Followers

Thursday, 31 January 2013

Jahatnya melayu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pagi yang indah hari ni. Hujan. Sejuk muka bumi Pulau Pinang ni.

Saya di kilang tadi. Bila seorang kawan tanya, "you sudah kawen kan baru baru ini? "

Saya ia kan soalan dia. Selepas itu, dia tanya, dah punya anak kah? Dan dijawab oleh kawan yang lagi sorang, "baru kawen, mana mahu mai anak?"

Dia jawab, "mana nak tahu. Kot dah ada."

Yang seorang lagi sedikit hendak jaga hati saya gamaknya, dia balas, "melayu mana boleh ini macam? Belum kawen tak boleh ada anak"

Terus dibalas, "ehh mana ada dah macam tu, zaman sekarang ni kamu tak tengok ka, dah ada mah jenis tu. "

Perbualan mereka itu saya rakamkan dan semat bebaik dalam ingatan. Saya tak marah. Tak ada perasaan pape bila dengar. Cuma senyum. Senyum dan senyum dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh sorang tu. dan sedikit terima kasih pada seorang lagi yang sensitive.

Sebenarnya minggu minggu lalu juga ada. Seorang auntie kerja sini juga, dia tanya saya, kenapa melayu sekarang jahat ah? You tengok eksiden teruk teruk suma pun melayu, yang ada kes rogol pun melayu. Banyak betul kes la orang melayu ni. Apa pasai ya?

Sentap tu tak. Cuma wordless saya. Nak menjawab pun tak ketahuan. Jadinya mendiamkan diri dan senyum juga yang diambil peranannya.

Jawapan saya, mudah. Melayu. Anytime boleh jadi kapir. Jgn hanya kerana dilahirkan dengan agama Islam, makanya jadi sangat lemah. Saya tak perlu ambil orang, saya sendiri pun rasanya tak sehebat semangat para saudara saudari muallaf yang terusan mencari ALLAH dalam hidup mereka, dan me yang semakin layu, sekadar bangga dengan agama keturunan mereka.

Hasilnya, lihatlah sekeliling anda. Yang mengaku islam itu lah yang paling kurang sabarnya, paling teruk akhlaknya, paling busuk perangainya. Tak percaya? Jalan raya contoh sabarnya, surat khabar kisah akhlaknya dan perniagaan dengan busuk hatinya.

Sesungguhnya saya sedih ini yang barlaku d zaman saya. Entah bagaimana nanti anak anak dan keturunan saya pula menghadapinya.

Jawapan kepada buruknya tak ada yang lain. Iaitu penghayatan kita. Kalau hanya sesetengah sahaja yang diikut, maka hancurlah semua. Tak perlu percaya apa saya kata, tapi bandingkan keliling kita dengan zaman awal dan kegemilangan islam satu ketika dahulu. Bagaimana ketinggian akhlak Rasulullah itu menjadi salah satu senjata dakwah.

Satu lagi, Zaman khalifah Abdul Aziz yang menyaksikan orang miskin sifar. Hinggakan tak ada orang yang boleh diberikan zakat. Hebat kan pelaksanaan nya?

Sebagaimana firman Allah SWT maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu". (al-Baqarah: 208)

Kenapa dikatakan masuk keseluruhan? Sebab hanya secara keseluruhan barulah ia dapat dimaksimakan kejayaannya. Ibarat anda baca sedikit sedikit, camna anda nak paham keseluruhan bukunya? tak gitu?


Credit to tuan tanah for photos

Ps : semua pun buat salah. tak ada yang terlepas dari salah. Cumanya, hati yang lebih dekat dari ALLAH itulah yang selalu bertaubat bila bersalah. Lebih hebat lagi dia insah dan benar benar menjauhi salah dia tu. Itulah kehebatan IMAN. Kita ada Islam atas nama, tapi IMAN dia tak datang bersama Islam atas nama yang kita punya tu. Kerana Hidayah itu pilihan ALLAH. Dia kasi pada yang Dia nak, tapi juga bukan bererti kita tak kena USAHA untuk dapat. #renungkanlah

5 comments:

Anum said...

ye la kan x de manusia sempurna

||Sis aLeaSaRa|| said...

slm sggh nk komen ni ^^

sy sdri bbrpa kali dpt soalan cepu emas yg mmg pedih tlga dgr,sentap gitu.mmg segan byk btl kes yg negatif melibatkn org melayu,buka je paper setiap hr kes rogol,khalwat,buang bayi dll.

tp sy sllu tkrkan topik hangat yg ditanya tu,kpd kesimpulan yg positif.sng crta semua kaum n agama itu bgs,cuma tuan empunya diri x kuat dan mdh lemah ^^

Rozuan Ismail said...

kadang-kadang segan bila orang bukan Islam yang tegur perkara macam ni

Z@i Z@mR33 said...

kami pon penah kena tnya dgn cina tmpt keja...sabar je la...kdg2 xtau nk jwb cmna tkut depa slh tafsir plak

kiera'sakura said...

sebab tue kita kena baiki diri sendiri. hasilnya untuk diri kita sendiri serta hubungan dengan Allah dan org lain tak salah menilai kan ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA