Followers

Wednesday, 23 January 2013

Bercinta?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Petang tadi, waktu saya berbual dengan nya, kawan nya menepek. Seronoknya depa sembang. Sempat juga digelakkan dia , saja ingin mengusik. Balasnya, nasib la pregnant, kalau x memang dah ketuk dah. Kami gelak bersama.

Malamnya sekali lagi. Sedang asyik berbual, bunyi pintu dikuak.
"hoihhhh. Bercinta ka?"

Sekali lagi berdua tergelak. Dan persoalan dalam minda saya. "ehh kami sedang bercinta kah tadi?"

Bahagianya rasa. Indahnya susunan hari saya sekarang. Rupanya inilah kemanisan yang dikatakan itu ya? Bersama meniti bait bait cinta yang tersemai semenjak sah diijabkabulkan. Kalau satu masa dahulu, takut dalam bersahabat, tapi kini bebas meluahkan apa yang terbuku tu.

Nak berkasihan. Bersayang. Brpujuk rayu. Semuanya valid. (Ehh terguna terms analysis tadi.) . Sebenarnya betul bukan? Tersisa dosa ketika zaman kejahilan dahulu. Hey bodohnya aku, aku salurkam rasa pada yang bukan hak? Ku taburkan perasaan pada yang bukan untukku. Bazirnyaaaaa.. Kenapa lah x disimpan saja "sweet" tu buat si dia? Heyyy apa nak buat ni?

Rentetan itu hati melonjak setiap hari merungkai rahsia keistimewaan, mengerah fikiran memikirkan "serangan" istimewa demi menambat hati si dia. Cari cari dan cari, apa yang terbaik mengorat insan di hadapan mata, difikiran selalu ni?

Lantas doa dipanjatkan. Dipinta agar dpt menjadi sebaik baik insan buat mereka, agar dapat mengikut sunah Rasul.
"yang terbaik antara kamu itulah orang yang paling baik kepada keluarganya, dan aku yang terbaik buat keluargaku". Dan hebatnya, ada sahaja ilham ilham yang dikirim untuk memberikan kejutan kejutan buat menambat hati si dia.

Alhamdulillah. Terbukti. "Apabila kia menjaga Dia, maka Dia pasti menjaga kita". Tak henti henti diberikan senyuman dengan walau sekecil kecil hal yang kita buat.

Cuma nya, kami ber-PJJ. Tahu apa itu? Percintaan Jarak Jauh. Kedah-Penang. Tak ada jauh sangat, satu jam perjalanan ja. Tapi tidak juga berulang. Tempoh jumpa, seminggu kira kira 4 hari dan bakinya bersama hati, berjauh body. Ehhe. Apa pun, syukur, ini kan susunannya.



Pst : moga moga doa dimakbul. Dia
Kembali kepangkuan. 24-7. Amin ya rabbal alamin

5 comments:

Alif Ismail said...

Cintailah seseorang kerana Allah SWT... ^_^

Anum said...

all the best
amin

kiera'sakura said...

klu perbuatan yang disertakan dengan ikhlas mesti boleh terasa kemanisan tue kan ;)

baru nak tanya 24-7 tue 24 julai ke. rpenya 24 jam 7 hari ek ;)

reenapple said...

Amin... =)

#Orang selalu kata cinta di alam perkahwinan lagi sweet dari sebelum kahwin. Ehhh. =P

reenapple said...

Amin... =)

#Orang selalu kata cinta di alam perkahwinan lagi sweet dari sebelum kahwin. Ehhh. =P

Buta+Pekak+Bisu=CINTA