Followers

Thursday, 17 January 2013

Ending My Blessed Mom

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kemarin (Isnin, 14-Jan-2013) , ending cerita My Blessed Mom. Bagi yang mengikuti channel OneHD tu mesti tahu kan? Cerita pasal seorang anak yang berjaya bersama ibunya yang terencat, anaknya Dat Byul muka bulat yang comel dan suami curang yang kejam.

Aduh endingnya sangat sedih. Betul betul sedih. Dan terus terang saya kataksn. Ending spesis inilah yang jadi kesukaan saya tiap kali berkarya, hingga ada yang request buatlah pula kisah yang happy ending. Tapi ntahlah. Bagi saya, inilah kehidupan kan? Kita tak dapat yang indah indah sahaja dalam hidup.

Opss back to topic ya. Penamat dia sangat sedih. Rasanya boleh buat ati abi yang keras batu ni nanges kalau x sbb ada ayah mama n jiah depan tibi tu. hehh

Ok sambung balik. Penamatnya, si ibu yang terencat itu akhirnya tercapai cita citanya iaitu mendermakan jantungnya buat si anak yang sakit. Itu pun selepas dia disahkan mati otak sebab ventrikel atau salur darah di otak kirinya pecah, ohh sedih kat cni sebab dia memang harap otaknya mati bila tahu anaknya sakit, then tup tup dia memang ada sakit yang kaitan dengan otak. Tapi dia x cakap sakit kepala , cuma bahasakan "burung belatuk dah datang" tiap kali sakit menjelma.

Yang lagi menyedihkan tu saya rasa suaminya la, si penjaga anjing tu. Terpaksa memilih antara isteri dan anak cucu yang baru dapat tu. sebenarnya sebaik kawin dia terus bawa isteri nya si perempuan menawan tu ke luar negara atas alasan honeymoon, tapi sebenarnya untuk rawatan isteri di hospital paling bagus, dia juga sanggup lawan takut naik kapal terbang nya tu demi isteri tercinta, tapi akhirnya pasrah dengan keadaan apabila menerima panggilan dari cucunya.

Yang masih saya teringat adalah raungan dia sebaik dia baca surat yang ditinggalkan oleh isteri sebelum isteri meninggal. Katanya, awak jangan lah bersedih, "saya tak mati pun, saya akan sentiasa hidup bersama dengan anak saya.", kat part tu la saya rasa sedih sangat. owhh sangat sadis kan? 

Yang saya dapat simpulkan dalam kisah ini adalah. 
1. Ibu, walau sesewel ka, walau terencat macam mana pun, dia masih ada kasih sayangnya terhadap anak. Dia terlalu sayangkan anaknya. Walaupun dia terencat, tapi dia nak juga bagi jantung dia kat anak dia tu. Anak dia bila tahu itu jantung ibunya, masa ditolak ke dalam bilik bedah berkeras taknak jantung tu sanggup mati sebab ibunya. Tak mahu kerana dia Ibu meninggal. Tapi anak, lagi tak sewel, lagi palotak cam bangang, tak caya tengok zaman sekarang, elok dah pangkat besar, mula la besar kepala, tak mahu ngaku ibu, tak nak ngaku ayah, sebab depa miskin. Owh pleasee~~~

2. Kemuliaan seorang manusia. Dalam pada dia inginkan memberi jantung kepada anaknya, dia juga berpesan, berilah juga organ saya yang lain kepada orang yang memerlukan. Bagilah kerana mereka juga mungkin seperti anak saya, menanti penderma organ. T.T

3. Memilih antara satu. Ini kehidupan. Kita tak mungkin boleh dapat keduanya bila kita perlu memilih. Jadinya dalam kisah ini, yang menyedihkan, isteri tercinta berbanding cucu yang mahu ibunya diselamatkan. Saya sedih kat bahagian ini. Dan begitulah hidup kita kan? Cumanya, yang pasti, janganlah kita memilih antara dunia dan akhirat. Jadikan hanya Akhirat sebagai destinasi akhir dan hanya satu satunya pilihan kita. sebab ALLAH dah berjanji, jika di sana yang kita inginkan, di sini pasti kita akan dapat juga, tapi jika hanya sini idaman kita, maka habiskan kehidupan kita di sana. 

4. Air muka. Dalam kisah ini satu yang saya nak sebut. Mengenai air muka. Dalam kisah ini, ibu dan anak ni mulanya bahasakan diri sebagai adik dan kakak. Kerana nenek yang mahukan ianya berlaku. kerana ibu nya yang terencat akal tu. Yang saya nak katakan adalah Air muka. Tapi bagi saya, berbanggalah dengan siapapun ibu dan ayah kita. mereka yang melahirkan kita. nak malu buat apa dengan mereka? tak kiralah mereka nelayan ka, tukang kebun ka, tukang kutip sampah ka, merekalah ayah dan ibu kita.

Tahu ini gambar apa? Inilah gambar yang si penjaga anjing lukis demi menenteramkan jiwanya. Kata pembantu dia, Tuan lukislah gambar si perempuan menawan dan gambar tuan dalam ni, bukankah impian dia nak ke sana. Tuan lukis jadi tuan dan dia akan ada di sana selama lamanya. Jangan lupa lukis gambar saya sekali ye? lukis kecil kecil dah la. :P

2 comments:

Anum said...

suka ceta nie
air mata asyik mengalir je

kiera'sakura said...

ingatkan cucu dia yang lukis. huuuuu sedihnya tak dapat nak tengok last dia. weekend nie mesti ada ulangan kan. kat umah mama saya ada one HD tak? huuuu

Buta+Pekak+Bisu=CINTA