Followers

Thursday, 24 January 2013

Kistot : Nadi

Suatu malam, kira kira selepas selesainya solat Maghrib, selesai berdoa dan berzikir, si isteri mendapatkan paha si suami kemudian terus berbaring dengan telekung yang masih kemas berada ditubuh.

Suaminya pula, tidak menghalang perlakuan, malah ditariknya isteri supaya ada dalam keadaan paling selesa .

Lantas ditariknya lengan si suami. Sambil ditekan tekan pergelangan tangan suami, gayanya tak ubah seorang doktor memeriksa nadi pesakitnya, jika tidak pun, lagak watak crime scene memeriksa mangsa serangan dalam cerita CSI.

"B, kata kawan saya kan, kita boleh kira denyut nadi orang ni. Kalau sihat berapa entah saya pun tak ingat." sambil mencari di mana tempatnya.

"ya ka? Check la. " balas si suami.

Namun beberapa minit berlalu, tidak juga dia berjumpa tempatnya . Lantas dipanjangkan dengan soalan buat si suami.

"b kenapa saya tak dapat pun jumpa, mana nadi awak ni? " bertanya penuh harapan, diharapkan ada jawapan untuk pertanyaan sebentar tadi.

"ipong saya mana yang?" soal si suami tidak pula dijawabnya soalan tadi. Lagaknya seperti menolak untuk melayan soalan si isteri.

"entah. B ada bawa naik ke,? Tertinggal di bawah gamaknya" balas isteri.

Tangan meraba raba diatas katil lalu, "Ehh jumpa dah" sambil tangan menekan nekan muka hadapan ipong 4s miliknya. Seraya berkata, dengan nada serius "ha ni ha.. Nadi saya". Rupanya dia menghidupkan kamera hadapan pada ipong miliknya supaya timbul muka buah hati nya di skrin telefon miliknya.

"Besar nya lah nadi awak." Dicubit nya si suami. Tidak puas hatinya. Ada sahaja lencongan si suami ni tiap kali dia serius. Tapi tersenyum juga. Cuma tidak ditunjuk sebab perasaan geram lebih menebal tika itu.

"besar lah. Kalau tidak mana mampu dia membawa cinta, sayang dan kasih tu melalui 96000km saluran darah dalam tubuh ini." dijawab penuh slumber. Terkekek kekek dia tersenyum.



2 comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA