Masa tengah jalan tu bertegur dengan kawan sorang tu, pengantin baru. Dia tanya, bagus ke hari ni? Jawab saya tak bagus la. Rasa tak sehat. Nak muntah la, sakit perut, pening suma ada kata saya. Terus dia tanya, "haihh, membawa ke?" Saya senyum sahaja, "ehh membawa? ya ka?"

"Kalau kata ada kan, mak aku kata, kita akan rasa dlu, sakit alah tu suma, lepas tu baru isteri kita." Katanya. "Dia tambah, aku pn ada jugak berasa sakit sakit belakang kebelakangan ni. Hai dah ada ka?" Tanyanya.

Dengan senyum seindah indahnya , saya iakan soalan dia tu. "Alhamdulillah , dah ada ." Sama sama kami syukur pada ALLAH atas kurniaan dia pada saya.

"Dia kata, mungkin betul la tu. Membawa tu. Pasai tu jadi macam tu. Sabar sat la, awai awai ja. Pasni alah tu kena kat isteri kita balik" Katanya. 

"Kalau betul pun alah tu nak kena kat saya sorang, saya sanggupkan aje. Dia tu yang penat nak tanggung berbulan bawa baby. Saya amek alah pun jadilah." Balas saya. Kami bersama senyum. :)

Lepas tu, terus ke klinik. Tak ambil masa lama pun, doktor check, lepas tu kasi mc. Selesai ja terus saya balik. Seriously tak laratnya rasa, macam nak je berhenti tengah jambatan tu, lena sat. hihi, Tapi naik moto kan, kalau kereta rasanya dah berhenti lena tadi. Sampai ja di rumah, lepas telan ubat, terus tidur dan berehat. Bangun dengan tubuh yang lagi longlai. Owhh penatnya..

Tapi masih tertanya tanya, betul ka macam tu? Abi rasa alah dulu ae baru ummi? Ada sapa sapa leh explain?


psst : #Ummi n #BabyUwais #BabySumayyah jauh. sunyi plak rasa.

4 comments:

kiera'sakura said...

siannya abi. betol la tue kot abi pembawakan budak. sbb ummi alhamdulilah belum alah teruk lagi huuu. sian abi ;(

MR & MRS MAKMUM said...

yup..betoi la tu....mmg ada sesetgh org si abi nya yg rasa dulu then bru jangkit kat umi...ada jugak yg mmg nyata2 abi ja yg rasa dr awai smpi abes umi nya rileks ja....tp yg salu kit atgk & tau umi nya saja yg akn alami semua bnda nie..apapn tahniah ats rezeki yg Allah bg kt hg roy....moga khalifah tu membesar dgn sihat ..jd ank yg solah & solehah d dunia & akhirat ~

aDisH.sHidA said...

abang ipar kami dulu dia yang dok pulun makan asam..kakak dok pelik bila check2 tengok ada..


muntah2 pun dia kena jugak...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kami pernah dengar...

lelaki yang morning sickness ni selalunya sayang sgt2 pada isteri sebab tu dia yg kena morning sickness sebab tak sanggup tgk keadaan isteri dia yg morning sickness...

tapi bukan bermakna org yg xkena MS tu tak sayang isteri dia.. cuma perasaan ampa tu lebih mendalam..

ni yang kami pernah dengar la org ckp..wallahualam...

Buta+Pekak+Bisu=CINTA